Wednesday, October 31, 2012

Kalau blog, laju je....

   Tak taulah nak kata apa.Tapi aku betul-betul bengang!Dah dekat 2 jam aku mengadap laptop ni tapi ilham nak menyiapkan Pelan Strategik pindaan sekali dengan pelan tindakan dan operasi, langsung tak datang!Kalau update blog tu, 5 minit je dah siap dengan publish.Kengkadang siap ping lagi.Tapi, bila bab kerja wajib kat sekolah, idea tersengguk-sengguk macam cik siput aka cik semput.2 hb dah last date nak kena submit.Aduhai!Manalah idea aku?Laporan program pun belum siap.Huhuhuhuhu.... rasa nak menangis tiba-tiba!Tapi, nasib baik dah lama sangat aku tak kena migrain!Kalau tak, taulah...... Ada mana-mana blogger teacher kat sini yang boleh bagi aku ilham?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Muka ketat tak de ilham! 

Entry curi lagi

   Sunyinya sekolah hari ni.Pelajar Tingkatan 3 telah pun dicutikan.Pelajar Tingkatan 5 pun ada yang dicutikan.Yang tinggal dan wajib hadir selain 3 kelas tingkatan 5 adalah semua kelas tingkatan 4.Jika hari-hari biasa, adalah juga terdengar suara anak-anak aku bergurau berteriak, bila dah ramai yang dicutikan ni, rasa sunyi yang amat sangat!Rindulah pulak pada anak-anak aku terutama yang tingkatan 3 tu.Alahai.....Tu yang aku curi up date blog tu! Sebab aku dah rasa nak termuntah dari pukul 7.30 pagi tadi sampai pukul 1 tengah hari ni, aku langsung tak berhenti buat kerja!nak makan pun tak sempat! Ini pun aku up date sebab dah tamat sesi persekolahan sesi pagi dan anak-anak aku pun dah balik.Jadi, sementara nak tunggu masa cikgu balik jam 2.30, aku curi-curi le up date.Nak buat kerja terus karang, ada aku termuntah kang sebab mabuk dengan macam-macam dokumen yang perlu dibereskan.

   Tapi, aku salute pada seorang guru di sekolah aku ni.Walau pun kerja berlambak lana  ( Bukan Lana Nordin ye), cikgu ni tetap sudi mengajar beberapa pelajar tingkatan 5 yang sepatutnya bercuti, tapi punyalah rajin hadir ke sekolah sebab nak mintak cikgu ajar!Cikgu ni pulak aku tengok dari pagi tadi lagi tak berhenti-henti mengajar!Tabik spring betul!Jadi sebagai penghargaan buat cikgu aku tu, aku upload gambar dia sedang asyik mengajar hinggakan makan pun tak sempat!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah cikgu yang aku maksudkan.

-
-
-
-
-
-
-

Cikgu nilah yang aku harapkan supaya dapat membantu aku 
memperkasakan Panitia BI dan
menjadi KP setahun dua lagi.


   

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday



Tuesday, October 30, 2012

Arabian Night?Alamak!!!

   Tajuk bagi gempak.Arabian Night?Alah... kenapa tak Fairytale ke.Boleh le aku menyamar jadi Mak Tiri Cinderella.Arabian Night?Aku nak pakai apa ye.    Aku pun macam biasalah..... Cepat-cepat menggoogle.........  Mak datuk!Tokojut den! Tiba-tiba keluar gambar Mak Arab pakai 'Co o ' je.Masyaallah!!!! Lepas tu aku google balik dan jumpa blog anak dara yang cantik macam Aqilah Bajuri pelakon tu.Bukan setakat contoh baju, siap dengan teknik solekan lagi!Bestnya!!!Aku pun terus follow!Tapi aku ni bukan anak dara come lote!Dah masuk 4 siri pun!Sesuai ke aku bergaya macam tu? Ada sesiapa boleh bagi pandangan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Princess Yanti

-
-
-
-
-


Nadiah Aqilah Bajuri, antara pelakon kita yang berbakat besar.


Entry curi ceri

   Oh Tidak!Semalam tak sempat update blog.Scheduled post pulak tu tak sempat nak buat.Pagi kelas macam macam biasa.11.30 hingga 1.05 minit, aktiviti pasca PMR.Pukul 1.30 meeting.2.45 kelas tambahan untuk pecutan SPM sampai pukul 4. Balik rumah dah pukul 5. Masak dll dah maghrib.Makan, buat kerja sekolah dah pukul 11 malam.Aduhai!!Rasa tak sempat nak bernafas!Tu belum masuk menanda kertas periksa dan Gerak Gempur tu.Ni pun curi-curi update time tunggu SAPS nak loading.Lembab bebeno!Petang ni pulak ada kelas di UTM.Tapi macam mana ni?Sebab dah sejam dah asyik je ......................................................................................................................................................................................................... ceri-beri!!!!!Aduhai!!!!!!

Makna tajuk:
Entry curi-curi sebab update kat sekolah
+ ceri sebab asyik ceri-beri je ni!!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
Muka ketat kena ceri-beri.

Monday, October 29, 2012

Sunday, October 28, 2012

Menarik dari Google

Menarik dari Google

Menarik dari Google

Menarik dari Google

Menarik dari Google

Kenalah senyum sikit baru pesakit cepat sembuh!

Bercinta nak buat!

   Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri bahawa menyiapkan kerja dalam masa yang telah ditetapkan itu sangat penting.Bukan apa, kadang-kadang, bila dah bertimbun kerja, nak mulakan punyalah susah.Bercinta nak buat, kata orang.Tapi kalau kita suka bertangguh, kerja yang mudah akan jadi susah.Jadi, pandai-pandailah untuk mencari masa menyiapkan semua kerja yang patut diselesaikan.Ingatan ni bukan setakat untuk mereka yang bertanya bagaimana aku bahagikan masa dengan kerja dan blogging, tapi juga ingatan buat aku sendiri.

   Dan aku nak ingatkan diri aku sendiri bahawa lusa, aku ada kuiz paper Description Of English ( tak study pun asyik masak je kerja aku), ada juga tempahan felt tempat pensel, keychain, nametag, report program belum buat, plan strategik belum sempurna sepenuhnya dan macam-macam lagilah.Insyaallah, dengan pengurusan masa yang ok, semua tu dapat dibereskan dengan kadar yang segera.Insyaallah....

-
-
-
-
Kena blogging...

Kena basuh pinggan...

Kena sapu sampah....



Pening kepala makan daging?

   Kata orang, kalau terlebih makan daging, boleh kena sakit kepala.Betul ke? Bukan apa, 2,3 hari ni menu utama aku adalah daging.Dah macam staple food pulak.Dan akibatnya aku rasa pening-pening sakit kepala.Adakah itu disebabkan terlebih makan daging?Maklumlah, dah lama juga rasanya aku tak sakit kepala walau pun kerja bertimbun-timbun.Ada sesiapa boleh bagi nasihat atau pandangan?Bukan tak boleh makan pil sakit kepala, tapi kalau boleh aku nak elakkan makan pil sebab rasanya aku terlalu bergantung pada pil.Jadi kalau ada apa-apa petua, sudikanlah share dengan aku ye.
-
-
-
-
-
-
-
Aduh!Sakit kepala!

Resipi daging panggang jaga badan

   Oleh kerana banyak beno daging dalam peti sejuk, macam-macam resipi aku nak try.Tapi kalau asyik resipi biasa terutama yang berempah tu, boring juga kan? Jadi, jom kita try resipi sihat jaga badan ala kampung.Resipi ni aku ambik dari buku Masakan Kampung selenggaraan Saadiah Mohamad, keluaran Alaf 21 Sendirian Berhad.

Daging panggang air asam

Bahan-bahannya:
1 kg daging lembu
Sedikit garam
Daun pisang
15 cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besa ( cili dan 2 jenis bawang ni dikisar)
Sedikit kicap pekat
Jus limau nipis
Gula pasir

Cara-caranya :
1.Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
2.Gaul rata dengan sedikit garam.
3.Alaskan kuali leper dengan daun pisang.Panggang 15 minit dan jangan lupa balik-balikkab.
( Kalau nak panggang dalam oven pun boleh tapi mungkin ambik masa lama sikit)
4.Satukan bahan kisar, kicap, gula dan jus limau nipis dalam mangkuk.
5.Hidangkan dengan daging panggang.


Daging panggang jaga badan yang aku dah siapkan.

-
-
-
-
-
-
-

Buku masakan yang aku maksudkan.

~SELAMAT MENCUBA~

Resipi daging goreng blogging

  Taulah sekarang ni di mana-mana menu utama adalah daging.Kalau tak sup, kari.Kalau tak kari, kurma dan macam-macam lagilah.Tapi ada satu resipi istimewa yang aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!Bukan semata-mata resipi ni mudah tapi yang paling penting, cepat dan senang sangat nak sediakan.Ibarat kata, sambil masak pun boleh blogging sebab tu aku namakan dia daging goreng blogging.Nak try tak?

Bahan-bahan wajib

 Sekilo daging batang pinang ( potong kiub kecik-kecik)

2 biji bawang besar jenis yang merah ( Bawang yang hijau / kuning tu tak sedap)
Hiris macam biasa

5 biji cili hijau belah 2 dan buang biji
( Kalau kuat pedas, ganti dengan cili padi ikut suka)

8 ulas bawang putih
( Ketuk atau tumbuk tapi tak payah terlampau lumat)

2 sudu makan minyak masak

Sedikit air, garam, aji no.

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak dalam kuali.

2.Bila dah cukup panas, masukkan bawang besar dan bawang putih.

3.Jangan tunggu garing tapi masukkan terus daging yang telah dibasuh dan ditos.
Masukkan garam dan aji no.

4.Tutup kuali.

5.Guna api sederhana dan masak hingga daging, bawang garing.
(Walau pun minyak masak guna sikit je, daging dan bawang akan garing dengan minyak yang keluar dari daging tu sendiri)

6.Bila dah cukup kering dan garing, masukkan lada.Biar sekejap dan bolehlah diangkat.

Bagi yang suka ada kuah,letak sikit je air dan biar mendidih.
Resipi ni tak sedap kalau kuah banyak sangat.


Inilah hasilnya.
Selamat mencuba!

Penyakitku semakin tenat...

   Cepatnya masa berjalan.Sekejap je dah nak habis cuti.nak tunggu cuti hujung tahun, rasa macam lama sangat.Pada hal 9 hari bulan tu dah hari last sekolah.Esok dah naik sekolah balik.Bila masuk je kawasan sekolah, mulalah terbanyang segala mak nenek kerja yang menimbun.Nasib baik aku jenis yang tak berapa suka tangguh kerja.Tapi, sejak akhir-akhir ni aku rasa aku dihinggap penyakit yang sangat serius.Doktor pun tak boleh beri ubat.Makan pain killer pun tak jadi apa.Mungkin peringkat umur yang dah masuk 4 siri ni penyebabnya atau pun memang aku yang tak boleh elak dari penyakit tu.Kalau boleh dibedah, dah lama aku bedah sebab penyakit ni betul-betul membuatkan aku risau.Meski pun masih belum di tahap kronik, aku tetap risau.Kalau ada sesiapa tahu cara nak ubat penyakit aku yang semakin tenat ni, tolonglah beritahu aku segera. Penyakit aku adalah ....................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
mim
-
-
-
-
-
alif
-
-
-
-
-
lam
-
-
-
-
-
-
-
sin
-
-
-
-
-
-
-
-
-
m   +   a    +   l    +    a   +   s!!!!


Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menyelesaikan segala kerja!!!!!

Saturday, October 27, 2012

Resipi bubur candil

   Tiba-tiba teringin nak makan bubur candil. Terus sediakan bahan-bahannya dan buat.
-
-
-
-
-
-
-
Bahan-bahannya mudah je.

1 kg tepung pulut
( letak garam sikit dan adun dengan air.Agak-agak ok, gentel bulat-bulat)

Kelapa parut sebiji ( Ambil santan pekatnya)

3 helai daun pandan ( ikat simpul)

2 ketul gula melaka


Cara-caranya:

1. Jerang 1/4 periuk air.

2.Bila air dah mendidih, masukkan tepung yang dah digentel.

3.Bila tepung dah timbul, masukkan gula dan pandan.

4.Biar sampai gula larut.

5.Bila gula dah larut, masukkan santan pekat dan sedikit garam.

6.Biar mendidih tapi jaga jangan sampai santan berketul.

Dah pun siap.



Rupa tepung yang sedang digentel

-
-
-
-


Bubur candil yang dah siap.
Makan sikit je sebab jaga badan.
Jom makan!

Hantu Kambing muncul di Pasir Gudang!!!Ya Allah!Seramnya!!

   Semalam wujud hantu pocong dan jin mata satu.hari ni wujud hantu kambing pulak.Tengok video kalau tak caya.Tapi jangan tengok sorang-sorang!Serammmmm!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
Seramkan?
Hahahahahahahaha!!!

Eh?Mana pulak menghilang!

    Lepas publish entry, macam biasalah... Aku ping di FB.Guna 'Share' button je atau cara automatik.Tapi, sehari dua sejak raya ni, button 'share' tu mana entah menghilang.Pergi beraya juga kot?Atau pun mungkin line celcom dah bertukar menjadi kura-kura di rumah ayah aku ni.Hantu betul! Grrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ( Mood geram) Ingat nak share gambar raya.Hampeh!Atau pun sebab-sebab lain yang aku sendiri tak faham.Maklumlah aku ni blogger anchovy.Blogging main bedal ke?Hehehehe! Tengok gambar je lah.

-
-
-


Fuh! Kenyangnya makan lontong!
(Kata Izzah anak buah aku.Hehehe)
-
-
-
-



Ini Si Adib, anak buah aku yang naik basikal bawak ayam hari tu.
 -
-
-
-
-
-


 Ni semua antara 10 ekor lembu yang ayah sembelih.Seekor lagi kambing.
Maknanya ayah dah sembelih 11 ekor lembu dan kambing hari ni.
-
-
-
-
-
-

   Gambar candid ekslusif.
Yang pakai kain pelikat, adik aku AFJ Toyek dan yang sorang lagi tu,
tetamu khas dari Bangkok, Thailand, Thapakorn Apaentahcawan.
Dua-dua engineer kerja di Klang.

Alamak!!!!!!
Tak boleh nak share entry.
Hampeh betul!!!
Nasib baik Sop nak tolong.
( Tunggu dia balik rumah malam ni)

Tetamu VVIP Aidiladha

Makanan istimewa Aidiladha

   Hari raya Aidiladha tahun ni bermacam-macam jenis makanan yang terhidang.Daripada lontong, rendang, nasi dagang dan lain-lain.Tapi ada satu jenis makanan istimewa yang buat aku teruja.Teruja kerana terkenangkan zaman kanak-kanak, zaman susah semasa lempeng menjadi hidangan utama waktu pagi. Zaman sekarang, sebut lempeng pun tak nak tapi sembut pancake.Sekurang-kurangnya, aku masih ingat apa itu lempeng.Oklah.raya-raya ni idea menulis dahlah ke laut, nak fokus buat entry pun tak boleh jadi aku share gambar je lah.Agak-agak sedap tak makanan ni pada anda?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Roti canai makan cicah sambal tumis, gula, kuah dal dah mestilah, rendang, sardin dan yang paling istimewa .....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


.... cicah ikan kering!

Friday, October 26, 2012

Impostora... Bakit?

   Fulamak!Aku berbahasa tagalog hari ni.Biar le anak-anak murid aku gila KPOP.Tak pe.Aku gila Philippines.Jangan salah anggap.Aku suka cerita tagalog bukan sebab heronya yang kacak semata tetapi kerana aku berkenan sangat dengan bahasa dia yang aku rasa cukup unik.Banyak juga yang sama dengan bahasa Melayu.Tu yang unik.Ditambah pulak dengan ceritanya yang mantap.Cerita Melayu bukan tak mantap tapi ada sikit-sikit unsur ketirisan yang menyebabkan minat aku mengalir keluar.

   Berbalik pada bahasa, aku dah pun mintak tolong pada anak murid aku Izza Assuncion, anak Filipina, yang akan balik ke sana bulan November ni.Aku mintak tolong dia carikan kamus bahasa tagalog untuk aku.Lepas tu bolehlah aku belajar bahasa tagalog betul-betul.Berwawasan tak aku? Hehehe!Sementara itu, aku teruskan minat menonton telenovela dari Filipina dan yang terkini adalah Impostora di Astro Bella.Jom menonton dengan aku!



Si kembar siam Lara dan Sara.
Rupa lain-lain?Itulah sebab kena menonton sendiri.


Watak Nicolas ni aku rasa macam PK HEM sekolah aku je, En Ali.
Sorry En.Ali!

Oklah.Maraming salamat po!

Go go duck!

   Bila tengok tajuk, tentu terbayang seekor itik comel, terkedek-kedek, terkodek-kodek berjalan atau berenang dalam air.Betul tak?Tapi, yang aku nak cerita ni, itik bukan sebarang itik.Itik panjang rupa pun pelik!Dengan rasa rendah diri dan malu yang mendalam, aku mengaku baru sehari dua ni aku kenal si itik yang bukan itik ni.Itu pun kebetulan aku tertengok dalam Work For Food.Rupa-rupanya, bila aku google, berlambak maklumat pasal dia.Macam manalah aku tak terjumpa.Rupanya aku masih lagi katak di bawah polisterin!Malu!malu!Oklah.Kalau anda nak tau, inilah itik yang bukan itik tu. Goooooooooooooooooooooooooooooeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuck   hehehe nama dia.....


Opps! No!Bo!No!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nahe!Nahe!Nahe!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yes!This is the one.
G O E D U C K !
-
-
-
-
   Rupa-rupanya benda ni namanya goeduck atau pun mirugai kalau tak silap.I adalah sejenis  kepah besar. Oleh kerana ia sejenis kepah, aku rasa goeduck ni tentu halal.Kalau boleh dapat di Malaysia, nak juga aku try.Kalau nak tengok resipi goeduck, boleh rujuk di SINI.Kalau nak tau macam mana ia 'digali', boleh tengok ke SINI PULAK.Kat SINI pun ada maklumat pasal goeduck.Jomlah kita cari ilmu.Jom!

Jin mata satu dan pocong muncul di Pasir Gudang.

   Bunyi macam tak logik tapi itulah kenyataannya.Pocong dan jin mata satu muncul di Pasir Gudang!Mula-mula, malam raya Aidiladha @ malam semalam ( malam tadi / malam kelmarin?) Dilaporkan seorang anak dara yang sedang menunggang motorsikal ( anak dara sekarang tak pandang dah basikal) dalam perjalanan mengambil adiknya di rumah nenek, telah terserempak dengan satu ( seorang atau seekor?) pocong betul-betul di simpang 3 berhampiran tangki air berdekatan dengan sebuah sekolah agama.Jalan tu berbukit sikit.Bila belok ke kiri, turun bukit.Bahagian belakang kawasan tu memang keras ( penuh dengan tanah potong dek arus kemajuan dan penuh batu-batu.Eeeiii!Kerasnya) Pocong tu molek je berdiri tegak walau pun lagu Negaraku tak berkumandang.Apa lagi!Anak dara tu pun memecut motorsikal takut dikejar pocong yang jalan-jalan cari makan jam hampir 12 malam.( Tulah!Siapa suruh naik motor malam-malam.Kan dah kena kacau!)

   Kejadian kedua berlaku 2,3 jam selepas acara korban Aidiladha.Dilaporkan seorang kanak-kanak ( anak manusia, kalau anak jin dipaggil apa ye?) bermatu satu @ jin mata satu telah muncul di rumah nenek anak dara yang ditegur pocong tu.Kanak-kanak ni umur lebih kurang 10 tahun.Budak bandar.Tak biasa sangat dengan kampung.Maklumlah tinggal di Shah Alam betul-betul berhampiran dengan I City.Alamak!!!Tersilap cerita pulak!!!Dah sah-sah le budak tu bukan anak jin, tapi anak orang!!!!Budak bandar ni telah terjumpa sebiji mata sauz besar gedabak punya dan sah-sah bukan aku punya sebab mata aku sepet.Belek punya belek, barulah budak bandar tu tau apa benda alah le biji mata jin tu.... Nak tau?Tengok gambar je lah.

-
-
-
-
-
-
-
Ya Allah! Kalau ikut cerita anak dara tu, macam ni le sebijik rupa pocong tu menunggu tepi jalan.
Dia tak melompat.Penat agaknya...

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Opocot! Mak!! mata jin !
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Budak Shah Alam ni pelik tengok mata punyalah besau!
-
-
-
-
-
-
-


Testing!Testing!
Manalah sesuai dengan mata budak ni!
Besau sangat!!!
-
-
-
-
-
-
-
Ok.Sambung balik cerita.
Rupa-rupanya, inilah dia, pemilik mata besar disangka mata jin..

-
-
-
-
Rupa-rupanya, Mamat ni yang punya mata...
( No 3 tu bermakna giliran ke 3 untuk dikorbankan )