Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, March 2, 2013

Kesilapan Ibu bapa dalam mendidik anak-anak

    Sekadar nak berkongsi sedikit ilmu yang aku kutip daripada usrah tengah hari semalam bersama guru-guru perempuan Islam di sekolah aku.Tajuk usrah sangat menarik iaitu Kesilapan Ibu bapa dalam mendidik Anak-anak.Antara kesilapan kita adalah....

1.Kurang berdoa semasa mengandung.

Memang betul sebab aku perhatikan ramai ibu sekarang lebih fikirkan persiapan duniawi daripada doa.Contohnya sibuk survey peralatan apa yang sesuai untuk bayi, hospital terbaik tempat bersalin, jamu apa nak makan lepas bersalin dan lain-lain. Antara doa yang boleh diamalkan adalah semasa 3 bulan pertama baca Surah Yusuf untuk anak cantik.3 bulan kedua baca Surah Luqman untuk anak bijak.3 bulan terakhir baca urah maryam supaya mudah bersalin.

2.Banyak menakut-nakutkan anak-anak

Teringat zaman aku kecik-kecik dulu.Mak selalu cakap, jangan keluar rumah sebab ada orang 'potong gulu' sebab nak buat jambatan. (Potong gulu tu maknaya potong leher) Aku pun jadi penakut yang amat sangat.Contohnyalah...

3.Tidak tegas mendidik anak

Aku akui bukan mudah nak tegas nak didik anak.terutama mereka yang hatinya ada taman macam aku. Hehehehe....

3.Menegur secara negatif

Yang ni contohnya tegur dengan cara marah-marah, atau guna kata-kata kesat kot.Aku pernah dnegar ada seorang ibu tu kata pada anak dia, Kecik-kecik tak nak mampus.kalau tau aku cekik leher tu biar kojol.Fullamak.Brutal habis mak tu.

4.Suka membanding-bandingkan anak.

Ala.... beli pisang sesikat pun kadang ada yang busuk.Apatah lagi kita manusia yang penuh warna-warni ni.Sakit hati tau, bila anak dibanding-banding.Macam akulah tu.Mentang-mentang aku miskin. Huhuhu!

5.Beri didikan tak seimbang dari segi jasmani, emosi, agama dan lain-lain.

Contohnya emak ayah zaman sekarang macam bangga sangat biar nak-anak yang masih pakai pampers sibuk dengan gadjet.Bukan tak boleh, boleh.... tapi kenalah ada hadnya.Karang anak jadi bloated macam katak perut kembung sebab terlebih gemuk baru tau.Cuba bayang sepupu Harry Potter si udley yang gedempol tu.Nak tak anak kita jadi gitu?

Ala.... Minta maaflah.Kena sambung sesi usarah ni di entry akan datang.Mata dah kena tongkat dengan batang mancis sebab makan ubat.Apa nak buat.Aku pun sakit lagi ni.
Jumpa dalam dua jam lagi ye.


   

2 comments:

Munnafendy said...

yg 1st tu...take note...hehe

Razil Tahir said...

kahwin pun belum, but a very good exposure..
thanks for sharing... :)

Let's have a break!