Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 11, 2011

Uji pengetahuan anda...Berani tak?


   Jom kita uji pengetahuan kita tentang daun-daun dan buah-buah di Malaysia.

Yang ini pucuk paku perak.Siapa tak tahu maknanya tak pernah ke dapur kot.
( Gambar dari shw.hanieliza)
Kelebihan : Sedap dibuat sayur dan kerabu

Ini kembar pucuk paku perak iaitu pucuk paku merah.
( Gambar milik fazlisyam.com)
Kelebihan : Sedap dibuat sayur.(Buat kerabu boleh tak ye?)

Pucuk gajus nama diberi,
Bijinya lazat mahal harganya;
Sesiapa tak tahu khasiat dimiliki,
Jumpa Cik Google silalah tanya.
( Gambar hak milik akisapaapaaje)
Kelebihan : Dibuat ulam makan mentah-mentah dengan budu.

Sama tak serupa.Ini bukan sirih ye tetapi daun kaduk.(Yang popular masa belajar BM ...ala... kaduk naik junjung... Inilah rupa kaduk tu)
( Gambar dipinjam daripada saujanautama3 )
Kelebihan : Digunakan dalam masakan tapi aku tak pastilah masak apa sebab aku tak pernah guna.(Maaf ye Cik Kaduk )

Yang ini baru sirih;kembar seiras Cik Kaduk.
( Gambar hak kepada mrdeath )
Kelebihan : Dalam perubatan, perkahwinan, orang tua makan sirih, ubat mata, ubat gatal dan lain-lain lagi.Boleh makan tak ye?

Namanya daun cekur.Kalau di Johor terutama di kalangan orang Jawa daun ni popular untuk resipi pecal ikan terutama ikan pari atau ikan belanak.Sedap sampai mak mentua lalu pun tak nampak.
( Gambar hak milik kekal annyss )

Cik Google kata nama yang ini maman.aku tak pernah nampak.Sesiapa yang tahu bolehlah beritahu ye.Tak sempat aku nak selongkar perpustakaan Cik Google.
( Gambar orang punya : kaklia)

Daun yang ini baru je memperkenalkan dirinya pada aku di rancangan Nona TV3 9 Januari 2011.Katanya namanya TANGKIS.Serious aku tak pernah tahu daun ni wujud.Bulu tangkis yang biasa Dato'Lee Chong Wei guna aku tahulah!Makcik yang demo masak lemak pucuk ni di TV3 tu naik sampan nak ambil daun ni.Kalau aku tak sanggup.Manalah tau ada Sang Bedal kan?Kalau suami yang nak makan, biarlah dia sendiri yang cari.
( Gambar aku minta Cik Google carikan; milik tokpengulu )

Ini pulak daun letup-letup.Pucuknya sedap jika dicelur dan dicicah sambal belacan atau sambal asam.Tapi dah pupus agaknya kerana dah bertahun-tahun aku tak jumpa.
( Minta pinjam gambar ye abdrahmaan991 )

Ini buahnya dan rasanya seakan-akan buah markisa.
(Gambar terpaksa pinjam daripada mamawandiha)

0
0
0
0
0
0
0
Tak tahu buah markisa?
Hish!Hish!Hish!
Tengok di bawah tu!

Markisa merah hak milik acuisimanjaya )

Ini markisa juga tetapi jenis kuning kata tuan gambar amiraznafamily )

Macam mana?Tinggi tak pengetahuan anda tentang daun-daun dan buah-buah di negara kita?Kalau tidak, marilah sama-sama tambah ilmu pengetahuan ye.

5 comments:

Jeely jelly said...

mak saye selalu masak pucuk kaduk...huhu.. cm x sedap je rasenye...
buah letup2.. sedap! dulu2 nmpk kat semak2... sanggup kutip... tp skng x penah lagi... takot buah tu dh kene racun dek org.. naye je.. haha

TiMmiE said...

wow! pucuk cengkudu is my fav. tetibe rindu nk mkn mskn mak.huuu

b a m b a m ' s said...

daun maman tuh mak saya buat rendang..pastu buah daun letup-letup tuh..saya panggil buah susu..eheheheh

zaira said...

waaaa ilmu :)

Sharifah nor said...

pucuk paku masak lemak...pastu sakit urat..angin banyak!!! heee..

Let's have a break!