Thursday, October 25, 2012

Kepala lembu ayah

   Bila sebut tentang Hariraya Korban, mesti terbayang kepala lembu.Entah kenapa aku suka sangat tengok ayah menyiang (?) kepala lembu.Terasa macam doktor bedah je.Ada setengah orang, tak berani nak dekat maklumlah, kepala tu kadang-kadang menakutkan juga.Mungkin sebab memang dari kecik aku jenis yang selalu nak cari tau @ tambah ilmu.Kebetulan, bila tiba Hariraya Korban,ayah selalu diminta untuk menyembelih lembu.Sebagai penyembelih, biasanya kepala tu diberi pada ayah.Bila tengok ayah bawak balik kepala tu, aku antara orang yang paling tak sabar nak tengok ayah mulakan pembedahan.Ayah pulak jenis yang kelakar.Ayah kata lembu tu malas gosok gigilah, lembu tu pakai celaklah dan macam-macam lagi.Ada sekali tu ayah letak puntung rokok di mulut lembu tu.Nampak lucu sangat.




Ayah dan mak semasa syawal hari tu.



Ayah

   Tapi, semua tu kenangan semasa aku kecik dulu.Sekarang ni, ada juga sesekali ayah menyembelih lembu.Tapi dek kerana ayah pun dah tak larat nak kerjakan kepala tu, ayah jarang bawak balik kepala lembu.Tahun ni, aku pun tak pasti ayah akan menyembelih lembu atau tidak.Opps!Rupa-rupanya dah dekat seminggu aku tak ke rumah ayah................ walau pun jarak perjalanan hanyalah 5 minit!Tak patut betul aku kan?Tapi, itulah ..... aku selalu ditinggalkan dek masa... Mudah-mudahan ayah faham.....

1 comments:

Unknown said...

melapah lembu ...

selamat hari raya dari makbed.

Post a Comment