Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, October 1, 2012

Oh Negaraku! Oh kudaku!

   Rumah aku terlalu hampir dengan sekolah.Ibarat kata orang, masak nasi pun belum sempat menggelegak, aku dah boleh sampai ke sekolah.Tapi, itu sekolah yang mula-mula aku mengajar dulu.Sekolah tempat aku mengajar sekarang ni, jarak dalam 9 kilometer rasanya.

   Tapi, aku bukan nak bercerita tentang jarak rumah aku dan sekolah.Aku nak bercerita betapa seronoknya aku mendengar nyanyian budak-budak sekolah berdekatan dengan rumah aku.Hari ni kan hari Isnin jadi macam biasalah ada perhimpunan rasmi.Bila ada perhimpunan rasmi, maka adalah nyanyian lagu sekolah, lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor.

   Apa yang aku perhatikan, semasa budak-budak tu sekolah rendah, bila disuruh menyanyi, bukan main bersemangat mereka menyanyi.Berdiri tegak dan masing-masing pandang ke bendera.Rasa patriotik sangat.Tapi persoalannya, kenapa bila naik ke tingkatan 1, setengah-setengah budak ni berubah 360 darjah?Maksud aku nak suruh berdiri tegak ewaktu menyanyi lagu-lagu tu pun susah.Belum lagi nak suruh menyanyi dengan penuh semangat cintakan negara.Kenapa ye?

   Adakah ibu bapa yang bersalah?Atau mungkin para guru?Bagaimana dengan sistem pendidikan sekolah kita?Mungkinkah kerana generasi kita telah terlalu mewah maka tak perlu bersusah payah menghabiskan masa sejenak untuk menunjukkan rasa cintakan negara?Perlukah para guru marah-marah atau cukup hanya tersenyum penuh kasih sayang dalam menegur anak-anak remaja di sekolah yang tidak lagi sebaik dulu semasa di sekolah rendah?Mengapa jika sesuatu berbentuk hiburan, anak-anak kita begitu cepat teruja?Di mana silapnya ye?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Cuba suruh ikut tarian kuda kengkang ni,
cepat je mengikut.
Jangan budak-budak belum habis sekolah,
yang sekolah tinggi pun 2 kali lima!
Tak percaya, tanya Ben Ashaari

   

1 comments:

Yaya Azura aka Naz Azra said...

agaknya bila bertukar fasa uniform sekolah, mereka rasa dah jadi besar, maka kepala pun turut 'besar'..

Let's have a break!