Teacher!Macam mana teacher boleh pandai cakap omputih?
Kan kita belajar dari darjah satu lagi?Mestilah lama-lama pandai!
Saya dah tingkatan dua tak pandai-pandai pun?Agaknya tunggu saya dah habis tingkatan 5 ye teacher?
Itulah dialog antara aku dan anak didikku kelmarin;seorang pelajar tingkatan 2 yang manis dan selalu baik hati.Waktu mengajar memang rasanya 100% (Mungkin 99%) aku menggunakan bahasa ilmu itu iaitu bahasa Inggeris.. ( Kerana aku mengajar b Inggeris )Dan lazimnya aku memaksa anak-anak didikku menggunakan bahasa yang sama sepanjang kelas berlangsung.Aku tak pernah terfikir bahawa kepetahanku berbahasa Inggeris dikagumi oleh anak-anak didikku. Aku juga masih belajar kerana bagiku bahasa Inggeris yang ku guna masih jauh dari standard sepatutnya.
Jauh di sudut hati sebenarnya aku cemburu dengan kebolehan ustaz dan ustazah berbahasa Arab.Alangkah beruntungnya andai aku juga boleh berbahasa Arab.Kadang-kadang aku sedar pengaruh Inggeris lebih kuat dalam diriku kerana aku lebih dahulu didedahkan dengan budaya Inggeris, bukan budaya Arab.Maksudku dari segi pembacaan dan ilmu pengetahuan yang aku miliki.Aku lebih kenal nama-nama Inggeris seperti William Shakespeare, Road Dahl, Alexander Graham Bell, Enid Blyton, Mia Farrow dan lain-lain.Pengetahuanku tentang budaya Arab ( yang tentunya lebih ke arah Islam) adalah nol!
Justeru aku lebih cenderung mendalami bahasa Inggeris hingga ke menara gading.Sedangkan aku tak pernah cuba mencari ilmu tentang bahasa Arab.Semasa muda mungkin aku tak terasa apa-apa tetapi semakin umur meningkat aku rasa bahasa Arablah yang patut lebih dahului aku kuasai.Semasa di universiti aku berkesempatan untuk mengenali bahasa Arab tetapi aku tolak mentah-mentah kerana aku lebih tertarik kepada bahasa Mandarin.Hasilnya aku lulus cemerlang kertas mandarinku dan aku boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin meskipun tidak sebaik bahasa Inggerisku.Sedangkan bahasa Arabku masih juga tetap nol.
Aku malu sendiri kerana bahasa Arab yang sepatutnya di hujung lidahku sepatah pun aku tak tau.Apakah aku telah tersalah langkah?Walau bagai manapun aku bangga menjadi seorang Scarlett O'Hara. ( Maaf anak-anakku!Teacher belum sempat bercerita bagaimana teacher bertukar menjadi Scarlett O'Hara.Mungkin selepas ramadhan kerana sekarang teacher ingin mendalami erti ramadhan dan Islam dan juga bahasa Arab.)Sementara itu, inilah aku Scarlett O'Hara ...
1 comments:
aloh org blaja arab dr darjah 3 sampai masuk U,xhingat ape2 pun.ha ha ha
dok denga,tgk n speak english tiap2 ari..
business presentation pun in english haha.
xdapek la nk ber lughatul arabiah
Post a Comment