Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 6, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Bagai orang mengantuk disorongkan bantal!
Tengah ada mood nak berpantun. Mia buat segmen Mari Berpantun pulak.

Jom kita berbalas pantun!
Yang warna merah tu Mia jual.
Yang warna purple tu aku beli.
Cewah!!!

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Indah sungguh bunga kemboja,
Indah lagi Si Seri Pagi;
Ala Mia!Buat-buat tak tahu pula,
Scarlett O'Haralah apa lagi.

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Enak sungguh si buah pala,
Enak juga si buah jambu;
Sudah gaharu cendana pula,
Tak lama lagi, dah terima menantu!

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Baik-baik menanam tebu,
Jangan sampai kulit tercalar;
Kalau sungguh Mia nak tahu,
Pagi bekerja, petang belajar.

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Budak-budak mencari lokan,
Cari bersama ibu dan nyonya;
Jauh tidak, dekat pun bukan,
Samalah negeri dengan Mia.

Ok tak pantun akak Mia?

9 comments:

kak mah said...

wow!...masuk segmen Mia..Good luck

TiranaAduka said...

salam..
Bg tirana aduka ok je..

maszull said...

assalamualaikum scarlett...selamat bersegman yer...:)

Mia Liana said...

Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini

padin said...

wahhh menarik nih, segmen berpantun :D

Yana Aina said...

bebas burung menari-nari
terbang tinggi seronok sekali
dari segmen sama dtg kemari
sudilah kunjungi yana kembali

http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

DONE follow ^^

norzibeautilicioushouse said...

Datang mengunjung melawat tapak,
Sungguh indah pantun dibeli,
Datang ke mari meninggalkan jejak,
Jemput kembali di Laman Norzi,

Salam ukhwah dari segmen yang sama

http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

Noor said...

Dari jauh hamba berjalan,
Sambil memikul seguni padi,
Datang sini hendak berkenalan,
Singgahlah kembali kalau sudi..

http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

Pandu keta slow..
I dah follow..

teratai said...

Terkedek-kedek singgah di sini
Membaca pantun penuh jawapan
Menyusun daku sepuluh jari
Salam perkenalan daku hulurkan..

http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

Let's have a break!