Wednesday, September 22, 2010

Aku masih rindu

   Kenangan : Seringkali kau ganggu jiwaku.Entah mengapa akhir-akhir ini aku selalu terbayang kenangan silam.1995 aku mula mengajar.Pada tahun itu jugalah aku mengenali seseorang yang sangat istimewa.Pada mulanya pelbagai cerita negatif yang ku dengar.Tetapi setelah aku mengenalinya, aku tahu ada sesuatu dalam dirinya yang tidak dimiliki oleh orang lain.

  Selain seorang yang penyabar, dia juga seorang yang sangat penyayang.Meskipun miskin harta, dia kaya dengan kasih sayang.Allah sentiasa adil pada hambaNya maka dianugerahinya dengan bakat yang sungguh luar biasa.Aku pasti sesiapa pun akan jatuh hati pada kelunakan suaranya.Hingga hari ini, meski pun ramai lagi insan bersuara merdu, bagiku suaranya tetap nombor satu.

   Aku selalu mendoakan yang terbaik buatnya kerana bagiku dia lain dari yang lain.Namun Allah lebih mengetahui maka 'dia' yang ku temui hari ini bukanlah 'dia' yang ku kenal dulu.Meski pun aku masih dapat memandang wajahnya aku masih rindu pada 'dia' yang dulu ; Saifulbahri bin Mohd Sabri, anak didikku.

0 comments:

Post a Comment