Manusia makin gila! Tiada pegangan agama atau otak tiada di kepala.Sekali lagi tajuk yang amat ku benci muncul di akhbar : Lelaki amuk tetak isteri, dua anak.Semakin ramai spesis tidak berotak yang kononnya bernama bapak.Asyik-asyik alasan sakit mental sedangkan berlambak isteri-isteri sakit mental yang sepatutnya lebih awal menetak suami-suami yang haprak.Namun fitrah isteri, sabar dan sabar dan sabar.Pergi ke pejabat agama pun dinasihatkan untuk sabar hinggalah hilang nyawa baru boleh bercerai agaknya.
Aku marah, jelak, jemu, jijik dengan kisah suami mengamuk bunuh anak isteri.Suami atau lelaki mengamuk bunuh diri selepas bunuh isteri atau bunuh kekasih misteri.Anak-anak jadi mangsa, trauma sepanjang usia.Alasan sakit mental boleh diguna tetapi takkan tiada langsung ruang si isteri membina benteng mempertahankan diri.Kudrat wanita apalah sangat maka alasan yang sama suami mengamuk kerana tak makan ubat terus dibuat.Seminggu dua senyaplah berita maka tak terbela langsung nasib isteri yang menjadi mangsa.
Benar, mungkin syurga balasan diterima tetapi mengapa semua membutakan mata memekakkan telinga jika ada isteri-isteri mengadu diseksa, didera oleh spesis kononnya bergelar suami?Nasihat diberi adalah sabar dan sabar sedangkan tindakan haiwan tak berotak manusia bernama suami makin mencabar!Perlukah isi perut terkeluar maka tindakan buat suami gila dapat digegar?Akhir cerita anak-anak juga menjadi mangsa; yatim piatu tidak beribu tidak berbapa.Ayuhai.....Takziah buat Najiha dan Nazuwa Mohd Natri atas pemergian ibu tercinta Khairul Bariah Mohd Aripin.
0 comments:
Post a Comment