Bapa, ayah, abah, abi, father, daddy, babah adalah gelaran buat seorang lelaki yang punya anak.Seorang lelaki bergelar ayah yang sememangnya seorang ayah semestinya berbesar hati apabila anak yang hendak ke sekolah, menghulurkan tangan memohon restu.Namun apa yang aku saksikan hari ini, adalah sebaliknya.
Dengan bongkak si bapa (bapa?Tidak layak bagiku manusia begini dipanggil bapa)mengherdik si anak.Aku tahu jauh di lubuk hati si anak menangis ( atau pun menyumpah seranah) meskipun riak wajahnya ku lihat tegar.Luluh hati seorang ibu ( kerana aku juga ibu) melihat kesombongan seorang manusia yang kononnya bapa.Meskipun mungkin anak yang diherdik telah berbuat salah, terimalah huluran tangan anak agar jiwa anak menjadi lembut dengan kasih sayang si ayah.Herdikan hanya akan membuat anak semakin menjauhkan diri.Kadang-kadang ku lihat, anak lebih matang dari si ayah.Hati ini bertanya;apakah agama si ayah kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berlagak sombong apatah lagi dengan anak darah daging sendiri.
Pada hari yang sama, ku temui sebuah keluarga yang terlihat amat bahagia.Si anak memegang erat tangan si bapa.Andai anak kecil mungkin biasa tetapi anak yang kulihat hampir seusia dengan anak kisah yang pertama.Si bapa berbual dengan si anak dengan penuh kasih sayang.Tiada langsung suara tinggi atau herdikan.Tiba-tiba aku rasa malu berbaur pilu kerana bapa kisah kedua berbangsa India beragama Hindu sedangkan bapa kisah pertama ( benci aku memanggilnya bapa) beragama Islam berbangsa melayu.Agamakah yang salah atau manusia itu sendiri yang tidak mengerti?Aku cuba memahami tetapi jauh di sudut hati aku meyumpah seranah kerana hanya tuhan yang tahu betapa aku BENCI!!!Memang dasar bapa biawak!
0 comments:
Post a Comment