Sunday, January 29, 2012

16 tanda blogger tegar

    Petang tadi aku jenguk Facebook.Macam biasa, ramai anak-anak murid aku yang tanya macam-macam.Sambil-sambil blogging tu, aku jawablah juga pertanyaan mereka.Salah satu soalan yang ditanya adalah:Apakah tanda-tanda seseorang itu adalah blogger tegar? Fikir punya fikir, inilah jawapan aku tu.Harap-harap, anak-anak murid aku yang ada blog tu, walaupun tegar, masih lagi tak melupakan pelajaran.

Antara tanda-tanda blogger tegar yang aku nampak adalah :

1. Sehari tak blogging, rasa macam orang putus cinta.Buat apa pun terbayang blog je.

2.Bila tengok followers di blog yang dikunjungi, kenal kebanyakan mereka dengan hanya melihat gambar profailnya saja.

3.Sentiasa nak melawat blog-blog popular.

4.Lebih utamakan blogging dari tidur dan ada kes blogger tegar yang jadi burung hantu.

5.Pantang ada isu atau idea, mesti nak share di blog.

6.Pantang ada gambar menarik, mesti nak upload dan buat post.

7.Buka blog je mesti nak check Alexa.Kiranya ranking tu teramatlah penting.

8.Selalu nak timbang sama ada blog kita tu obes atau tidak.

9.Asyik ingat nak blogwalking je dan bila dah start blogwalking, makan pun lupa.
Ada kes, sampai lupa nak solat.
Minta dijauhkanlah ye.

10.Lebih seronok berkawan dengan blogger-blogger daripada keluar hang out dengan kawan-kawan sebenar.

11.Selalu check Nuffnang sama ada dapat BE atau tak.

12.Selalu juga check Churp churp sama ada perlu diupdate atau tak.

13.Lepas publish apa-apa post, mesti nak ping.

14.Selalu try SEO dengan cara melabel apa yang sesuai pada setiap entry.

15.Innit post di Nuffnang.

16.Lama sikit tak dapat BE, mulalah hantar tiket ke Nuffnang.

Ok.Itulah antaranya....

Macam mana?
Adakah anda seorang blogger tegar?



Antara blogger tegar yang popular

Anugerah Juara Lagu ke 26 : Excited tak nak tengok?

   Siapa nak tengok Anugerah Juara Lagu ke 26?Sila angkat tangan!!! Aikkk!!!!Tak de orang angkat tangan pun!Aku pun tak angkat tangan.Kenapa entah.Tapi dulu-dulu, masa Search jadi fanalis, excited sangat nak tengok.Masa tu takdelah pulak tema-tema atau promosi gila-gila.Kenapa ye?Mungkin kerana aku generasi x yang makin meningkat umur kot!




Juara lagu 1989 : SEARCH
Lagu : Isabella
( Credit to :Tupai )




Kalaulah semua finalis perempuan pakai sopan macam ni....
( takdelah kita tambah dosa tengok peha dan betis )

Berita lanjut boleh tanya Tupai


Saturday, January 28, 2012

Bayi dibuang tepi jalan.Aku ambil buat anak angkat

   Hati aku ni lembut.Lembut sangat.Kalau puding karamel tu lembut, lembut lagi hati aku.Jadi, salahkah kalau aku ambil baby yang dibuang tu buat anak angkat?Aku tak sampai hati membiarkan baby tu menangis kelaparan di bawah pokok.Dahlah tepi jalan.Jalan tu pulak sunyi sepi.Tak de kereta yang lalu.Pontianak, mungkin adalah kerana banyak pokok-pokok hutan di situ.

   Kalau aku tak ambil baby tu, aku bimbang ia akan jadi arwah dimakan anjing liar atau mungkin babi hutan.Ohhh!!Tidak!!!Jadi, janganlah marahkan aku kalau aku ambil baby tu buat anak angkat.Aku percaya, ada rezeki untuknya.Aku takkan jadi papa semata-mata mengambilnya sebagai anak angkat.

   Semasa aku menaip entry ni, si baby sedang tidur pulas di anjung dapur.Mudah-mudahan, dia akan terus membesar menjadi seekor kucing yang comel dan bijak.Yang penting, kehadirannya membuatkan aku bahagia kerana aku mana ada baby!

-
-
-
-
-
-


Ambik kau!!!
Tiga-tiga ekor aku ambil buat anak angkat.
Tak de otak agaknya orang yang buang makhluk Allah secomel ni.

Video Majlis Perkahwinan ke 3 Roslin Hashim

  Akhirnya pemain badminton negara kita, Muhammad Roslin Hashim berkahwin buat kali ketiga dengan Rohayu Rosli.Majlis persandingan telah diadakan pada 27 Januari 2012.Moga berkekalan ke anak cucu ye!

Berikut adalah petikan daripada Berita Harian.

 Bernikah di Thailand berikutan kes perbicaraan belum selesai 


KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim yang pernah mengejutkan banyak pihak kerana menceraikan isteri pertamanya selepas 12 hari melangsungkan pernikahan, mengesahkan beliau kini berkahwin kali ketiga tahun lalu.


Roslin, 36, membuat pengakuan itu selepas prosiding tuntutan ganti rugi perkahwinan dikemukakan beliau terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri barunya.

“Ya, saya memang sudah bernikah, tetapi saya tidak boleh cakap banyak sebab nak menjaga perasaan keluarga pihak sebelah lagi (isterinya),” katanya. 

Daripada sumber terdekat, difahamkan majlis pernikahan berlangsung di Thailand Disember lalu yang hanya dihadiri pasangan terbabit dan ibu bapa pengantin perempuan. 

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara berikutan kes Roslin masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah. 

Walaupun ahli sukan popular di arena hiburan itu cuba menyembunyikan identiti isteri barunya, tetapi difahamkan gadis lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Ayu. 
Malah, walaupun belum bercadang memperkenalkan suri hatinya dalam waktu terdekat, pasangan terbabit dilaporkan bakal mengadakan majlis kenduri pada 27 Januari ini di lokasi masih dirahsiakan. 

Isterinya itu bukan di kalangan individu dikenali ramai, namun sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang bola sepak. 

Terdahulu pada prosiding dibuat secara tertutup, Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim, memberikan keterangan utama selama kira-kira 20 minit di depan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan.



Credit to myMetro untuk video di bawah



p/s: Satu je tak seronok.
Pakaian pengantin perempuan tak sesuai.
Kalau pakai yang menutup aurat kan lebih berkat?
( Maaflah.Ini pendapat aku je)

Love Request... buat aku sedih pagi-pagi..

   Seminggu cuti ni, macam-macam makanan aku buat dan makan.Buat kek, cream puff, puding dan semalam baru je aku golekkan seekor ayam dalam oven, ayam golek madu.Pagi ni pulak, lepas subuh, masih lagi belum cerah tanah, aku dah pergi membeli kuih.Bukan satu tapi 4 jenis; kuih pau, kuih apam,kuih donat dan kuih epok-epok keledek aka karipap keledek.Dah tu, balik rumah, sambil-sambil mengunyah kuih dan sesekali menelan air milo yang lazat, aku rendam pulak mi siam dan aku buat mi siam @ mi hun goreng.Tambah lagi ayam untuk perencah.Lepas tu bila dah masak, aku dok menyuap mi tu sambil on netbook aku, Cik Lenovo dan on jugak TV ASTRO Beyond aku.

   Tiba-tiba, aku terhenti makan.Seorang budak hitam dari Mozambique sedang menggoreng belalang dan kupu-kupu untuk makan malam.Entah kenapa, aku rasa sedih!Kami hidup di bawah langit yang sama namun kehidupan kami sangat berbeza.Aku makan makanan lazat bukan sekali tapi berkali-kali sedangkan pada waktu yang sama, di suatu sudut dunia, ada insan yang terpaksa berpuas hati dengan hanya makan apa yang ada!Dia manusia dan aku juga manusia namun Allah telah tentukan betapa aku mewah sebenarnya berbanding dia yang tak punya apa-apa....

   ... dan untuk pertama kalinya akuingin mengucapkan terima kasih pada ASTRO atas tayangan Love Request di channel 391, KBS yang telah berjaya membuatkan aku kembali 'terjaga' dari kelapaanku sebagai seorang manusia yang selalu terlebih meminta-minta sedangkan hakikatnya Allah telah berikan aku segala-galanya... Love Request.... telah membuat aku bersedih pagi-pagi hari ni kerana aku seorang hamba Allah yang sering terlupa!




Nelittu..... kalaulah aku dapat membawamu ke Malaysia...
( Credit to Project 195, )

Friday, January 27, 2012

Emas yang boleh dimakan.

  Pelik betullah.Tiba-tiba je rasa nak makan emas.Aku tau emas tu mahal, tapi ibarat orang mengidam, nak juga rasa.Tapi dalam mimpi jelah.Kalaulah aku dapat makan emas ni...


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Ops!Ops! Yang ni gelang emas Nizam yang punya.
Gelang ni kalau aku makan, mau mati terduduk aku dibuatnya!
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Haaa.... yang ni baru betul!
Kek bersalut emas!

   Bunyinya memang pelik, tetapi kek ni benar-benar wujud.Aku baru je tau emas boleh dimakan bila dah disalut ke kek ni.Cuma, kalau tak silap kek ni bercampur rum dan rum tu kata cikgu English aku dulu, Mr Michael Williamson, rum tu serupa dengan arak maknanya haramlah kan?Kek ni namanya kek sultan dan jadi kebanggaan di Istanbul, Turki.(Sultan dia bukan Islam ke?) Topping kek ni diperbuat daripada emas 24 k, truffle hitam dan karamel.Ia mengambil masa 72 jam untuk disiapkan.Sebelum tu, bahan-bahannya direndam dalam Jamaican rum selama 2 tahun!Biar betul!!Harganya pulak $1,000 US dollar kot.Ia hanya dihidangkan di Ciragan Palace Kempinski Hotel, Istanbul, Turki.


Berita lanjut : DI SINI

Nasi Goreng Telur Ayam Dara

   Post tentang makanan lagi... Bukan nak lawan Mat Gebu chef blogger kita tu ye!Sekadar nak berkongsi je... Oklah...Menu sarapan pagi aku hari ni adalah nasi goreng telur ayam dara. Sebenarnya nasi goreng biasa je tapi aku tambah telur ayam dara.Mana nak dapat telur ayam dara? Kebetulan je sebenarnya aku jumpa telur tu.Aku JJCM di Kipmart Masai nak cari tetel tapi terjumpa orang jual telur ayam dara.Ala... telur yang biasanya dalam perut ayam tu, yang belum ada kulitnya lagi.Telur tu lah yang dikumpul dek penjual ayam dahtu dijual sepiring RM5.Aku ingat sedap macam telur biasa, tapi ala... tasteless!Tu yang aku campur dengan nasi goreng tu.Tak faham? Ha..tengok gambar cepat!

-
-
-
-
-
-
-
-
-



Pinjam gambar dari  SINI

-
-
-
-
-


Ha.... inilah dia Nasi Goreng telur ayam dara aku!
Nak try?

Pokok yang sedap dimakan..

Post pagi ni pasal pokok.
Banyak-banyak pokok, pokok apa yang sedap dimakan?
Ops!Ops! Tajuk tu nak tarik visitors je.(Jangan marah tau!)
Ok.
Soalannya..
Apakah nama pokok di dalam gambar di bawah?
Sesiapa meneka dengan tepat,
ternyata dia seorang yang hebat.
Teka jangan tak teka
tapi jangan meneka dalam kesamaran ek!

Klu untuk meneka:
'Hmmm.... sedapnya!!!'



..... tanya sama pokok...
apa sebab goyang
ada angin yang goncang.
Terbang burung terbang..
( dah tak ingat dah liriknya)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tada!!!!
Jawapan bagi solan di atas adalah
... pokok salak!

Tengok tu, 
sedang berbuah dengan meriahnya!!!



Lokasi : Belakang rumah aku opposite tingkap dapur.







It's me!... an imsomniac!


It's me..
at this moment
an INSOMNIAC!

( at 2.20 am)

Thursday, January 26, 2012

Kek Lapis Kukus Serikaya

   Sejak rajin menonton Cake Boss ni, aku asyik teringin nak buat kek je.Nak buat kek fondant memang tak le, jadi aku pun tengoklah apa ada di dapur.Belek punya belek, siaplah kek lapis kukus serikaya aku.Resipi kek ni aku ambil di blog tapi aku lupa nama blogger tu.Kek ni memang sedap.Tak percaya, try resipi yang aku kongsikan tu.


Kek Lapis Kukus Serikaya

300 gm tepung gandum
300 gm mentega ( jangan lupa cari yang halal )
200 gm gula
180 gm Serikaya ( aku guna jenama Yeo's sebab lebih sedap)
6 biji telur ( guna 5 pun boleh kalau telur tu besar )
2 sudu teh esen vanilla ( jangan ganti dengan aiskrim vanilla pulak tau)

Cara-caranya;
( Ewah... macam blog Mat Gebu pulak ek)

1.Pukul mentega dengan gula hingga ringan / kembang.(Jangan timbang pulak.Agak-agaklah tengok kaler dia dah putih tu, kira oklah )
Sebelum tu jerang air dalam pengukus dan lenserkan loyang bulat 8 inci diameter )

2.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.Kacau dengan mixer sampai rata.

3.Masukkan Serikaya dan esen vanila.Kacau lagi hingga rata.

4.Lepas tu masukkan gandum.Masukkan sikit-sikit dan mixer tu biarkan perlahan.Kalau laju karang, abis berterabur tepung tu macam aku tengok sorang selebriti cantik masak di TV.

5.Bila dah sebati dan rata, bagikan kepada 2 bahagian.Satu kuning satu lagi merah, contohnya.Atau ikut sukalah.

6.Kukus selapis-selapis macam buat kuih lapis tu.
Bab ni aku belum mahir.Tu yang kuih aku tak secantik kuih asal tuan punya resipi.
( Tuan punya resipi kalau terbaca resipi ni,beritahu aku ye.Aku nak bagi credit tapi aku lupa)

Akhir sekali, apa lagi, makanlah!

Berikut adalah gambar yang berjaya aku rakamkan...
-
-
-
-
-


Opps!Sorry!
Yang ni puding karamel.
Silap!
yang ni buat semalam.

-
-
-
-
-
-



Haa... ini dia!
Kek Lapis Kukus Serikaya.
( tapi ni yang aku buat tahun lepas )
-
-
-
-
-
-
-


Yang ni aku buat hari ni.
Mengada-ngada nak warna purple.
Akibatnya pucat je kuih aku tu.
Lapis pulak tak cukup banyak sebab aku sibuk nak kejar Bella Calamidades!
Tapi rasanya, ummmmmmmm..
yummy!!!!!

Jemput makan?





Peluk mayat kekasih..

   Sedih dan sayu bila membaca berita di KOSMO pagi ni.Seorang lelaki, berusia 21 tahun, telah memeluk mayat kekasihnya yang telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 17, di Batu Uban, Georgetown, semalam.Dilaporkan si gadis telah terjatuh setelah berselisih faham sengan kekasihnya di telefon.Pada mulanya, orang ramai menyangkakan 2 mayat yang terjatuh tetapi setelah diperiksa, rupa-rupanya hanya si gadis yang meninggal dunia tetapi dek kerana mungkin tak dapat menerima pemergian kekasih hati, si lelaki telah berbaring dan memeluk mayat kekasihnya selama sejam.Pelukan hanya dilepaskan setelah dipujuk oleh pihak polis.

   Alahai.... sedihnya!Mungkin sebelum tu mereka bergaduh besar dan si gadis bukan terjatuh tetapi membunuh diri.Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang menimpa, janganlah sampai membunuh diri tetapi carilah jalan penyelesainnya... Berita lanjut, sila baca di SINI atau scroll down je ke bawah.

Lepas pelukan setelah dipujuk

ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.
Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.
Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.
Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




Wednesday, January 25, 2012

Seronok jugak rupanya....

    Betullah... seronok jugak rupanya buat kraf felt ni.Buat beg duit felt, keychain felt, brooch felt, sampul buku felt, semuanya felt.Ok, dek kerana idea blogging masih ke laut, aku share gambar beg duit felt keluarga burung marah.( Aku masih migrain lagi.Huhuhu)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Bahagian depan



Bahagian belakang.
Ala... tak berapa kemaslah jahitan tu!

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday


Yang ni tak wordless...

Aktiviti cuti Tahun Baru Cina diteruskan lagi walaupun migrain datang balik.
Aktiviti yang dimaksudkan adalah membuat beg duit felt Angry Bird Family, tempahan budak cinonet bernama Maz.
Baru 30% siap.
Lepas tengok Bella Calamidades karang, aku sambung balik.
Ok.
Silakan tengok gambar dulu ye.
:D
-
-
-
-
-
-
-


Tada!!!!
Mata belum tampal.
( Sambil tu boleh blogging dan cari gambar cantik Chicken Little untuk beg duit seterusnya)


Wordless Wednesday


Tuesday, January 24, 2012

Buat cream puff dengan Cik Limah.Seronok!!

   Aktiviti cuti Tahun Baru Cina bersambung lagi.Dah pun siap  beg duit felt Smurfette!Sambil-sambil buat beg duit tu, aku belajar buat cream puff dengan adik iparku Cik Halimah.(Bukan Halimah jongang tau!Adik ipar aku Cik Halimah cantik macam Kajol) Seronok pulak buat kuih malam-malam.Tak sedar dah pukul 1 pagi.Ala... sejak akhir-akhir ni idea aku dah ke laut.Terpaksalah aku share gambar je.Pictures speak louder than words, don't they?
-
-
-
-
-
-
-
-



Mula-mula siapkan bahan cream puff

-
-
-
-
-
-


Tiba-tiba teringat beg duit belum siap.
Lepas masukkan cream puff dalam oven, sambung buat beg duit.

-
-
-
-
-
-



Sementara tunggu cream puff siap, 
dah siap pun beg duit aku.
Ni bahagian belakang.
Mira tu nama budak yang order.
Nama aku Scarlett!
Jangan gelak ek? :D

-
-
-
-



Dah siap 100%!
-
-
-
-
-



Beg duit dah siap, cream puff pun dah siap.
Masa untuk mengemas...
-
-
-
-
-



Cream puff dalam oven mintak tolong!
Tolong!Tolong!
Aku terbayang...
Ialah... oven kan panas!

Ok.Esok, buat beg duit Chicken Little dan Angry Bird pulak!


Al Fatihah buatmu.....

   Tahun lepas, seorang anak murid aku meninggal dunia kerana kemalangan. ( Al Fatihah buat arwah Al Zunnur ) Dua hari lepas, seorang lagi anak murid aku tersayang meninggal dunia kerana kemalangan.Tahun lepas, aku mengajar arwah tapi tahun ni tak.Kali terakhir aku jumpa adalah pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari lalu.

   Tugas aku pagi-pagi adalah memantau pelajar di pagar sekolah.Jadi bila arwah masuk, aku tengok rambut dia punyalah panjang!Jadi macam biasa, aku tegur dengan baik dan aku sentuh kepala dia ala-ala sentuhan seorang ibu.Arwah selalunya tak bersongkok tapi hari pertama tu dia bersongkok.Tanda-tanda lain takde cuma aku perasan, dia lebih berdisiplin berbanding tahun lepas.Macam biasa, walau pun orang kata anak murid aku tu nakal, aku tetap sayang!

   Moga Allah tempatkan arwah anak-anak muridku tersayang, arwah Faizal Rosli ( meninggal beberapa tahun lepas juga kerana kemalangan ), arwah Al Zunnur dan yang tetap akan ku kenang , arwah Muhd Nashrul Aiman yang baru meninggal beberapa hari yang lalu.Teacher susah nak lupa senyuman kalian!Al Fatihah!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Monday, January 23, 2012

UTM... kini ku datang...

  Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga aku menyambung pengajian ke Master.Daftar pada 15 hb ni di UTM.Tapi, cuti belajar belum lulus lagi ni.Tapi tak pe.... cuti seminggu jadi aku kena relekskan otak dulu.Salah satu cara aku nak relekskan otak adalah dengan .........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


.... buat kek hari jadi!
Alamak!Buruklah pulak!
Tak pe... yang penting sedap!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


..... dan menyiapkan tempahan beg duit smurfette ni.
Baru siap 50 %.
Beg duit Mr.Bean dah siap tapi lupa pulak nak upload gambar.
-
-
-
-
-
-
-
Satu lagi berita best hari ni..
-
-
-
-
-
-
kakak aku dari Kota Tinggi datang bawak kuih gendang!
Yes!Macam tau-tau je aku tengah mengidam ni.


p/s: Doakan aku berjaya dalam temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh aku tu ye.
Terima Kasih.