Semakin lama aku menjadi semakin prejudis terhadap ibu bapa atau penjaga anak-anak.Aku tahu bukan semua bersifat seperti penyu ( bertelur, kemudian tinggal ) namun kes-kes yang saban hari aku temui seolah-olah membuktikan ibu bapa spesis penyu semakin ramai.
Kes pertama : Seorang anak didikku telah tidak hadir ke sekolah selama seminggu atas alasan kecurian seragam sekolah ( mungkin sewaktu kelas PJ ).Sukar bagiku untuk menerima hakikat bahawa di tahun 2010 ini masih ada lagi anak didikku yang hanya punya sehelai seragam sekolah sedangkan anakku lima!Minggu terakhir sebelum anak didikku ponteng, dia ada menemuiku untuk memohon mengeluarkan wang biasiswa.Alasan diberi untuk membeli kasut sekolah baru.Memang benar, uzur benar kasut yang dipakai waktu itu.Oleh kerana peraturan ditetapkan bahawa hanya pada 20 hingga 31 hb setiap bulan sahaja wang boleh dikeluarkan, maka aku tidak meluluskan permohon tersebut. Walau bagaimana pun ku hulurkan RM50 agar dapat juga anak didikku membeli sepasang kasut baru.Pada 20hb hinggalah 27hb, aku tercari-cari pelajar berkenaan.Sangkaku dia tidak hadir kerana demam kerana kebetulan ramai anak-anak yang demam.Terlupa pula untukku tanyakan pada guru kelasnya.
27hb petang : seorang guru memberitahuku pelajar berkenaan ingin berjumpa.Tidak ku sangka sama sekali dia akan datang dengan hanya bertemankan 2 orang rakan ( yang masih terlalu muda ) dan seorang adik dalam usia 8 atau 9 tahun.Maka terungkailah masalah tentang seragam sekolah yang dicuri.Terkedu seketika bila aku mendapat tahu kisah sebenarnya bahawa bukan baru seminggu dia ponteng malah berpuluh hari sebelum kali terakhir menemuiku pun dia ponteng..Aku tahu dia seorang pelajar berbudi bahasa, baik tingkah laku dan pastinya punya cita-cita. Namun nasib meletakkan dirinya dalam keadaan susah kerana terpaksa membantu ibu berniaga.Aku sedih kerana, ibu bapa sewenang-wenangnya meletakkan tanggung jawab mencari nafkah pada anak-anak.Hak anak-anak untuk belajar dinafikan.Maka lebih kurang samalah ibu bapa begini bagiku dengan spesis penyu.
Kisah kedua :" Kenapa menulis laju sangat? Hati-hati, kalau tak sempat habis hari ni, esokkan boleh sambung?" Dialog antaraku dan seorang anak didikku yang boleh tahan rajinnya. " Tak boleh cikgu!Esok, lusa belum tau saya datang.Entah-entah minggu depan baru saya dapat datang." Aku tidak dapat menangkap apakah maksudnya waktu itu.Oleh kerana loceng pun berbunyi tidak lama kemudian, maka tidak sempat untukku tanyakan.
Tiba di bilik guru, ku tanyakan guru kelasnya yang kebetulan ada di situ.Masya Allah!Berat rupanya tanggung jawab anak didikku itu.Ibu bapa yang berpisah dengan meninggalkan anak yang masih terlalu kecil, menjadikannya seolah-olah seorang pengasuh kerana terpaksa bergilir-gilir dengan kakaknya menjaga adik bongsu.Bermakna bergilir-gilir jugalah anak didikku dan kakaknya terpaksa ponteng sekolah.Patutlah sekiranya dia hadir, nota untuk seminggu pun dimintanya dari aku.Dia anak yang baik dan punya cita-cita. Keriangan yang ditunjukkan berjaya mengabui mataku dari melihat beban yang ditanggung. Maka, ayah atau ibunyakah yang menjadi penyu?
Ada lagi kes-kes yang aku temui tetapi aku tak dapat menggagahkan jari untuk terus menulis kerana betapa selama ini aku terlalu memewahkan anak-anak dengan memberikan berapa ringgitpun yang dipinta sedangkan di bawah bumbung sekolah yang sama, masih ramai anak-anak yang cukup menderita.
0 comments:
Post a Comment