Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, October 26, 2012

Hari raya yang internasional

  Tika dan saat ini, aku rasa ramai yang sedang menghadap lembu sedang disembelih atau lembu sedang dilapah.Kata orang, bila lembu atau haiwan tu nak disembelih, lembu atau haiwan tu faham yang mereka akan dikorbankan.Betul ke?Ada tak sesiapa yang pakar dan boleh menjawab pertanyaan aku ni.Bukan aku tak percaya cuma aku memang tak percaya 100%.Entahlah.

   Bagi aku sendiri, Aidiladha bermakna cuti.Cuti bermakna rehat tapi ironinya time cuti ni lah kerja bertimbun menambun nak buat.Kalaulah aku ada bibik... At least bolehlah aku suruh buat kerja rumah.Tapi kalau ada bibik, tentu tak de privasi.Macam mana aku nak seksi-seksi kat rumah?Hahahaha!!!!Sebenarnya aku manalah mampu nak pakai bibik.Maklumlah cikgu biasa je.Bukan cikgu yang gaji 5,6 ribu!

  Tiba-tiba, aku tak tau pulak apa nak tulis.Oklah.Aku cerita pasal raya jelah.Sekarang ni aku balik kampung,rumah mak.Balik kampung jauh wooo.Penat!!! Bertolak jam 7.45 malam dan sampai rumah mak pukul 7.50 malam.jauh wooo!!!Jet lag lagi ni.Hahaha!!! Ok.Ok.Sekarang ni selain adik-beradik dan anak-beranak aku berkumpul, raya tahun ni kira internasional tau.Ada tetamu dari Thailand dan Indonesia.Yang Thailand tu kawan adik aku dan yang Indonesia tu bibik le.Internasional kan?

Gambar raya 












Gambar anak-anak, anak-anak buah, family

  Makanan pulak berlambak-lambak.Ketupat / lontong, rendang, kari, rojak dan yang paling istimewa tentulah nasi dagang.Sebab aku yang buat nasi dagang tu.Hahahaa!Masa ni ayah tengah sibuk menyembelih lembu.Kalau tak silap hari ni 6 ekor.Esok 3 ekor.Hebat ayah aku!terpancut-pancut darah!Tapi anak buah aku yang cerita sebab aku tak berani nak tengok.Yang bestnya kan, kalau dapat buah lembu tu.Fuyooo!!!Bizarre!!!!Masak apa sedap ek? Hehehe..... Ok.Mood raya lagi ni.Melayan anak-anak buah sambil makan.Habis diet aku!!!!Cis!!!

Melepas den nak tengok Impostora pukul 10 tadi.

1 comments:

tunz said...

wah!! kelass teacher ni yer

Let's have a break!