|
Hari raya hari mulia, hari gembira.Tak ingat pulak apa dia yang lucu sangat sampai tersenyum malu macam gadis zaman dahulu. |
|
Gambar paling ekslusif di Aidilfitri bersama kakakku tersayang,seorang tukang masak hebat berhati mulia. |
|
Nasi goreng istimewa di malam hari raya disediakan khas oleh adik bujangku untuk anak-anak saudaranya. |
|
Inilah lepat dan ketupat penyeri Aidilfitri.Terkenang datukku yang telah meninggal dunia pada 17 Ogos lalu kerana setiap tahun mesti ada lepat di rumahnya. |
|
Beruntung budak-budak zaman sekarang.Dapat beli kasut istimewa untuk hari raya.Aku dulu pakai kasut sekolah je.Tetapi kenangan berhari raya dahulu tetap indah. |
|
Dadih perisa jagung istimewa sebagai dessert di Aidilfitri. |
|
Bapa saudara dan anak-anak buahnya sedang berhari raya.Penat menjamu selera berposinglah pulak. |
|
Nampak macam pasangan bahagia tetapi sebenarnya bapa dan anak saudara berhari raya bersama. |
|
Inilah Ucu adik bongsu ibuku.Kunjungan ke rumahnya melengkapkan lagi Aidilfitri |
|
Inilah lontong hasil tanganku.Waktu cuti-cuti macam ni lah aku kena memasak supaya tak hilang kemahiran yang ku miliki. |
|
Bila tiba hari raya, aku rasa kurang meriah jika tiada lampu pelita.jadi tahun ni pun rumahku diterangi lampu pelita walaupun rumah jiran-jiranku semua diterangi lampu lap -lip pelbagai warna.Lampu pelita membawa seribu nostalgia bagiku. |
|
Dulu aku pernah cuba buat biskut ni.Tapi tak berjaya.Jadi tahun ni aku beli je.Aku berkenan dengan coraknya yang unik walau pun rasanya biasa saja.Maklumlah kuih beli. |
|
Blueberry Cheese Tart ni aku buat sendiri.Resipinya aku cari di internet.Boleh tahan juga rasanya tapi aku manalah suka makan cheese jadi tart ni bukan favourite aku. |
|
Semasa di rumah sepupuku, anak-anak buahku bukan main suka menjamah popia 3 segi ( samosa kot )dan buah-buahan yang disediakan.Maklumlah musim raya budak-budak bukan makan sangat biskut-biskut raya yang tersedia melainkan biskut-biskut bercoklat seperti Almond London yang jadi kegilaan. |
|
Asyik menjamu selera hingga tak sedar gambar dirakam. |
|
Adik bongsu kesayanganku melayan anak buah.Ada tokoh jadi ayah nampaknya. |
|
Ini dia adik iparku, seorang pesara askar yang sentiasa ceria.Hobinya berkebun dan mengusik anak-anak buah.Baik hati orangnya. |
|
Semasa di rumah Ucu kami dijamu mi goreng yang sungguh lazat hasil tangan isterinya.Macam tau-tau saja semua dah mabuk ketupat dan kuih raya. |
|
Seronok berborak time raya ni.Macam tak nak balik pulak. |
|
Kesiannya.....Penat beraya nampaknya.Inilah dia anak buah kesayanganku.Paling baik, berbudi bahasa, mendengar kata,dan nampak ciri-ciri anak yang soleh. |
|
Dua dara pingitan sempat posing semasa beraya. |
|
Seronoknya beraya di dapur tetapi masa ni aku di depan sedang membaca Anjung Seri.Macam biasa aku pantang nampak buku atau majalah.Raya pun aku membaca. |
|
Tetamu kecil anak-anak jiran tetangga.Baik budi bahasa budak-budak ni masa beraya terutama si kecil berambut macam Mawi tu. |
Sambal goreng pengantin antara juadah istimewa di Aidilfitri.Antara bahan-bahan yang digunakan adalah hati ayam, paru-paru lembu, udang kering dan lada kering.
|
Gulai nasi dagang ikan tongkol resipi peninggalan arwah ibu mertuaku.Rempahnya dikirim khas dari Terengganu oleh adik iparku.Terima kasih Sah kerana sudi bersusah payah mengirim rempah istimewa ni.
CATATAN AIDILFITRI TERSEMAT DI SANUBARI.
TAHUN HADAPAN BERTAMU LAGI.
|
0 comments:
Post a Comment