6 Ramadan : bermakna telah enam hari umat islam seluruh malaysia berpuasa.Seperti tahun-tahun sudah, aku singgah juga ke bazar ramadan.Seperti tahun sudah, aku berjumpa dengan spesis alahan tutup aurat.Maksudnya spesis ni akan mendapat penyakit sekiranya memakai pakaian menutup aurat. ( agaknya kerana tanpa segan silu memakai pakaian seperti orang telanjang)
Sambil membeli, terdengar oleh ku perbualan antara spesis alahan tutup aurat yang berbaju sendat singkat berseluar ketat nampak pusat. " Engkau terawih kat mana malam ni?Aku macam biasalah terawih kat masjid dekat rumah aku. Puasa-puasa ni lah masa kita nak beribadat, ye tak.Tinggalkan yang haram buat yang dapat pahala" Kemudian jawab si kawan " Eh!Engkau ni hipokrit betullah.Ke engkau tak tau hukum halal haram?Beribadat bulan puasa tu dah betullah, tapi engkau tau tak hukum pakai pakaian sendat ketat macam pakaian engkau ni boleh masuk neraka tau tak?Berpakaian tapi telanjang!" Fuhh! Sebiji kawan si alahan tutup aurat tu beri.Berani sungguh! Agak-agak apa jawapan si alahan tutup aurat?
" Eh engkau ni.Yang penting niat kita.Aku pakai baju ni bukan nak suruh orang tengok.Aku taulah halal ke haram.Memanglah ketat tapi bukan aku telanjang.Pusat aku nampak, bukan luak pun orang tengok!"
Itulah dialog yang ku dengar.Kemudian dengan tergesa-gesa si alahan tutup aurat meninggalkan sahabat berani mati nya yang terus menggeleng-gelengkan kepala.Nasi briyani yang dibeli pun tak dipedulikan lagi.Alahai.....(dalam hatiku berkata : Ha... padan muka.MasyaAllah Aku berpuasa ni tak baik padankan muka orang !)
0 comments:
Post a Comment