Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, September 29, 2010

Sad in bed

   Go to fullsize image

  Today, I got mc due to dysmenorrhea.Only God knows how sad I was the whole day.My mind was in school.Loads of work are still waiting to be done.Today, I had 1KAA2 class and I was really looking forward to teach the class  as to enrich my students' understanding.

   After taking my medication, I slept like a log. 4.55 p.m. I woke up when I felt something licking my toes.It was my kitten, Caca.I don't know how she got in because I did lock all the doors.The windows were open but I don't think Caca would jump that high.However, her visit was a remedy, indeed.Perhaps she missed me a lot since I did not come out for hours.(Forgive me Caca because I did not feed you today... )

   7.00 p.m : I started received sms from my students asking about my condition.They are not brilliant students but they do care about me.Their sms and mms really touched my heart.Ironically none of my colleagues sent me any sms or mms.( Maybe I am not good enough too them ).10.00 p.m : I checked my facebook account.I never expected that my students( more than 20 ) would ask me why I did not turn up today.How nice of them and their comforts are my remedies.

  For those who miss my 'petals', I will try my best to make a post each single day.This 'dysmenorrhea' which I am suffering from at this age really killing me.So, wish me luck so that I can be free from its claws once I meet the experts.Till then, I pen off.

Monday, September 27, 2010

Dirimu masih ku rindu

    Entah mengapa, aku tidak pernah dapat melupakanmu.Meskipun 30 tahun telah berlalu minda ini masih tetap berdegil untuk menyimpan nama dn wajahmu di ingatan.Meskipun perkenalan kita di awal usia remaja bagiku dirimu teramat istimewa.

   Saban hari aku tidak sabar untuk menerima kiriman warkah harummu.Meskipun hanya helaian warkah biasa namun semerbak harumnya takkan pernah ku lupa.Usai membaca dengan segera warkahmu akan ku balas.Hati ini berbunga riang pada suatu hari apabila kau sudi mengirimkan sekeping foto wajahmu.Hingga saat ini foto itu masih terbayang di ruang mataku.

   Telah ku cuba jejaki namun hingga kini kau tak mampu ku hubungi.Walau apa pun yang berlaku, biar beribu tahun berlalu aku masih tetap di sini; mengenang detik-detik indah sebuah persahabatan.Doaku suatu hari tali yang terputus dapat ku sambung kembali.Hingga kini aku masih tetap terbayang gayamu dengan rambut mengurai panjang ; sahabat penaku, AKMALIZA MOHD ZAHARI
   
   

Sunday, September 26, 2010

Temanku.... Di manakah kau?

   Hariraya 2010 telah pun hampir ke penghujungnya.Setiap kali hariraya akan tergambar di kotak fikiranku sekeping kad ucapan yang tersangat istimewa.Bukan kerana harganya yang mahal atau saiznya yang lain daripada yang lain tetapi kerana kad itu dibuat sendiri  oleh temanku.

   Kad itu ku terima pada 1986 dan ia masih lagi dalam simpananku. Pengirimnya adalah seorang teman di 5C dan aku pula waktu itu di 5A.Kami mulai rapat pada 1984 ketika sama-sama di tingkatan 3.Aku akui semasa di sekolah menengah, teman-teman rapatku adalah pelajar berbangsa cina.Pengirim kad berhati mulia temanku ini juga berbangsa cina. Andai kini di mana-mana orang memperkatakan tentang 1Malaysia, aku dan teman-temanku telah lebih dahulu mengerti apa itu 1Malaysia.

   Kad hariraya istimewa yang ku terima dibuat sendiri oleh pengirimnya. Berwarna kuning dan merah menggunakan warna air.Di muka hadapan terdapat imej buluh berwarna hijau dengan tetingkap yang ditebuk dengan cermat.Tulisan di dalamnya seperti tulisan khat tetapi menggunakan berus cina.Bagiku kad itu adalah lambang 1Malaysia.Warna merah adalah warna kebesaran kaum cina manakala warna hijau pula untuk orang melayu.Warna kuning yang diguna melambangkan bangsa india kerana di zaman persekolahan ku dulu, ramai teman-teman indiaku yang melumur kunyit di muka dan hasilnya muka mereka kekuningan seperti kunyit.Imej buluh yang dilukis melambangkan kaum cina dan tetingkap yang ditebuk seolah-olah seni kayu orang melayu.

  Hingga saat ini aku masih lagi rindu momen indah yang kunikmati bersama-sama teman 1Malaysia.Aku masih lagi rindu kepada pengirim kad istimewa itu : Teo Hui Keng dan hatiku seringkali tetanta-tanya : Temanku .... Di manakah kau?Kad istimewa kirimanmu masih ku simpan hingga kini.

Boren, belangkas, gonggong : Menjala @ berkarang

   Ayahku bukan seorang nelayan tetapi oleh kerana memenuhi tanggung jawab menafkahi keluarga, sering juga ayah ke pesisir pantai untuk menjala atau berkarang, 2 aktiviti yang juga menjadi hobiku adik-beradik 30 tahun dulu.Setelah berpindah ke tempat baru kira-kira 14 tahun dulu, segalanya hanya menjadi suatu kenangan yang tak mungkin ku lupakan.

   Aku takkan pernah lupa senyum ayah dengan bakul berat di tangan dan aku adik-beradik berebut-rebut melihat ayah menuang hasil tangkapan ke dalam besen besar.Seriding, ketam, udang dan pelbagai lagi hasil laut yang setia menjadi menu istimewa waktu itu.Aku juga masih ingat, betapa aku setia di sebelah emak yang menyiang ikan-ikan dan aku adik-beradik akan menjerit riang sekiranya terlihat butir-butir kuning di celah perut ikan.

   Selain menjala, ayah juga gemar berkarang iaitu aktiviti mencari siput-siput laut di pesisir pantai.Oleh kerana kulitku yang selalu sensitif, jarang ayah membenarkan aku ikut sama.Maka apabila ayah pulang, akulah orang yang paling teruja meninjau isi bakul di tangannya.Hasil berkarang biasanya ketepe iaitu sejenis kepah, gonggong ( sejenis siput ) dan kadang kala ikan nipah yang biasanya bersembunyi di bawah-bawah batu semasa air surut.Hasil berkarang yang sering ku tunggu adalah tiram dan waktu itu tiram sebesar pinggan akan menjadi juadah paling istimewa kami sekeluarga.

   Aku juga amat gemarkan sejenis lagi hidupan laut dipanggil boren yang asalnya bersaiz pinggan tetapi mengecut sebesar syiling 50 sen setelah dimasak.Proses memasaknya juga rumit kerana ia perlu dikikis berhati-hati agar tidak gatal setelah dimasak.Meskipun ia hanya makanan orang kampung, namun bagiku nilai nostalgianya lebih dari apa pun.Hingga kini aku tidak pernah lagi dapat merasa betapa lazatnya boren yang mungkin amat aneh bagi orang lain.


   Belangkas juga akan menjadi menu istiwewa keluargaku sekiranya ayah berjaya menangkap seekor dua.Aku amat gemar menelentangkan belangkas yang ditangkap dan aku akan terkekek-kekek ketawa melihat ia terkial-kial dengan kaki-kakinya yang lucu.Menu istimewa emak adalah belangkas bakar dan kami akan berebut-rebut mengambil telurnya yang kekuningan lazat.Selain bakar, ia juga enak dimasak asam pedas .( Aku takkan pernah lupa ditarik telinga oleh emak kerana cuba-cuba menggiling lada untuk memasak asam pedas kerana lada yang jatuh lebih banyak dari lada yang ku giling )Namun sejak umurku 12 tahun, belangkas tidak lagi tersenarai dalam hidangan kegemaranku kerana tragedi yang hampir membuatku mati.

   Meskipun kehidupanku kini serba cukup, kebahagiaan sebagai anak kampung takkan pernah ku lupakan.Meskipun hanya gambar yang tak mungkin dapat mengungkapkan segala kenangan dapat aku paparkan,kerinduan akan bahagianya masa lalu dapat aku luahkan.Semoga suatu hari nanti aku akan bertemu kembali dengan ketepe, gonggong dan boren.( Hingga kini aku masih terbayang senyum ayah pulang menjala atau berkarang dengan bakul berat di tangan )

Go to fullsize image
Masih aku terasa akan lazatnya tiram segar yang dibawa pulang oleh ayah
Go to fullsize image
Ikan tembakul, teman setia ayah sewaktu menjala
Go to fullsize image
Ketam kesukaanku yang terperangkap dalam jala ayah
Go to fullsize image
Ikan seriding , kecil tetapi lazat.Selalu ditangkap oleh ayah semasa menjala
Go to fullsize image
Aktiviti menjala  yang menjadi hobi ayah sewaktu aku kecil dahulu
Go to fullsize image
Belangkas bakar yang pernah menjadi kegemaranku hinggalah terjadi suatu tragedi
Go to fullsize image
Belangkas, sejenis ciptaan tuhan yang unik
Go to fullsize image
Semasa kecil dulu, inilah hobiku ; melihat belangkas terkial-kial dengan kaki-kakinya yang tak berhenti bergerak.Lucu sungguh bagiku waktu itu
Go to fullsize image
Belangkas asam pedas yang dimasak dengan cili yang digiling oleh emak
Go to fullsize image
Gonggong, sejenis siput laut yang amat lazat
(Kini aku masih dapat melihatnya tetapi hanya sebagai keychain cenderamata )
Go to fullsize image
Kepah yang dipanggil ketepe

Wednesday, September 22, 2010

Aku masih rindu

   Kenangan : Seringkali kau ganggu jiwaku.Entah mengapa akhir-akhir ini aku selalu terbayang kenangan silam.1995 aku mula mengajar.Pada tahun itu jugalah aku mengenali seseorang yang sangat istimewa.Pada mulanya pelbagai cerita negatif yang ku dengar.Tetapi setelah aku mengenalinya, aku tahu ada sesuatu dalam dirinya yang tidak dimiliki oleh orang lain.

  Selain seorang yang penyabar, dia juga seorang yang sangat penyayang.Meskipun miskin harta, dia kaya dengan kasih sayang.Allah sentiasa adil pada hambaNya maka dianugerahinya dengan bakat yang sungguh luar biasa.Aku pasti sesiapa pun akan jatuh hati pada kelunakan suaranya.Hingga hari ini, meski pun ramai lagi insan bersuara merdu, bagiku suaranya tetap nombor satu.

   Aku selalu mendoakan yang terbaik buatnya kerana bagiku dia lain dari yang lain.Namun Allah lebih mengetahui maka 'dia' yang ku temui hari ini bukanlah 'dia' yang ku kenal dulu.Meski pun aku masih dapat memandang wajahnya aku masih rindu pada 'dia' yang dulu ; Saifulbahri bin Mohd Sabri, anak didikku.

Search - Fantasia Bulan Madu

Amy Search

Monday, September 20, 2010

Mahesan!I've found your head!

Before

After


   Once I wrote about my favourite gift for Teacher's Day which lost its head.I never expected that I could find the head again.I found it while I was busy cleaning the house.I did not notice where it came from. It was just in front of me. Then I used super glue to put the head back to where it belongs.I am so happy since this gift means a lot to me.I hope I can keep it forever.

   Dear Mahesan ( the student who gave me the gift ), I have found your head back!

Sunday, September 19, 2010

Amy Search versus Faizal tahir

Go to fullsize image
Amy si handsome di tengah-tengah



View Image
Amy Search ( kini )
Go to fullsize image

Search Dulu-dulu
Go to fullsize image
Faizal Tahir




"Ayah!Dengki betullah.Adik nak tengok Faizal Tahir ni!" kata si gadis sunti
"Apalah!Nyanyi tak sedap.Baik tengok cerita kartun."jawab si ayah

   Itulah antara dialog yang ku dengar antara seorang anak, remaja 14 tahun dan si bapa, pertengahan 40an.Tiba-tiba memori 1980an menerjah kotak fikiranku.Terbayang di mata, seorang gadis sedang menangis teresak-esak di sudut sebuah bilik.Tiada siapa memukul, memaki atau menerajang.Tetapi hati gadis itu bagaikan dikoyak-koyak.Sedih tidak terhingga.Rasanya hampir 2 jam juga si gadis menangis di bilik.Sekejap teresak-esak sekejap reda.

   "Sampai hati mak buat macam ni." monolog gadis dalam hati

   Buat si gadis yang sedang menguntum meningkat remaja Amy si rocker itulah jejaka paling kacak dalam dunia biarpun buat si ibu, sekali pandang boleh terbuntang mata.Si gadis hanya mampu bermonolog kerana jangankan bercakap bertegang urat dengan si ibu, melihat jeling tajamnya pun bagai nak gugur jantung.Maka hendak tak hendak menangislah si gadis diam-diam.Di tangan masih tersisa koyakan kertas berwarna. Ohhh.... poster rupanya.Si ibu telah mengoyak poster si artis pujaan.Siapa lagi kalau bukan Amy si vokalis kumpulan Search.Jika dilihat poster itu agak menggerunkan.Dengan seluar ketat, baju celorang celoreng bagaikan harimau bintang, rambut panjang masyaAllah menggerbang, bercelak , wah....dengan posing mautnya.... Patutlah si ibu marah.Sekali tengok, memang pak Aji boleh tertanggal gigi.Tetapi itulah dunia.Buat si gadis masih ingat lagi kenangan menangis bengkak mata dek kerana poster.( Kini meski pun si gadis sendiri telah menjadi seorang ibu, Amy Search masih menjadi pujaan hatinya .... )

   Pengalaman gilakan si Amy rocker menjadikan si gadis ( kini si ibu) faham gejolak hati anak dara sunti yang sedang merajuk panjang muncung dengan si ayah semata-mata tak dapat menonton Faizal Tahir.Tiada kedengaran esak tangisnya tetapi masyaAllah panjangnya muncung hingga boleh digantung hanger.Handsome sangat ke si Faizal Tahir?Atau lunak sangat ke suaranyaSi ibu ( yang dulu si gadis) mengamati;Ya Allah!Ada sikit-sikit imej Amy zaman dulu dengan jaket dan seluar kulitnya.Patutlah si anak gila.Aku pun dulu begitu agaknya.

   Apa-apapun, si ibu ( yang dulunya si gadis yang gilakan Amy rocker) masih tetap peminat nombor 1 Amy Search.Dan tak hairanlah jika lagu-lagu seperti Fantasia Bulan Madu, Mentari Merah di Ufuk Timur dan Isi dan Kulit masih lagi terhafal di benaknya.Buat si anak, si ibu faham jika minatkan si Faizal Tahir.(Ibu pun minat juga sebenarnya kerana suara dia power)tetapi si ibu tak faham apa itu 'Bencinta'.( Bahasa Melayu baru ke?Zaman aku sekolah dulu tak pernah ada pun)

          

Pemilik Honda spesis badger!


   Aku pelik dengan cara setengah-setengah orang Malaysia berfikir.Tak kira tua, muda, kaya, miskin, India, Cina hatta Melayu sekalipun.Ramai spesis tong kosong.Cakap berdegar-degar tapi kenyataannya seperti ayam berkokok tapi ekor bersalut najis. Bukti terkini yang dapat aku kongsi adalah 'meletakkan kereta sesedap rasa ( macam buat kek pulak) tak kira di mana jua hatta di stesen bas yang memang sah namanya stesen bas bukan stesen kereta sekali pun.

   Gambar di atas nampak biasa saja.Sebuah kereta diletak ( tak sedap guna diparkir macam bunyi Indonesia je)di sebelah bas.Tetapi hakikat sebenarnya adalah tindakan tuan punya kereta ( rasanya orang kaya sebab Honda tu) meletakkan kereta di situ telah menyusahkan bas-bas yang masuk dan mengambil penumpang.Dah namanya stesen bas maka bas-baslah yang lebih berhak diletak di situ.Tetapi banyak pulak tuan-tuan punya kereta spesis badger yang ikut suka je meletak kereta.Jika diamati betul-betul, bas berwarna putih tu terpaksa diletakkan dalam keadaan 'tidak selari' dengan bas berwarna merah.Terdengar juga pemandu bas putih tu merungut tetapi apa nak dikata kerana memang ramai spesis pemandu yang tak reti bahasa.

  Pada waktu pemandu bas putih merungut-rungut kerana terpaksa meletak bas menyenget seperti orang tak berlesen, sebuah bas lagi ( juga berwarna puitih, dari syarikat yang sama) tiba.Bas dipandu perlahan mncari ruang untuk berhenti tetapi malangnya ramai pulak spesis pemandu 'sesedap rasa' seperti pemilik Honda tadi.Maka kesudahannya, bas hanya dipandu perlahan meninggalkan stesen tersebut.(Kalau berhenti ikut suka nanti disaman pulak)Pemandu bas ada menjerit 2,3 kali "Desa Rakyat!Pasir Gudang!"untuk memberitahu para penumpang yang mungkin sedang menunggu dan kemudian bas dipandu makin laju menuju destinasi.

  Tiba-tiba aku terlihat seorang ibu tua berbaju lusuh dengan belanja penuh di tangan, berlari-lari anak mengejar bas yang kian jauh.Di belakangnya seorang anak gadis sedang memimpin tangan seorang lelaki tua bertongkat (seperti buta) juga sedang cuba mengejar bas yang sama.Namun apalah kudrat manusia dibandingkan sebuah bas maka tertinggallah ketiga-tiganya di belakang.Teksi ada tetapi bukan semua mampu membayar tambang teksi.Maka duduklah kembali ketiga-tiganya di bangu bas yang sejuk dan keras.Rona wajah kesal jelas kelihatan.Semuanya gara-gara pemilik Honda spesis badger!!!

"Good day!Happy to be here sharing our happiness with you all!Chirp!Chirp!Chirp!

A loving couple
These loving creatures visited me at my backyard 2 weeks ago while I was busy baking cookies for Eid.This picture was taken from my kitchen window. ( the other two as well ).Both were busy chirping which sounded so beautiful and to me they said, "Busy cooking for Eid?"
On the first day of Eid,I saw the same bird ( perhaps ) looking at me through my kitchen window while I was busy preparing the Eid dish for breakfast.However, she ( I guess the bird is a 'she' ) chirped nothing.I thought she wanted to tell me that 'her husband' could not come visiting me like before so she had to come alone.

Yesterday, 18 September 2010, the visitors visited me again on the same banana plant at my backyard.(Unfortunately I could take the picture of one only since the other was busy flying )They were together again, chirping happily as if saying, " Hi!We are here again and enjoy our songs!'

And now.... the happy cute couple are busy chirping on the same banana plant at my backyard! They send their warmest regards to all the readers!
"Good day!Happy to be here sharing our happiness with you all!Chirp!Chirp!Chirp!


Manusia spesis katak!

   Lagi-lagi kes amah kena dera,kena siksa.Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Jangankan warga Indonesia, aku pun rasa nak bertukar menjadi naga dengan majikan-majikan tak berhati perut yang otaknya penuh sabut!Amah, pembantu, bibik,orang gaji atau apa pun gelaran diberi mereka tetap manusia!Jahat mana sekalipun mereka janganlah disiksa kejam terutama dengan seterika.Bagiku spesis pendera tak berotak otaknya lebih teruk dari sang katak!Orang beginilah yang patut kena sembelih !Bagi warga Indonesia yang membaca coretanku ini; Bukan orang Indonesia saja yang marah tetapi kami juga marah kerana orang-orang si pendera inilah yang buat hubungan kita keruh!Pesanan buat bibik-bibik, sekiranya didera lekas-lekaslah berusaha agar si spesis tak berotak itu dapat dibawa ke muka pengadilan.Warga Malaysia tak pernah menyokong keganasan dan tak pernah membezakan taraf majikan atau bibik kerana kita serupa.
  
   

Saturday, September 18, 2010

RM5 dan 5 buah lukisan

    Hari ini juga aku mesti siapkan lukisan di tanganku ini.Semua sekali ada 5 dan aku telah pun siapkan 3.Bermakna 2 lagi mestiku siapkan.Sejak dulu memang aku gemar melukis.Meskipun lukisanku tidaklah setaraf dengan Leonardo Da Vinci tetapi aku puas dengan hasil kreativitiku.

   Minggu lalu aku didatangi seseorang yang memintaku melukiskan 5 buah lukisan. Katanya lukisanku akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar di kelas.Aku seronok tidak terkira kerana memang aku sangat gemar melukis.Aku juga teruja kerana aku sangat menghormati orang yang memintaku melukis 5 buah lukisan itu.

   Penat melukis, aku larikan sebentar mataku dengan melihat pandangan hijau luas mata memandang di luar jendela kamar tidurku.Namun sedetik cuma kerana fikiranku masih tetap pada lukisanku yang telah pun hampir siap.Aku berdebar-debar.Seronok kerana aku sendiri berpuas hati dengan hasil lukisanku.Ahh...harap-harap lukisanku memuaskan hati si guru yang juga jiranku.


  Tepat jam 2.07 petang, 12 Disember 1981, kelima-lima lukisan dapat ku siapkan.Ku tatap lukisanku puas.Aku bersyukur atas anugerah Allah akan bakatku yang kian hari ku gilap.Petang hari yang sama, sebelum asar, dengan senyum di bibir ku serahkan kelima-lima lukisan kepada si guru jiranku.Sebenarnya aku tidak pernah membayangkan untuk menerima upah kerana aku berbesar hati menolong seseorang yang amat aku hormati.Namun RM5 yang dihulur padaku benar-benar membuat hatiku berbunga riang.Besar nilainya bagi anak kampung yang baru 12 tahun mengenal dunia.


    September 2010 : Not RM5 di tangan terus ku tatap.Entah mengapa tiba-tiba aku teringat 5 lukisan yang pernah ku siapkan dan kenangan RM5 yang kuterima.Dan tentunya guru dan juga jiranku yang takkan pernah ku lupakan ; Allahyarham Ustaz Medon bin Jambak.Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.Amin...Segala jasa baik allahyarham hanya Allah yang dapat membalasnya.(Not RM5 masih tetap di tangan )

Friday, September 17, 2010

Ayuhai kenangan!Datanglah kau dalam lenaku.....

   Hari ini, 17 September 2010.Entah mengapa sehari dua ni aku sering teringatkan kenangan di zaman persekolahan.Pendidikanku bermula dengan kelas tadika di kampungku.Oleh kerana kampungku hanyalah sebuah kampung kecil, maka kebanyakan teman sekelas adalah saudara maraku sendiri.

  Semasa di tadika, aku dan adikku yang muda setahun dariku belajar bersama-sama.Aku paling suka waktu bermain anak patung.Aku takkan melepaskan peluang memilih sebuah anak patung bergaun biru yang menjadi kegemaranku.Waktu itu manalah ada anak patung buatan kilang seperti Barbie.Yang ada hanyalah anak patung diperbuat daripada perca lebihan kain buatan guru tadikaku sendiri yang juga sepupu ibuku.(Kini beliau bertugas sebagai seorang jururawat kanan di Hospital Sultan Ismail).

  Aku juga paling suka waktu makan terutama menu roti cicah sup ayam.Sesudah makan dan berehat, kami sama-sama bermain 'belalang dan burung' atau pun 'tembak rusa'.Aku juga suka bermain 'nenek kebayan'.Selalunya  akulah yang menjadi nenek kebayan.Satu-satunya permainan yang tidak aku sukai adalah   'kejar dan tangkap'.Aku lupa nama permainan tersebut.Setiap kali permainan akan dimulakan aku akan mencari alasan agar aku dikecualikan.Sakit perut dan pening kepala adalah antara alasanku yang paling selalu ku berikan.Sebenarnya aku tak suka permainan ala-ala ganas kerana aku takut.Apatah lagi dengan adanya seorang teman sekelasku yang juga sepupu ibuku.Selalu sangat aku menjadi sasaran usikannya.


  Setelah setahun di kelas tadika, aku berjaya menamatkan pengajianku dengan jayanya.Untuk majlis penganugerahan sijil, ibu telah membelikan sehelai gaun berwarna jingga muda yang amat cantik untukku.Buat adikku gaun yang sama tetapi berwarna kuning.Itulah satu-satunya gaun paling cantik yang aku miliki yang dibeli.Sebenarnya banyak juga pakaianku yang cantik tapi semuanya dibuat sendiri oleh ibuku.Maka pada hari yang ditetapkan aku pun menerima sijil pertama dalam hidupku.


   Menyentuh soal tadika, sebenarnya hingga kini aku masih tidak dapat melupakan seorang sahabatku yang sempat akrab sebelum dia bertukar.Aku masih ingat lagi rambut paras bahunya yang ikal dan senyum manis yang tak pernah lekang dari bibirnya.Aku juga masih dapat bayangkan gaun lengan panjang berkolar bulat yang sering dipakainya.Sejak pertukarannya ke daerah lain, hingga kini aku tidak pernah mendengar tentangnya.Apa yang aku ingat, abangnya bernama Ismadi dan temanku itu bernama Tutiyati.Alangkah inginnya aku mendengar khabarnya yang terkini.


   Ahhh.... Banyak lagi memori indah yang mungkin dapat ku kongsikan bersama.Buat sementara ku rehatkan dahulu netbook teman bisuku yang jelita agar dapat ku susun kata merantai kenangan di pertemuan yang akan datang.Semoga malam ini tidurku didatangi memori indah agar esok dapat ku luah.

Thursday, September 16, 2010

Warna-warni di Aidilfitri

Hari raya hari mulia, hari gembira.Tak ingat pulak apa dia yang lucu sangat sampai tersenyum malu macam gadis zaman dahulu.

Gambar paling ekslusif di Aidilfitri bersama kakakku tersayang,seorang tukang masak hebat berhati mulia.

Nasi goreng istimewa di malam hari raya disediakan khas oleh adik bujangku untuk anak-anak saudaranya.

Inilah lepat dan ketupat penyeri Aidilfitri.Terkenang datukku yang  telah meninggal dunia pada 17 Ogos lalu kerana setiap tahun mesti ada lepat di rumahnya.

Beruntung budak-budak zaman sekarang.Dapat beli kasut istimewa untuk hari raya.Aku dulu pakai kasut sekolah je.Tetapi  kenangan berhari raya dahulu tetap indah.

Dadih perisa jagung istimewa sebagai dessert di Aidilfitri.

Bapa saudara dan anak-anak buahnya sedang berhari raya.Penat menjamu selera berposinglah pulak.

Nampak macam pasangan bahagia tetapi sebenarnya bapa dan anak saudara berhari raya bersama.

Inilah Ucu adik bongsu ibuku.Kunjungan ke rumahnya melengkapkan lagi Aidilfitri

Inilah lontong hasil tanganku.Waktu cuti-cuti macam ni lah aku kena memasak supaya tak hilang kemahiran yang ku miliki.

Bila tiba hari raya, aku rasa kurang meriah jika tiada lampu pelita.jadi tahun ni pun rumahku diterangi lampu pelita walaupun rumah jiran-jiranku semua diterangi lampu lap -lip pelbagai warna.Lampu pelita membawa seribu nostalgia bagiku.

Dulu aku pernah cuba buat biskut ni.Tapi tak berjaya.Jadi tahun ni aku beli je.Aku berkenan dengan coraknya yang unik walau pun rasanya biasa saja.Maklumlah kuih beli.

Blueberry Cheese Tart ni aku buat sendiri.Resipinya aku cari di internet.Boleh tahan juga rasanya tapi aku manalah suka makan cheese jadi tart ni bukan favourite aku.

Semasa di rumah sepupuku, anak-anak buahku bukan main suka menjamah popia 3 segi ( samosa kot )dan buah-buahan yang disediakan.Maklumlah musim raya budak-budak bukan makan sangat biskut-biskut raya yang tersedia melainkan biskut-biskut bercoklat seperti Almond London yang jadi kegilaan.

Asyik menjamu selera hingga tak sedar gambar dirakam.

Adik bongsu kesayanganku melayan anak buah.Ada tokoh jadi ayah nampaknya.

Ini dia adik iparku, seorang pesara askar yang sentiasa ceria.Hobinya berkebun dan mengusik anak-anak buah.Baik hati orangnya.

Semasa di rumah Ucu kami dijamu mi goreng yang sungguh lazat hasil tangan isterinya.Macam tau-tau saja  semua dah mabuk ketupat dan kuih raya.

Seronok berborak time raya ni.Macam tak nak balik pulak. 

Kesiannya.....Penat beraya nampaknya.Inilah dia anak buah kesayanganku.Paling baik, berbudi bahasa, mendengar kata,dan nampak ciri-ciri anak yang soleh.

Dua dara pingitan sempat posing semasa beraya.

Seronoknya beraya di dapur tetapi masa ni aku di depan sedang membaca Anjung Seri.Macam biasa aku pantang nampak buku atau majalah.Raya pun aku membaca.

Tetamu kecil anak-anak jiran tetangga.Baik budi bahasa budak-budak ni masa beraya terutama si kecil berambut macam Mawi tu. 

Sambal goreng pengantin antara juadah istimewa di Aidilfitri.Antara bahan-bahan yang digunakan adalah hati ayam, paru-paru lembu, udang kering dan lada kering.


Gulai nasi dagang ikan tongkol resipi peninggalan arwah ibu mertuaku.Rempahnya dikirim khas dari Terengganu oleh adik iparku.Terima kasih Sah kerana sudi bersusah payah mengirim rempah istimewa ni.

CATATAN AIDILFITRI TERSEMAT DI SANUBARI.

TAHUN HADAPAN BERTAMU LAGI.
















































My 'Negaraku' will never be 'Negarakuku'

   Today, 16 September 2010 is a very special day for Malaysians especially those who really love the nation regardless of the beliefs and race.Today is 'Hari Malaysia' or 'The Malaysia Day'.It is not our independence day but it is as important as one since it marked a significant transition.Sabah, Sarawak and Singapore joined the Federation of Malaya(Then renamed  Malaysia in 1963 but in 1965 Singapore had her independence)

  I am not sure whether or not youngsters nowadays still love their nation but I am afraid they don't.A very easy prove is when they sing 'Negaraku' , the national anthem.If they do not respect the anthem I conclude that they do not love the country.Once I scolded a student for kicking a friend while singing the anthem.I also hate those so-called teachers ( especially the GSTT,the temporary teachers on short term contract) who talk while the students are singing the anthem.They should, no, MUST sing along!It is only once a week for students and teachers to sing and respect the anthem.I don't believe that they sing the anthem at home.I did asked a teacher why she did not sing along, she said that singing the anthem in the assembly is only for students!What a silly answer!

  As for me myself, I like to sing along with my students all the songs required during assembly;Lagu patriotik,Lagu Sekolah,Lagu Bangsa Johor and Negaraku.I am proud to be a Johorean Malaysian.I am proud to sing Negaraku.For those who never respect 'Negaraku' I suggest 'Go and find the better country and tell me if you have found one!'And always remember that my 'Negaraku' will never be 'Negarakuku'!Long live Malaysia!!!

      SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Wednesday, September 15, 2010

Gado-gado hari raya

   Sehari dua ini sana sini orang bercerita tentang Memek(Memey) dan Norman bertunang.Di mana-mana suratkhabar pun ada berita dia orang.(Akhbar Tamil dan Mandarin takde kot sebab aku manalah baca dua-dua tu).Menyampah gilerrrrr!!!!Memanglah dia orang tak de kena mengena dengan aku tapi Memek tu orang Johor.Orang FELDA lagi.Buat malu negeri je.Orang suratkhabar pun satu hal.Seolah-olah beria nak promosi spesies tak tahu malu perosak nama baik macam tu.Nasib baiklah sekarang tengah panas berita pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 rakannya.Kalau tidak lagi berlambaklah berita si Memek tu.Sebagai manusia biasa aku tak dapat lari dari rasa menyampah yang amat sangat sampaikan aku termimpi-mimpi si Memek tu dibunuh kejam seperti Dato Sosilawati.

   Hari ini bila aku baca akhbar, aku rasa nak tergelak pun ada.Beria si Memek tu bertunang rupa-rupanya si tunangnya tu masih berhutang wang hantaran dengan bekas isterinya.Bukan banyak pun tapi tak mampu nak bayar.Berlagak saja lebih.'Memey pelengkap hidup saya' kata si tunang.Padanlah tu, saling melengkapi seperti buku dengan ruas.Kahwin dah beranak pinak dan dah bercerai 2 tahun pun hutang wang hantaran masih terhutang.Spesis lelaki cap apa tu?Nasib baiklah tak semua lelaki macam tu walau pun sebenarnya mungkin 80% sewaktu dengannya.Sebab itu kadang-kadang aku rasa tak perlu lelaki dalam dunia ni kalau cuma jadi makhluk perosak setaraf tikus!

  Di samping berita si Memek yang boleh membuatkan aku muntah hijau, berita pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 rakannya pula membuatkan aku mengalir airmata.Begitu hina mayat mereka diperlakukan sedangkan sewaktu kejadian mungkin keempat-empatnya sedang berpuasa.Tiada langsung perasaan belas kasihan sebagai sesama manusia.Kalau setakat bunuh mungkin boleh lagi diterima akal tetapi disembelih, dilumur najis lembu dan dibakar benar-benar satu penghinaan.Nasib baiklah rakyat Malaysia berpendidikan tidak seperti di negara jiran.Kalau tidak mungkin berperang saudara Melayu dan India.(Selisih malaikat 44, minta dijauhkan kerana ramai anak didikku berbangsa India dan aku sayangkan mereka)

  Sebelum isu Memek dan pembunuhan Dato Sosilawati ,negara digemparkan dengan demonstrasi Bendera di Indonesia.Habis kedutaan Malaysia di Indonesia diceroboh.Dinding kedutaan dilumur najis.(Tak sangka pengotor giler orang sana!Sampai sanggup pegang dan main najis!)Jalur Gemilang dibakar.(Banyak juga Jalur Gemilang dijual di sana ya. Atau pun orang sana susah payah buat Jalur Gemilang untuk dibakar.Bodoh punya kerja!)Aku pun ikut angin satu badan sampaikan sampai satu peringkat dengar dialek sana pun aku rasa nak terkeluar isi perut!(Ironinya aku masih lagi rindu pada watak-watak Bang Jack, Barong, Chelsea,Juki,Asrul,Azam,Ustaz Feri dan Aya dalam Para Pencari Tuhan.)Tetapi warga Malaysia orang berpelajaran maka sampai saat ini aku masih lagi berbelanja di kedai orang Aceh ( kebetulan ganteng tenan wong nge!)

  Fuh!Seminggu tak berblogging seperti setahun ku rasakan.Padat termuat segala cerita di benakku umpama ketupat nasi terlebih isi.Tunggulah.... ada kesempatan ku tulis lagi.Mudah-mudahan apa yang baik jadi pedoman dan yang buruk jadi sempadan.Apa-apa pun aku bangga sebagai anak Malaysia.Aku hargai kemewahan dan keamanan yang ku kecapi.Katalah apa saja... semua dapat kubeli ( Kalau cukup duitlah maksudnya tu ) Maka bersempena dengan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16hb September iaitu esok aku merancang untuk makan luar malam ni ( Tetapi maaf kerana seminggu berhari raya puas makan masakan Malaysia maka malam ini aku merancang untuk makan makanan Siam ....Made in Thailand....Bukan aku tak sayang Malaysia tau!)

Jumpa lagi!


Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Membawa Perubahan Kepada Negara

Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Membawa Perubahan Kepada Negara

Baik berpada-pada, jahat jangan sekali ...

   Kata orang 'baik berpada-pada jahat jangan sekali'.Aku setuju seratus peratus.Kebelakangan ini bermacam kes sadis aku baca dan dengar.Pembunuhan seolah-olah perkara biasa yang dapat ditonton di mana-mana.Nyawa manusia lebih murah dari harga seketul ayam goreng KFC.Percayakan jiran salah, tak percayakan jiran pun salah.Kes seorang ustazah dan anak lelakinya yang dibunuh baru-baru ini menunjukkan sikap baik tidak berpada-pada yang akhirnya membawa mala petaka. Siapalah akan curiga jika jiran minta izin masuk rumah dengan alasan tertinggal kunci.( Mungkin bukan orang lain tetapi aku seperti ustazah yang menjadi mangsa:terlalu mudah lembut hati atau terlalu baik hati)

  Kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 rakannya juga menyentap tangkai hatiku.Tiada langsung kaitan mereka denganku melainkan saudara seagama tetapi menitis juga airmata apabila membaca kisah sadis mereka.(Bukan mudah untukku menitiskan airmata sebenarnya)Semasa tetamu datang bertandang meraikan hari raya, ada juga ku dengar anak-anak kecil memberikan komen betapa kejamnya pembunuh tidak berhati perut syaitan bertiopengkan manusia.Bagiku pembunuh berkenaan lebih hina dari anjing kurap di tepi jalan!Kalau dapat ku bunuh, aku korek biji mata mereka dan ku buraikan perut busuk berisi najis dan ku keluarkan hati syaitan dari badan!Namun apa kan daya, hanya doa dapatku pohon agar roh-roh mangsa dicucuri rahmatNya.

  Dek kerana 'baik tidak berpada-pada' jugalah manusia sering tertipu dan menjadi mangsa.Maka tidak salah rasanya jika aku mulai berubah menjadi insan yang penuh curiga kerana aku tidak mahu terus 'baik tidak berpada-pada'Mulai detik ini juga maka aku mungkin menjadi manusia baru yang tidak 100% baik oleh kerana tuntutan kehidupan meski pun jauh di lubuk hati, aku masih tetap aku ,'A very nice person and always be too nice.'

(Oh my God! I lost my word to write ....)

TO BE CONTINUED
Blueberry Cheese Tart

( I prepared this tart 2 days before Eid )
Checkers Cookies
( I bought this)
Lontong ( the rice cake), kuah lodeh(vegetable cooked in coconut milk and harf boile egg)
    It is no doubt that Eid is also the festival of food in Malaysia.We have so many kinds of food all over the country.On the first day of Eid, I served my family ketupat ( rice cake ), sambal goreng ( mixed fried vegetables cooked with coconut milk), rendang ( meat cooked with thick coconut milk and spices),sambal kacang ( peanut gravy) and chicken curry.I cooked for the neighbours and relatives as well since it is the Malaysian Malay tradition to exchange food before Eid.


   On the second day, I cooked spaghetti.( It is not our tradition but just to add the variety of food during the festival)Besides the food I mentioned, some people also prepare 'burasak'( rice cake cooked in thick coconut milk, wrapped in banana leaf and boiled for 8 hours then eaten with 'asam pedas ikan parang').My grandmother prepared 'lepat' ( glutinuous rice and kidney beans mixed with grated coconut, wrapped in coconut leaf then boiled )


   On the third day,I cooked 'nasi dagang Terengganu'( rice mixed with glutinuos rice, shallots, ginger,'halba' and thick coconut milk then steamed ).This is a must in the east coast of Malaysia.This rice is eaten with 'gulai ikan aya / tongkol' ( tuna with special spices cooked in coconut milk).It is not easy to prepare this dish because it takes quite a long time.  On the fourth day, I cooked lontong. ( rice cake eaten with vegetable cooked in coconut milk and hard boiled egg)To tell the truth it was satisfying taking the efforts preparing for eid.


(TO BE CONTINUED)














































































Let's have a break!