Sidang akhbar Kak Engku hari ini tentunya ditunggu-tunggu oleh ramai terutama peminat Kak Engku dan juga Sinar fm.Sebagai salah seorang ribuan peminat Kak Engku aku hanya dapat mendoakan semoga rumahtangga Kak Engku akan kekal ke akhir hayat.Bukan mudah menggalas status seorang ibu tunggal apa tah lagi dengan anak-anak yang masih kecil.
Aku tak kenal Kak Engku secara peribadi tetapi aku tahu Kak Engku seorang isteri dan ibu yang baik.Bukan mudah seorang wanita dalam dunia glamour untuk melahirkan bukan seorang tetapi tiga orang anak dengan jarak kelahiran yang agak rapat.Aku sendiri pun rasanya tak sanggup untuk punya anak ramai.Maka suami Kak Engku haruslah bersyukur dengan apa yang telah dikurnia.
Dalam sidang akhbar Kak Engku aku lihat wajah Kak Engku amat tenang.Kak Engku seorang wanita yang cukup cantik.Bagiku Kak Engku lambang wanita Melayu yang kekal melayu meskipun telah berjaya dalam dunia glamour.Kak Engku tak hipokrit.Aku yakin wajah jelita Kak Engku adalah setulus hatinya.Maka aku benar-benar berharap suami Kak Engku akan terus menjaga dan memelihara permata tidak ternilai yang beliau miliki iaitu Kak Engku.
Aku juga tertarik dengan gambar-gambar sekitar sidang akhbar Kak Engku hari ini.Aku lihat SY dan KRIL setia di sisi sebagai sahabat.Syabas aku ucapkan buat mereka kerana tetap menjadi sahabat yang setia.Aku harap celoteh Kak Engku akan terus menemani pagiku kerana tanpa Kak Engku, SY dan KRIL alangkah hambarnya hidup ini.
Akhir kata aku doakan kesejahteraan rumah tangga Kak Engku selama-lamanya.Amin!
0 comments:
Post a Comment