Monday, October 8, 2012

Soalan kefahaman B.Melayu PMR 2012

    Hajat hati nak peluk gunung, tapi sayang tangan tak sampai.Ingin ku duga lautan tapi kailku cuma panjang sejengkal.Tapi.... alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.Alang-alang mandi, biarlah sampai basah.Tak baik cuma sekadar hangat-hangat tahi ayam.Bak kata orang, patah sayap bertongkat paruh namun gunung kan ku daki juga.Biarpun tidak semudah berkata seperti bibir atas bibir bawah, namun sekali melangkah, akan terus melangkah!Aku tak mahu seperti ayam betina yang bertelur sebiji namun riuh sekampung atau pun seperti ayam jantan yang bangga menggoyang ekor tapi punggung bergelumang tahi!


   Perjuanganku belum selesai.Walau pun aku cuma seorang hero tidak didendang, aku tetap mampu menggoncang dunia bukan sekadar menghayun buaian.Tapi, aku perlu seseorang untuk sama-sama merasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Sederap kaki melangkah, meski tapak demi tapak, perjuangan harus diselesaikan!Takkan ku berumah di tepi pantai, andai aku takut dilambung ombak.Biarlah apa orang nak kata kerana hanya mereka yang makan nangka saja yang akan terkena getahnya.Aku ibarat seekor ikan di lautan, biar pun lautan itu masin, aku takkan pernah turut menjadi masin, kerana aku tetap aku.

   Mudah-mudahan, mendung kelabu akan berarak dan takkan terus-terusan mengekori langkahku sepanjang kehidupan yang penuh cubaan.Insyaallah....................................................

-
-
-
-
-
-
-
-
Soalan untuk yang sudi membaca;
1.Apa beza pepatah dan peribahasa?
2.Berapa jumlah pepatah atau/dan peribahasa dalam teks di atas?
-
-
-
-
-
-
-
-
Tajuk entry hanyalah sebagai 'cubaan' untuk melihat keberkesanan teknik SEO.
Jangan marah!


1 comments:

Ummi Aqilah said...

tak sanggup seluk pekasam walau nk berjaya sis..hehe

ooo main SEO eh..hehe

Post a Comment