Hari ini dalam sejarah!Segan juga aku nak cerita tapi aku nak cerita juga kerana aku tak rela ketawa sorang-sorang.Aku nak ketawa sama-sama.
Alkisahnya begini.... Pagi tadi seperti yang aku nyatakan, aku terpaksa bangun awal iatu pada jam 4 pagi.Kononnya balik sekolah, aku nak curi-curi tidur tapi ditakdirkan ayah pula minta hantarkan melawat saudara yang sakit.Sedar-sedar dah pukul 5 petang.Baca surat khabar pun belum hari ni.Tapi walau bagaimanapun sebelum tidur, wajib aku baca surat khabar dulu.Tapi silap-silap bukan aku baca surat habar; surat khabar yang baca aku.zzzzzzzz!!!
Selepas kenyang menjamu selera dengan gulai ayam versi Terengganu, dengan rempah yang diterbangkan khas dari Pasar Payang, aku pun memulakan enjin kereta bw ku.Selang sejam banyak juga rumah yang aku kunjungi.(Aku tak jumpa Pendekar Berkuda ...... huwaaaaa!!!! ) De kerana letih yang amat sangat, entah macam mana, aku tertidur semasa memandu bwku!Malu sungguh aku pada Cik Mouse pink yang ku pegang!He he he!
Tandanya aku kenalah berhenti.Hajat hati untuk memandu jet peribadi bw, terpaksa aku batalkan.Bukan saja kerana aku dah lembek kepenatan, tapi juga kerana aku mesti beradu segera kerana esok ada meeting.Huwaaa..... Minggu pertama pun dah ada meeting!Melampau betul.Tak boleh tengok aku nak bw laju-laju!Apa-apa pun, tugas mesti ku galas kerana 'aku yang menurut perintah'.
p.s : Bukti tambahan menjadi guru bukan senang.
Aku terlentuk macam ni lah masa bw tadi.
Ini foreshadow untuk 1 jam akan datang.
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
z
Alamak!Aku dah terlena!Jumpa esok ye darling!
6 comments:
yaa.. jmpe esok.. hehe..
haha, cumil kucing tu, laen kali bwk askar bw tu, huhu, gudnite :)
salam
kucing tu manis sangat :D
kak pah pun selalu cam tu..terlena depan PC...sbb tu lah..kalau agak2 nak BW jauh sikit..kena tidur siang sekejap...baru ler fresh pd mlm nya...[ sambil mengunyah sesuatu dan se mug air susu panas..!!! heee]
OOOoooohai Cikgu Scarlett....kita suka buku yg sama....dan akak juga suka muvie gone with the wind...lagu dia lagi....
Ya...Cik Tom Tomato yg betulkan blog akak tu...
p/s: comment tak berkaitan dengan entri...sebab menjawab soalan scarlett kat entri akak...salam kenal...
bakal guru ke?
Post a Comment