Tuesday, June 8, 2010

Aku rindu padamu...

    Hujan yang turun, bagaikan mutiara....bersinar berkilau berkerdipan...Hmmm.... Lagu Hujan bernyanyi merdu di kalbuku. Adakah benar hujan itu indah?Atau hanya fantasi sang penyanyi dan penggubah?Ku pejam mata senyap dalam diam.Hanya desah nafas yang resah. Bilakah hujan akan berhenti agar dapat ku langkahkan kaki.

   Andai dulu hujanlah yang ku nanti. Bersama adik, bersama kakak riang berlari-lari,bergurau senda dalam hujan yang indah.Ahh!Peduli apa andai tubuhku basah kerana hujan adalah anugerah. Tiada siapa akan melarang kami meredah hujan mencari keseronokan,bersama jiran, rakan dan teman. Kami puas bernyanyi, bercanda dan tertawa. Penat berlari, perut diisi.Ubi rebus sambal tumis,pulut tanak, kopi manis.

   Masa pantas berlari pergi.Meninggalkan kenangan dalam sanubari.Kini hujan seolah penghalang buat insan yang konon sentiasa berjuang.Untuk masa, untuk peluang. Hujan tidak lagi indah, penyejuk hati, penghibur diri. Maka hujan yang dulunya riang memberi cinta dan kasih sayang, kini hanya mencurah dengan pasrah.Ahh!Hujan ( Aku rindu padamu)

0 comments:

Post a Comment