Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, March 18, 2013

Sangat tak bagus menjadi seorang guru.

   Semalam, iklan untuk menjadi seorang guru, telah pun disiarkan di akhbar-akhbar.Walau pun keputusan SPM hanya akan diumumkan hari Khamis ini,anak-anak murid aku ada yang dah bertanya bagus atau tidak menjadi seorang guru.Aku nak jawab apa ye?Takkan aku jawab tak bagus.Jadi jawapan aku adalah seperti berikut....

   Sangat bagus menjadi seorang guru jika kita ikhlas dan fikirkan tentang pahala yang kita dapat dalam mendidik anak bangsa.Tetapi soalnya, ikhlaskah kita?Kalau ikhlas, maka teruskanlah niat menjadi seorang guru.

   Sangat tak bagus menjadi sorang guru jika awal-awal lagi cuma fikir pasal gaji.Bila dah mula mengajar, disiplin hampeh.Kasih sayang pada anak-anak murid langsung takde.Anak-anak murid tanya soalan, kita hambur dengan kemarahan.

   Kesimpulannya, jadi guru bagus ke tidak, tepuk dada, tanya selera.Kalau rasa tak sanggup, baik tak usah.Buat stress kepala otak je.


4 comments:

eyriqazz said...

tepuk dada,tanya selera..

Mak Lagenda said...

Bagus atau x 1-1 pekerjaan tu,bkn terletak pd pekerjaan tu sbnrnya. Ia terletak pd tuan punya badan yg melakukan pekerjaan..ikhlas dia bekerja,maka baguslah pekerjaannya tu

ghost writer said...

sangat bagus lah, tapi takkan semua nak jadi guru, sapa nak buat kerja lain ye dak. aku dulu pun kepingin nak jadi guru, tapi apalah erti niat kalau tak diselaraskan dengan kesungguhan belajar.

Eija zolkifeli said...

jadi cikgu sekarang cabaran nya terlalu besar...klau rasa tidak tahan dari segi mental dan fizikal lebih baik memilih kerja lain selagi ada pilihan...jadi cikgu bukan x bagus tapi perlukan pengorbanan dari segala segi...saya juga sudah memilih bidang ini so, IKHLASKAN HATI...:)

Let's have a break!