Monday, January 31, 2011

Jemputlah menari Abang DIGI!Barulah Happy!

   Sejak sibuk blogging ni, jarang-jarang aku check email.Kadang-kadang seminggu baru aku check.Hari ni entah kenapa aku teringin sangat nak check email walaupun ' siput tenet ' ni dah makin parah.( Maklumlah dah over limit.Tak pe.Hari ni aku kasi makan balik kat Celcom Centre.Tapi dah 2 hari hujan lebat ni!)

     To my astonishment,( cakap London pulak sebab dah lama tak blogging cakap London.Ramai sangat yang tak kasi)  ... Makna cakap London tadi tu; tiba-tiba aku terkejut yang amat sangat kerana ada satu email dari abang DIGI mintak aku jawab survey.Dalam hatiku berkata,"Patutlah BE DIGI aku yang nama Happy tu tak happy-happy kat blog aku.Agaknya sebab aku tak jawab survey lah tu." Entah-entah abang DIGI ingat aku sombong tak sudi nak jawab soalan.Sebenarnya memang betul-betul aku tak perasan yang aku sebenarnya DIGI ANGEL.( Cewah!Macam Charlie's Angels pulak).harap-harap lepas ni abang DIGI terus menari tango atau salsa atau zapin di blog aku.

    Pengakuan berani mati aku adalah: Aku pilih jadi DIGI Angel( walaupun aku tak pernah berlakon iklan DIGi macam Mr.Curly) kerana aku benar-benar setia dengan abang DIGI.Buktinya dah bertahun-tahun aku guna DIGI dan .....tut!tut!Eh ada call masuk.Aku berhenti dululah.Terima kasih DIGi kerana memudahkan hidupku.(Lepas ni rancak-rancaklah menari Tango ye)

Teruslah tersenyum Oh DIGI!

Ini Charlie's Angels dulu-dulu.

Yang ini pulak yang sekarang.
( Dua-dua aku tak join.Aku join DIGI ANGELS)

Yang ni je gambar yang Cik Google sudi nak pinjamkan.

ANDA BAGAIMANA?

2 comments:

grOundnUt said...

selamat berbloging semula..oh yeah!^^v

KELI OH KELI said...

haha..digi tu lelaki rupanya..kufikirkan kakak digi... :)

Post a Comment