Wednesday, September 15, 2010

Baik berpada-pada, jahat jangan sekali ...

   Kata orang 'baik berpada-pada jahat jangan sekali'.Aku setuju seratus peratus.Kebelakangan ini bermacam kes sadis aku baca dan dengar.Pembunuhan seolah-olah perkara biasa yang dapat ditonton di mana-mana.Nyawa manusia lebih murah dari harga seketul ayam goreng KFC.Percayakan jiran salah, tak percayakan jiran pun salah.Kes seorang ustazah dan anak lelakinya yang dibunuh baru-baru ini menunjukkan sikap baik tidak berpada-pada yang akhirnya membawa mala petaka. Siapalah akan curiga jika jiran minta izin masuk rumah dengan alasan tertinggal kunci.( Mungkin bukan orang lain tetapi aku seperti ustazah yang menjadi mangsa:terlalu mudah lembut hati atau terlalu baik hati)

  Kes pembunuhan Dato Sosilawati dan 3 rakannya juga menyentap tangkai hatiku.Tiada langsung kaitan mereka denganku melainkan saudara seagama tetapi menitis juga airmata apabila membaca kisah sadis mereka.(Bukan mudah untukku menitiskan airmata sebenarnya)Semasa tetamu datang bertandang meraikan hari raya, ada juga ku dengar anak-anak kecil memberikan komen betapa kejamnya pembunuh tidak berhati perut syaitan bertiopengkan manusia.Bagiku pembunuh berkenaan lebih hina dari anjing kurap di tepi jalan!Kalau dapat ku bunuh, aku korek biji mata mereka dan ku buraikan perut busuk berisi najis dan ku keluarkan hati syaitan dari badan!Namun apa kan daya, hanya doa dapatku pohon agar roh-roh mangsa dicucuri rahmatNya.

  Dek kerana 'baik tidak berpada-pada' jugalah manusia sering tertipu dan menjadi mangsa.Maka tidak salah rasanya jika aku mulai berubah menjadi insan yang penuh curiga kerana aku tidak mahu terus 'baik tidak berpada-pada'Mulai detik ini juga maka aku mungkin menjadi manusia baru yang tidak 100% baik oleh kerana tuntutan kehidupan meski pun jauh di lubuk hati, aku masih tetap aku ,'A very nice person and always be too nice.'

(Oh my God! I lost my word to write ....)

TO BE CONTINUED

0 comments:

Post a Comment