Berita pelajar meninggal dunia akibat keguguran, benar-benar membuatku sedih. Bagai bunga sedang kembang tiba-tiba gugur ditiup bayu.Siapakah yang harus dipertanggung jawabkan?Siapakah yang harus dipersalahkan.Dulu orang kata anak-anak di bandar besar yang mudah hanyut digoda syaitan.Takkan mungkin anak suci pantai timur apatah lagi serambi Mekah akan membuat olah. Tetapi kini apa yang berlaku?
"Dia seorang yang pendiam, baik dan rajin solat berjemaah.Dia juga tiada masalah disiplin di sekolah"kata guru yang mengajar.Andai anak baik juga tergelincir,bagaimana dengan anak liar?Adakah menggugurkan anak itu perkara remeh terlalu mudah seperti mengunyah sekeping kuih?Ayuhai...sedih di hati ku cuba fahami sendiri.
Di mana-mana dengan mudah ku lihat anak-anak (kerana ramai yang masih belum cukup dewasa)berdua bermesra tanpa menghirau orang sekeliling tanpa segan tanpa silu.Apabila ditegur menjawab dengan megah.Tak sedarkah makan minum duit belanja masih diberi oleh mak ayah?Setakat isytihar di Facebook ,'single but not available' atau 'single but taken' boleh lagi ditoleransi tetapi jika sanggup diusung ke hulu ke hilir tidakkah terdetik rasa benci?
Muda hanya sekali tetapi sekali terpesong mengikut darah muda, meski pun hanya sekali, maka musnahlah masa depan dan tiada lagi yang patut dibanggakan.Alangkah mengerikan juga menyedihkan andai suatu hari nanti dunia dipenuhi anak luar nikah.Benar, mereka tidak bersalah tetapi mereka berhak untuk lahir sebagai anak yang sah.Oleh itu, jagalah batas pergaulan.Bercinta boleh tetapi agama jangan dilupa bak kata orang, adat dikelek agama dijunjung.Tetapi aku tertanya-tanya sndiri..masih ada lagikah anak bangsaku yang benar-benar Melayu?
0 comments:
Post a Comment