1979 : 4 hari menjelang aidil fitri.Di sudut kanan ruang tamu ku lihat sepeti air berkarbonat dalam botol coklat atau hitam.Waktu itu air berkarbonat dalam botol dipanggil air lamnit.Ia juga seolah lambang kemewahan kerana bukan mudah untuk anak kampung sepertiku merasa kelazatannya di hari-hari biasa.Sepeti air lamnit yang ku lihat saat itu pun bukanlah dibeli oleh ayah tetapi pemberian tokeh cina teman ayah, satu-satunya tokeh kedai runcit di kampung ku waktu itu.
Aku tahu sepeti air lamnit yang seolah-olah melambai-lambaiku itu adalah persediaan untuk aidil fitri nanti.Namun sekuat manalah anak kecil 9 tahun melawan godaan untuk merasa air idaman yang lazatnya tidak terungkapkan.Lalu ku ambil sebotol dan ku buka perlahan-lahan.Keluargaku waktu itu sedang sibuk dengan hal masing-masing. Wow!Lazatnya bau yang ku hidu.Senyuman meleret menahan keseronokan ditambah rasa teruja yang teramat sangat.Tiba-tiba aku teringat sebungkus asam kecut yang ayahku beli semalam.Tentu lazat tidak terhingga makan asam kecut sambil minum air orang kaya, fikirku.Lantas, aku memasukkan ke mulut 2 biji sekali gus.Memang sedap rasanya apatah lagi makan curi-curi.Hari itu aku berpuasa sebenarnya tetapi godaan nafsu sepeti air lamnit membuatku tewas.
Tiba-tiba, ibuku memanggil.Ibu memang garang maka mendengar suara ibu saja membuat lututku ketar.Aku kecut perut.Aku cuba menyahut tetapi suaraku seolah-olah tersekat.Aku takut.Tiba-tiba, aku tertelan biji asam kecut yang sedang kumakan.Bukan sebiji tetapi 2 sekali gus. Apa lagi, ku buka botol lamnit yang kedua dan ku minum dengan harapan biji yang tersekat dapat ku telan.Aku gagal.Ku buka botol yang ketiga dan ku minum semua isinya.Barulah lega ku rasa.Terkulat-kulat aku mendapatkan ibu yang sedang bercekak pinggang.Garang.Habis rahsiaku terbongkar kerana ibu rupanya telah lama memerhati dari atas tangga.
Hari itu, waktu keluargaku berbuka puasa, aku masih lagi ulang-alik ketandas bahana air lamnit yang menari-nari disko di perutku.Tak berani aku memandang wajah keluargaku.Aku tahu kakak-kakakku tertawa kecil melihatkan aku seperti orang termakan julap.Aku tak berani bersuara kerana pehaku yang lebam akibat dicubit ibu masih lagi berdenyut-denyut sakit. Aku serik!
4 hari berselang, semasa aidil fitri, aku tak berani langsung menyentuh air lamnit yang terhidang.Aku trauma.Maka sepanjang hari air sirap pandan menjadi minuman aidil fitriku.Hingga kini, tragedi air lamnit dan asam kecut menjadi kenangan menjelang aidil fitri.

0 comments:
Post a Comment