Akhirnya, setelah aku menanti berjam-jam, sehingga jejak 2 hari, anak yang ku nanti, pulang dengan selamat.Nak tanya, dia meronggeng ke mana, dia bukan boleh bercakap.Cuma matanya je aku tengok nampak macam orang mintak maaf.Tak pelah Panji.Yang penting, Panji selamat.Mak tak marah pun.Mak dah sediakan makanan kesukaan Panji.Bukan setakat sepinggan, setengah tupperware mak sediakan.Makanlah sorang-sorang.Kalau Panji nak air Milo ais pun mak sediakan.Janji Panji balik. Oleh kerana boleh tahan juga rindu mak pada Panji, mak pun ambik gambar Panji banyak-banyak dan mak share kat entry ni.Boleh juga buat kenang-kenangan.Lain kali kalau Panji nak berjalan, ajaklah mak sekali.Taklah mak risau sorang-sorang di rumah.Mak bukan ada anak lain.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mula-mula Panji takut-takut nak makan.
Bak kata Lawak ke Der,si Harith botak tu, mental traumatised...
Panji masih lagi takut-takut.Terpaksalah mak pujuk.
Dekat 10 minit mak pujuk, barulah Panji nak makan.
Kesian Panji.
Banyak betul Panji makan...
0 comments:
Post a Comment