Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, October 4, 2011

Bajet 2012 : Persediaan dibuat untuk bayar bonus 2 bulan gaji.

   Masih tertanya-tanya tentang bajet 2012 kan? Soalan yang biasa adalah; Dapat bonus tak ye?Kalau dapat, berapa bulan agaknya ye?Kalau tak dapat bonus, agak-agak, naik gaji tak ye?... dan soalan-soalan lain yang sewaktu dengannya.

   Sebagai seorang manusia normal, tentu aku pun harapkan bonus juga.Tak dapat bonus, dapat kenaikan gaji pun ok juga.Kata orang, tak dapat rotan, akar pun berguna.Tapi aku ada spy yang beritahu, kerani-kerani yang buat gaji di sekolah dah dapat 'pink letter' (benda ni aku tak berapa faham macam mana bentuknya).Maknanya dia orang diminta bersedia untuk buatkan dokumen untuk pastikan kakitangan awam macam aku dapat bonus.

psst:Dengar-dengar, 1.5 bulan gaji.Campur dengan 0.5 bulan gaji yang kita orang dapat sebelum raya hari tu, cukuplah 2 bulan gaji.Betul tak?
harap-harap, masin mulut aku!


Seronoknya kalau jadi kenyataan!

Cik Anastasyea pun ada tulis tentang bajet di SINI.

0 comments:

Let's have a break!