Akhirnya dengan doa teman-teman, aku berjaya mengharungi temuduga paling mendebarkan.Tiba di Cyberjaya ( Wisma Mustapha Kamal ) tepat-tepat jam 8.30 pagi.Bila daftar, dapat turn no.7.Kemudian aku dan calon-calon yang lain dikumpulkan di suatu tempat.Walau pun tak de seorang pun yang aku kenal, bila dah nama cikgu tu, rasa macam adik-beradik pulak.Jadi kami pun sembang-sembang sambil tunggu giliran.
Ada yang dari Tanjung Sedili, Kota Tinggi, ada yang dari Penang, Seremban, Ipoh, Kulai; pendek kata satu semenanjung.Isu diborakkan adalah SBPA.Rata-rata setuju dan nampak faedahnya dan masing-masing dah pun tanda tangan.Aku tengok,takde pun yang study nak mati untuk temuduga.Santai je.Sesekali aku jenguk-jenguk calon-calon yang telah dipanggil masuk ke bilik-bilik temuduga.Ada yang sejam, ada yang 20 minit dan mak datuk!Melampau sungguh!Ada yang 2 jam!Entah apalah yang ditanya dek penemuduga tu!
Dari jam 8.30 pagi aku menunggu hinggalah jam 12.20 tengah hari baru nama aku dipanggil.Entah kenapa aku murah pulak dengan senyuman walau pun jantung berdegup kencang.Selain sijil-sijil dan dokumen yang diminta, aku bawa sekali resume dan sijil-sijil aku dari tingkatan 3.Mula-mula, aku diminta bentangkan proposal aku.Banyak jugaklah soalan dari Dr penemuduga berdua tu.Aku pun apa lagi, gorenglah!!Hahaha!Kemudian mereka tanya pulak pasal sekolah dan lain-lain.Ok je aku jawab.
Akhir sekali aku diminta mendengar syarat-syarat yang wajib aku patuhi sekiranya aku ditawarkan cuti bergaji penuh nanti.(Aikkk?Petanda baik ke tak ni?) Aku pun mendengar dengan khusyuk ( Walau pun dalam hati terfikir, bilalah nak habis.Aku nak balik cepat ke Pasir Gudang sebab banyak kerja) Kemudian semasa aku mengambil kembali fail-fail berisi sijil-sijil aku, salah seorang penemuduga tu kata, semasa buat master nanti aku kena kecilkan scope research aku tu sebab proposal yang aku hantar dah taraf PhD.( Petanda baik ke tak ni?) Aku iye kan ajelah dan tersengih semasa beri salam nak keluar dan semasa berjalan keluar!Nasib baik aku tak terlanggar mak cik cleaner di luar bilik tu.
Kemudian, aku tengok jam... aikkk???Takkan 20 minit je? Kawan di bilik sebelah yang masuk sebelum aku pun belum keluar lagi.Agaknya penemuduga aku tu dah tak tahan lapar sebab tu dia lepaskan aku keluar awal atau mungkin sebab dia tak tahan tengok aku senyum memanjang.Hahaha!!!Sekarang, aku dah balik Pasir Gudang dan duduk dengan selesanya di meja kerja aku (sebenarnya banyak kerja blogging je! :D)
Terima kasih pada yang sudi singgah kerana walau pun aku online sekejap-sekejap je tapi traffic still maintain dan ironinya ranking Alexa aku makin ok.Terima kasih juga kepada yang sudi doakan kejayaan aku.Kalau ada rezeki, dapatlah aku cuti belajar bergaji penuh untuk buat master tu.Kalau tidak, aku akan cuba lagi.Calon yang aku jumpa ada dah 6 kali mohon baru pertama kali berjaya dipanggil interview.Aku kira bernasib baik.Mohon sekali terus dapat interview.
Fakta semasa temuduga
1.Temuduga dijalankan 100% dalam Bahasa Inggeris.
2.Temuduga dijalankan dalam kondisi yang sangat santai.Macam berborak-borak je.
( Ada calon yang kata proposal mereka kena campak.Entah ye ke tak )
3.Masa untuk aku ditemuduga hanyalah 20 minit.
4.English penemuduga aku terutama yang lelaki tu tak berapa fluent sebab banyak salah sebutan.
Sssshhhh!!!
5.Semasa temuduga tu, aku asyik ingat nak blogging je!
Mula-mula muka aku macam kucing ni.
Risau + sejuk sebab berjam duduk dalam aircond.