Esok dengan rasminya akan bermulalah peperiksaan Penilaian menengah Rendah ( PMR) tahun 2012.Mudah-mudahan, anak-anak murid aku berjaya menjawab soalan dengan cemerlang.Aku tau bukan budak-budak tu je yang berdebar, tetapi para ibu bapa dan juga guru.Biarpun mereka bukan anak kandung kami, para guru, aku percaya tiada seorang guru pun yang mendoakan kegagalan anak didik mereka.
Ibarat kata, kalau boleh ku pinjamkan otak, akan ku pinjamkan otakku buat anak-anak muridku agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lancar.Namun apa dayaku.Hanya doa yang mengiringi perjuangan mereka.Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.Amiiin. Bagi mereka yang bertanya tentang jadual pepriksaan, dan untuk ingatan buat aku sendiri di sini aku kongsikan sumber untuk rujukan. SILA KLIK.
SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA CALON PMR 2012
1 comments:
memang betul cikgu. kak zan saya yg anxious, si anak nampak relaks jer. semoga si sulung kak zan dapat menjawab dgn baik.
Post a Comment