Thursday, August 12, 2010

Suami sabun cap kapak!Kapakkan aje mak!

    2nd day of ramadhan.Opps!Aku kena membebel dalam bahasa Melayu ni kalau tidak tak sampai pulak hasrat yang berbuku di hati.

   5 minit sesudah habis sahur, aku terima sms daripada seorang teman. " Dia tak nak sahur.Dia kata dia dah sahur.Tolong kak nasihatkan dia.Saya takut dia ulang benda yang sama macam tahun lepas ; tak puasa" Itulah antara ayat yang membuatku berasap telinga pagi-pagi ramadan kedua ni.Bertuah punya laki!Perangai mengalahkan budak kecik!Budak kecik pun pandai malu kalau tak puasa.Cakap tentang agama bukan main mengalahkan imam tapi perangai sebenar haprak!!!! Itulah reaksi spontan dalam hati.Namun tidaklah aku luahkan pada teman penghantar sms.Kasihan dia!Lalu ku balas begini, "Sabarlah ***.Akak cuba nasihatkan dia siang nanti."

   Fenomena (Kalau boleh dipanggil fenomena kalau tidak bagiku gelar saja 'bala' ) sang suami ( layaklah aku guna 'sang' sebab perangai mengalahkan 'sang kancil' yang penuh dengan akal liciknya! ) yang konon berlagak alim tetapi lebih teruk dari alim kucing aku rasa telah lama berleluasa dalam dunia rumah tangga.Cuma si isteri rasa malu untuk berkongsi masalah dan rasa kerana menjaga imej suami kononnya.Atau si isteri dah malas dan tak kuasa menasihat atau memikirkan si suami yang kononnya sempurna pada hal berulat dalam isi.Puasa perkara wajib.Anak kecil umur 5, 6 tahun pun dah boleh mula berpuasa.Kalau sakit adalah ampunnya kerana islam bukanlah agama mendera.Tetapi sang-sang suami yang perangai mengalahkan musang terang-terang mengelak untuk berpuasa.Antara alasan ( setakat hari kedua berpuasa ) lauk sahur tidak berkuah takut tercekik makan. ( kalau ikutkan hati, aku sumbat lauk tak berkuah dalam mulut sang suami yang mengada-ngada dan tak pernah tau bersyukur biar mati tercekik buntang biji mata seperti watak anak gergasi disuap pak pandir dalam cerita pak pandir !)

   Aku rasa bijak pandai atau para penceramah seperti Dato Fadzilah Kamsah patut atau mesti mengulas isu suami tak malu yang kononnya alim tapi masyaAllah, isteri dan Allah saja yang tau.Kasihan si isteri, diberi nasihat mungkin pelempang naik ke pipi.Berkongsi masalah dengan anak-anak, ahhh!anak-anak kecil lagi
(Walau pun anak-anak mula cuak dengan perangai si bapak hingga anak kata "Kapakkan aje mak!Tak guna punya bapak!")Bunyi seperti lucu tetapi jauh di sudut hati aku turut menangis bersama teman bernama 'isteri'.Sabarlah ***.Moga Allah membuka pintu hati suami *** untuk berpuasa tahun ini. ( Dalam hati aku tak dapat mengelak dan mengutuk sang suami kerana hari raya tahun lepas, dialah yang beria-ia ku lihat berbaju melayu bersamping songket, berseri-seri konon puasa tak pernah tinggal sehari.Pada hal puasanya boleh dibilang dengan jari. Haprak punya laki sabun cap kapak!)

   Tut!Tut!Tut!Masuk sms lagi."Terima kasih kak.macam mana pun saya sayang suami saya."Sms daripada si isteri buatku rasa meluat nak muntah segala isi.Inilah nasib wanita bersuami lelaki haprak macam budak-budak!

0 comments:

Post a Comment