Sunday, September 19, 2010

Amy Search versus Faizal tahir

Go to fullsize image
Amy si handsome di tengah-tengah



View Image
Amy Search ( kini )
Go to fullsize image

Search Dulu-dulu
Go to fullsize image
Faizal Tahir




"Ayah!Dengki betullah.Adik nak tengok Faizal Tahir ni!" kata si gadis sunti
"Apalah!Nyanyi tak sedap.Baik tengok cerita kartun."jawab si ayah

   Itulah antara dialog yang ku dengar antara seorang anak, remaja 14 tahun dan si bapa, pertengahan 40an.Tiba-tiba memori 1980an menerjah kotak fikiranku.Terbayang di mata, seorang gadis sedang menangis teresak-esak di sudut sebuah bilik.Tiada siapa memukul, memaki atau menerajang.Tetapi hati gadis itu bagaikan dikoyak-koyak.Sedih tidak terhingga.Rasanya hampir 2 jam juga si gadis menangis di bilik.Sekejap teresak-esak sekejap reda.

   "Sampai hati mak buat macam ni." monolog gadis dalam hati

   Buat si gadis yang sedang menguntum meningkat remaja Amy si rocker itulah jejaka paling kacak dalam dunia biarpun buat si ibu, sekali pandang boleh terbuntang mata.Si gadis hanya mampu bermonolog kerana jangankan bercakap bertegang urat dengan si ibu, melihat jeling tajamnya pun bagai nak gugur jantung.Maka hendak tak hendak menangislah si gadis diam-diam.Di tangan masih tersisa koyakan kertas berwarna. Ohhh.... poster rupanya.Si ibu telah mengoyak poster si artis pujaan.Siapa lagi kalau bukan Amy si vokalis kumpulan Search.Jika dilihat poster itu agak menggerunkan.Dengan seluar ketat, baju celorang celoreng bagaikan harimau bintang, rambut panjang masyaAllah menggerbang, bercelak , wah....dengan posing mautnya.... Patutlah si ibu marah.Sekali tengok, memang pak Aji boleh tertanggal gigi.Tetapi itulah dunia.Buat si gadis masih ingat lagi kenangan menangis bengkak mata dek kerana poster.( Kini meski pun si gadis sendiri telah menjadi seorang ibu, Amy Search masih menjadi pujaan hatinya .... )

   Pengalaman gilakan si Amy rocker menjadikan si gadis ( kini si ibu) faham gejolak hati anak dara sunti yang sedang merajuk panjang muncung dengan si ayah semata-mata tak dapat menonton Faizal Tahir.Tiada kedengaran esak tangisnya tetapi masyaAllah panjangnya muncung hingga boleh digantung hanger.Handsome sangat ke si Faizal Tahir?Atau lunak sangat ke suaranyaSi ibu ( yang dulu si gadis) mengamati;Ya Allah!Ada sikit-sikit imej Amy zaman dulu dengan jaket dan seluar kulitnya.Patutlah si anak gila.Aku pun dulu begitu agaknya.

   Apa-apapun, si ibu ( yang dulunya si gadis yang gilakan Amy rocker) masih tetap peminat nombor 1 Amy Search.Dan tak hairanlah jika lagu-lagu seperti Fantasia Bulan Madu, Mentari Merah di Ufuk Timur dan Isi dan Kulit masih lagi terhafal di benaknya.Buat si anak, si ibu faham jika minatkan si Faizal Tahir.(Ibu pun minat juga sebenarnya kerana suara dia power)tetapi si ibu tak faham apa itu 'Bencinta'.( Bahasa Melayu baru ke?Zaman aku sekolah dulu tak pernah ada pun)

          

0 comments:

Post a Comment