Entah kenapa malam ni langsung tak boleh tidur!Nak kata minum kopi, langsung tak.Nescafe apatah lagi.Nak kata aku risau, takdelah risau mana.Biasa je.Tapi mata tetap tak nak lena. Akibatnya aku betul-betul jadi burung hantu malam ni.Terlanjur jadi burung hantu tu, aku pun terbanglah dari satu pokok ke satu pokok.Sampailah aku terjumpa pokok Uncle Seekers!
Uncle Seekers? Ada yang tak kenal Uncle Seekers?Ooo.... maknanya takdelah popular sangat uncle ni sebab Uncle Gedek lagi polular.Bagi yang tak kenal tu, pergilah ketuk pintu Cik Google minta maklumat.Entah berapa jam aku dok bertenggek di sarang Uncle Seekers malam ni ( sampai nak subuh dah pun) gara-gara tafsiran mimpi yang dia buat.Aku ingatkan satu siri je ( pasal artis-artis Malaysia) tapi rupa-rupanya sampai 22 siri!Hebat betullah boleh selalu dapat mimpi.Dahlah Uncle tu kata time tidur dia serupa burung hantu.Jadi tak taulah mimpi tu betul ke tak.Macam tak logik je.Tapi siapalah aku nak menentukan logik tidaknya mimpi orang.
Lepas baca 22 siri mimpi tu, aku simpulkan, walaupun berulang kali Uncle Seekers tu kata, itu semua mimpi, aku rasa sangat tak patut dia cerita mimpi tu pada umum.Dahlah kebenarannya boleh diragui, apa yang ditulisnya tu boleh jadi fitnah pulak.Fitnah apa?Ooo... itu kenalah baca sendiri di blog Uncle Seekers.Tapi jangan terkejut ye sebab di blog Uncle Seekers tu ada jenglot!Aku pulak aku rasa, akan hinggap lagi di sarang Uncle Seekers tu sebab aku suka baca cerita dongeng yang dia tulis.Kalau ada kesempatan, aku nak tanya pada dia, makna mimpi aku 2 hari lepas; aku bergelut dengan pontianak.
Eh!Dah azan subuh dah.Jadi aku stop dululah.Mudah-mudahan malam esok, aku tak de masalah nak tidur.Untung-untung aku boleh mimpi bersiri-siri macam Uncle Seekers.Asal jangan mimpi pontianak dan yang sewaktu dengannya sudahlah.Mimpi Marcelo Machado biar seratus siri pun tak pe.Apa dia? Link Uncle Seekers?Alamak!Maaflah.Aku takut sangat tengok jenglot di sarang Uncle Seekers tu jadi tak sempat aku salin link dia.Ala... tanya Cik Google jelah ye.Link Uncle Gedek nak?Dia pun pakai hitam jugak!
Marcelo Machado
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Opps!Silap pulak.Ni Uncle Gedek.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni baru Uncle Seekers versi sopan, gambar pinjam dari Cik Google.
Yang versi posing dengan jenglot tak sempat pinjam sebab takut!!!!
4 comments:
dia telek tak diri dia tu? kalau boleh meramalkan sesuatu, tak perlu hebah2kan, pulak tu org2 yg popular je di teleknya.
Telek lah diri sendiri kan senang apa jadi pada dia in future.. =..="
aishh, macam2 aih...publisiti ja kot nih..hmmmphh
Marcelo Machado!! tak miss tengok citer dia :)
Post a Comment