Sunday, October 28, 2012

Resipi daging panggang jaga badan

   Oleh kerana banyak beno daging dalam peti sejuk, macam-macam resipi aku nak try.Tapi kalau asyik resipi biasa terutama yang berempah tu, boring juga kan? Jadi, jom kita try resipi sihat jaga badan ala kampung.Resipi ni aku ambik dari buku Masakan Kampung selenggaraan Saadiah Mohamad, keluaran Alaf 21 Sendirian Berhad.

Daging panggang air asam

Bahan-bahannya:
1 kg daging lembu
Sedikit garam
Daun pisang
15 cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besa ( cili dan 2 jenis bawang ni dikisar)
Sedikit kicap pekat
Jus limau nipis
Gula pasir

Cara-caranya :
1.Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
2.Gaul rata dengan sedikit garam.
3.Alaskan kuali leper dengan daun pisang.Panggang 15 minit dan jangan lupa balik-balikkab.
( Kalau nak panggang dalam oven pun boleh tapi mungkin ambik masa lama sikit)
4.Satukan bahan kisar, kicap, gula dan jus limau nipis dalam mangkuk.
5.Hidangkan dengan daging panggang.


Daging panggang jaga badan yang aku dah siapkan.

-
-
-
-
-
-
-

Buku masakan yang aku maksudkan.

~SELAMAT MENCUBA~

2 comments:

Unknown said...

wahh mcm sedap je

yana said...

dah pernah try. sedap sedap ! tapi cuba try cicah daging tu dengan sambal kicap. lagi umphhhh. :P

Post a Comment