Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, October 9, 2012

Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012

  Untuk pengetahuan, sekarang ni sedang berlangsung Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012.Aku memang minat festival macam ni terutama sekali kalau ada ghazal.Alahai, bestnya... Bulan mengambang...Pak Ngahlah balik... hai lah sayang... Bulanlah mengambang.... bulan mengambang di tengah malam!Cewah!Macam tu lah lebih kurang bunyi lagu ghazal.

   Kebetulan, bersempena dengan Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012 ni, Konsert Simfoni Ghazal Johor akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.Artis yang akan membuat persembahan adalah Nash dan Ramlah Ram.Teruja nak menonton.Kalau ada Jalil Hamid lagi best sebab Jalil ni bila menyanyi ghazal, alah mak merdunya suara!

   Kemudian pada 20 Oktober pulak, giliran pujaan hatiku buat persembahan dalam Malam Gala Festival Muzik Antarabangsa Johor 2012 di tempat yang sama.Ini adalah malam kemuncak untuk seluruh festival.Dengan persembahan 15 pemuzik dari negara serantau aku memnag teruja sangat nak menonton.Apa tah lagi dengan adanya penyanyi pujaan hatiku dulu, kini dan selamanya.Jadi, kalau sesiapa ada masa tu, jomlah join sama!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Gambar Google
Maklumat lanjut ada di SINI

0 comments:

Let's have a break!