Tengok gambar pundah kecur air liur!
Alahai!
Ada yang tanya resipi rojak petis.
Resipinya senang je...
Bahan-bahan untuk dilenyek sesuka hati :
Cili giling ( bedal cili boh atau cili padi pun boleh.Cili jeruk tak boleh tau! )
Letak sikit je kalau tak suka pedas
Petis ( paste udang yang sedap sangat tu.Alah, yang orang guna buat rojak buah tu)
Guna petis ni kena hati-hati sebab bau dia, masya allah!
Gula
Garam
Bahan untuk dipotong :
Nenas
Timun
Sengkuang
Mangga muda
Jambu air ( kalau suka)
Tambah taugeh atau kangkung celur kalau nak.
Bahan tabur:
Kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sederhana halus
Cara-caranya:
Mula-mula, lenyek bahan lenyek dalam bekas.Kalau boleh bekas tanah liat.Kalau takde, hantam sajalah labuuuu!!!!!Kalau suka letak sikit Cik Aji.Kemudian, gaulkan rata-rata dengan semua bahan yang dipotong tu.Bila dah cukup mesra, taburkan kacang tanah.Rojak dah pun sedia untuk dimakan.
Anggaran banyak mana bahan nak guna tu, pandai-pandailah.Janji sedap.
Maklumlah resipi turun-temurun.
-
-
-
-
-
-
Jom makan rojak!
5 comments:
glup!sedap nyer..
wohaaaaa ! sedapnye ^^
nyam2! :)
walaweh...lama da x makan rojak
petnag tadi baru dah makan rojak :D paling uska kuah dia tu.. sedap sngt. eh, kuah ke apa nama dia?
Post a Comment