Sunday, September 19, 2010

Pemilik Honda spesis badger!


   Aku pelik dengan cara setengah-setengah orang Malaysia berfikir.Tak kira tua, muda, kaya, miskin, India, Cina hatta Melayu sekalipun.Ramai spesis tong kosong.Cakap berdegar-degar tapi kenyataannya seperti ayam berkokok tapi ekor bersalut najis. Bukti terkini yang dapat aku kongsi adalah 'meletakkan kereta sesedap rasa ( macam buat kek pulak) tak kira di mana jua hatta di stesen bas yang memang sah namanya stesen bas bukan stesen kereta sekali pun.

   Gambar di atas nampak biasa saja.Sebuah kereta diletak ( tak sedap guna diparkir macam bunyi Indonesia je)di sebelah bas.Tetapi hakikat sebenarnya adalah tindakan tuan punya kereta ( rasanya orang kaya sebab Honda tu) meletakkan kereta di situ telah menyusahkan bas-bas yang masuk dan mengambil penumpang.Dah namanya stesen bas maka bas-baslah yang lebih berhak diletak di situ.Tetapi banyak pulak tuan-tuan punya kereta spesis badger yang ikut suka je meletak kereta.Jika diamati betul-betul, bas berwarna putih tu terpaksa diletakkan dalam keadaan 'tidak selari' dengan bas berwarna merah.Terdengar juga pemandu bas putih tu merungut tetapi apa nak dikata kerana memang ramai spesis pemandu yang tak reti bahasa.

  Pada waktu pemandu bas putih merungut-rungut kerana terpaksa meletak bas menyenget seperti orang tak berlesen, sebuah bas lagi ( juga berwarna puitih, dari syarikat yang sama) tiba.Bas dipandu perlahan mncari ruang untuk berhenti tetapi malangnya ramai pulak spesis pemandu 'sesedap rasa' seperti pemilik Honda tadi.Maka kesudahannya, bas hanya dipandu perlahan meninggalkan stesen tersebut.(Kalau berhenti ikut suka nanti disaman pulak)Pemandu bas ada menjerit 2,3 kali "Desa Rakyat!Pasir Gudang!"untuk memberitahu para penumpang yang mungkin sedang menunggu dan kemudian bas dipandu makin laju menuju destinasi.

  Tiba-tiba aku terlihat seorang ibu tua berbaju lusuh dengan belanja penuh di tangan, berlari-lari anak mengejar bas yang kian jauh.Di belakangnya seorang anak gadis sedang memimpin tangan seorang lelaki tua bertongkat (seperti buta) juga sedang cuba mengejar bas yang sama.Namun apalah kudrat manusia dibandingkan sebuah bas maka tertinggallah ketiga-tiganya di belakang.Teksi ada tetapi bukan semua mampu membayar tambang teksi.Maka duduklah kembali ketiga-tiganya di bangu bas yang sejuk dan keras.Rona wajah kesal jelas kelihatan.Semuanya gara-gara pemilik Honda spesis badger!!!

0 comments:

Post a Comment