Hariraya 2010 telah pun hampir ke penghujungnya.Setiap kali hariraya akan tergambar di kotak fikiranku sekeping kad ucapan yang tersangat istimewa.Bukan kerana harganya yang mahal atau saiznya yang lain daripada yang lain tetapi kerana kad itu dibuat sendiri oleh temanku.
Kad itu ku terima pada 1986 dan ia masih lagi dalam simpananku. Pengirimnya adalah seorang teman di 5C dan aku pula waktu itu di 5A.Kami mulai rapat pada 1984 ketika sama-sama di tingkatan 3.Aku akui semasa di sekolah menengah, teman-teman rapatku adalah pelajar berbangsa cina.Pengirim kad berhati mulia temanku ini juga berbangsa cina. Andai kini di mana-mana orang memperkatakan tentang 1Malaysia, aku dan teman-temanku telah lebih dahulu mengerti apa itu 1Malaysia.
Kad hariraya istimewa yang ku terima dibuat sendiri oleh pengirimnya. Berwarna kuning dan merah menggunakan warna air.Di muka hadapan terdapat imej buluh berwarna hijau dengan tetingkap yang ditebuk dengan cermat.Tulisan di dalamnya seperti tulisan khat tetapi menggunakan berus cina.Bagiku kad itu adalah lambang 1Malaysia.Warna merah adalah warna kebesaran kaum cina manakala warna hijau pula untuk orang melayu.Warna kuning yang diguna melambangkan bangsa india kerana di zaman persekolahan ku dulu, ramai teman-teman indiaku yang melumur kunyit di muka dan hasilnya muka mereka kekuningan seperti kunyit.Imej buluh yang dilukis melambangkan kaum cina dan tetingkap yang ditebuk seolah-olah seni kayu orang melayu.
Hingga saat ini aku masih lagi rindu momen indah yang kunikmati bersama-sama teman 1Malaysia.Aku masih lagi rindu kepada pengirim kad istimewa itu : Teo Hui Keng dan hatiku seringkali tetanta-tanya : Temanku .... Di manakah kau?Kad istimewa kirimanmu masih ku simpan hingga kini.
0 comments:
Post a Comment