Saturday, January 8, 2011

Interlok : Dari sudut hatiku.


    Gambar siapa tu? Siap berbaju batik dan bersongkok.Sekali pandang, tiada bezanya pakcik di atas dengan pakcik-pakcik di kampung.Tokoh korporat?Tentulah tidak kerana mana ada tokoh korporat sudi bersongkok dan berbaju batik?Kurang-kurangpun mesti pakai suit lengkap walau pun dalam hati rasa tak sabar nak tukar baju.( Agaknyalah sebab Malaysia kan panas.Mana sesuai pakai baju 2,3 lapis dengan tali leher lagi)

    Sesiapa yang tak kenal pakcik di atas belum layak menjadi rakyat Malaysia.Beliau sebenarnya adalah Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.Sejak zaman tok Adam lagi aku dah jatuh cinta dengannya.Bila aku baca karya pertamanya yang bertajuk ' Konserto Terakhir', air mataku berjurai-jurai jatuh.Sedih dengan nasib Hilmi, hero kacak dalam cerita.
Cerita selanjutnya, kenalah baca sendiri.



   Panjang pulak intro aku kali ini.Sebenarnya aku nak cerita tentang Interlok di atas tu.Anda semua tentu telah maklum  isu tentang Interlok kan?Bagi yang masih gelap gambar, sila baca surat khabar sehari dua ni.(Isu semasa kena tahu)

   Interlok sebenarnya adalah kata pinjaman B.Inggeris Interlock yang bermaksud 'lock' or ' join together'.Semasa aku membaca  versi asal novel hebat ini, aku masih lagi di sekolah menengah.Fuh!Aku rasa puas yang amat sangat.Tak dapat aku bayangkan. Ibarat orang berpuasa berbuka dengan air tebu.Bagi aku Datuk Abdullah Hussain adalah seorang yang genius.Tanpa kajian dan ilmu yang tinggi, ditambah dengan bakat penulisan maha hebat, mustahil karya seagung Interlok dapat dihasilkan .Bayangkan jika tak silap, setting masanya adalah dari 1890an...Datuk Abdullah Hussain pun belum wujud pada masa itu.


    Interlok menghina kaum?Ini yang aku tak faham.Bagi aku insan marhaen ( bukan marhaen kacak ye.Itu blogger) apa yang diceritakan oleh Datuk Abdulah Hussain itu adalah fakta.Ia adalah sejarah.Susur galur Melayu, Cina dan India sejak zaman-berzaman.Mengapa orang India perlu marah kerana orang Melayu dulu-dulu memang menggunakan perkataan 'paria' untuk orang India.Mereka tak boleh dipersalahkan kerana mereka tak faham makna paria.Orang Melayu zaman sekarang kalau masih menggelar orang India Paria, memang tak layak jadi warga Malaysia.

  Orang Melayu pula tak boleh marah jika dalam Interlok orang Melayu digambarkan dengan kedudukan yang rendah.Zaman dulu manalah ada orang Melayu yang kaya-raya kecuali raja-raja?Zaman aku kecil pun taukeh kaya kedai runcit adalah orang Cina.Hanya sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi PM barulah kedudukan orang Melayu mula berubah.Orang Cina pulak takde pun yang marah walau pun digambarkan orang Cina zaman dulu kaki candu dan suka simpan perempuan.Itu semua kisah dulu-dulu.Tak salah kalau diceritakan.Sekurang-kurangnya Interlok berjaya menunjukkan semangat 1 Malaysia ( 1 Malaya ) jauh lebih awal dari gagasan Datuk Najib.Tajuk Interlok itu sendiri seolah-olah foreshadow menggambarkan betapa bersatunya rakyat Malaysia kini walau pun zaman dulu kita adalah 3 bangsa jauh berbeza.Penggunaan Interlok sebagai tajuk bagi aku suatu yang sangat bijak kerana punya makna yang sangat mendalam. 

Inilah novel Interlok yang asal; sebuah karya agung yang patut difilemkan.

Ini juga karya hebat yang telah berjaya menguras air mataku suatu waktu dulu.

Yang ini bukan karya Datuk Abdullah Hussain.Aku muntah 2,3 kali selepas baca novel ni.
Sampai sekarang aku tak faham mengapa ia dihasilkan.

Ini satu lagi novel hebat yang berjaya menguras air mataku karya sasterawan hebat Azizi hj Abdullah.

p.s:Tiba-tiba aku rindu menjadi ulat buku kembali.

2 comments:

ijam ismail said...

adoiyai..sy pling xgemar bce novel n sgale buku tebal..hehehe

NUR AYNIE said...

xpnh bace pun...semua buku nie hhihihi....=P

Post a Comment