Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, February 4, 2012

Bila dah tegar vs Panji dan Tuwu!

   Syukur alhamdulillah.... Sehari lagi Allah berikan peluang pada kita untuk menghirup udara segar miliknya... Seperti biasa, jam 5 pagi aku dah tercelik mata.Tak perlu jam loceng kerana jiran aku tiap-tiap hari hidupkan enjin basnya jam 5 pagi.Tambah lagi dengan 'lolongan' seekor burung hitam bermata merah yang sekali dengar boleh menaikkan bulu roma!

  Oleh kerana hari ni hari Sabtu dan aku tak perlu menghadirkan diri ke sekolah, maka aku merancang untuk ke rumah mak.Kesian mak dah seminggu aku tak datang jenguk.Tapi sebelum tu, wajib bagiku untuk update blog ( walau pun ada kawan aku kata aku bakal masuk  neraka kerana blog) Oleh kerana aku ni tegarlah jugak, jadi sebelum dapat menyiapkan post ni, aku tak sedar aku telah melawat ke bermacam-macam blog kawan-kawan!Maklumlah, bila nampak je blog kawan-kawan tu, rasa bersalah pulak bila tak jenguk!

   Oklah.Aku nak mengemas rumah dulu.Lepas tu ke rumah mak.Tapi Cik Lenovo tetap akan ku bawa.Anak aku si Panji ni pulak dari adi tak henti-henti berbunyi.Nak minta dukung le tu.Bukan dia tak tau yang aku ni alergik dengan bulu dia yang gebu tu.Sekejap lagi, bersinlah aku tak henti-henti.Tapi takpe, aku sayang anak aku tu jadi.... bersin pun tak apalah................




Inilah anak bujangku Panji.
Handsome tak?



Jam tak berlocengku yang berbunyi tiap-tiap pagi.
Konon namanya Tuwu!

    

5 comments:

deno said...

selamat berhujung minggu akak! :)

Telor Power said...

jam loceng yg live... mesti terlalu bising kan si tuwu tu

maszull said...

assalamualaikum scarlett...wah ensemnya anak bujang Panji tu...cute...:)

Miss. Tina said...

So cute your anak 'Panji' and the bird name so cool 'Tuwu'. Happy holiday and have a good weekend.

YaYaNsMuM said...

schomellnye anak teruna...hehe....nama pn blogger tegar kan...takyah amik pusing ngan apa org kata, yg ptg kita tahu apa yg kita buat.. :)

Let's have a break!