What?Gila ke apa? Macam dah tak ada orang Malaysia!Dahlah pergi pasar jumpa orang dia.Pergi kedai runcit jumpa orang dia.Sakit badan nak mengurut jumpa orang dia.Tukang sapu pun orang dia.Bibik?Apatah lagi memang sah-sah orang dia.Ini nak ambik orang dia lagi?Betul-betul gila!
Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana cara orang bijak pandai tu berfikir kalau betul-betul dia yang dipilih.Bukan jadi cikgu cabuk tapi pengetua tu!Tinggi kedudukannya tu.Betul-betul aku hangin.Kalau betullah berita yang ku baca hari ini, silap-silap hari bulan aku potong terus ASTRO kat rumah tanda aku membantah.Betul-betul tak sayangkan negara kerana orang dia dah buat macam-macam pada kita tapi orang dia jugak yang nak disanjung nak dijunjung.Macamlah takde lagi orang bijak pandai di Malaysia ni!
Kenapa aku marah?Siapa tak marah kalau baca berita di bawah tu! Kalau nak tahu lebih jelas, silalah baca petikan myMetro . Dah baca?Tu yang buat aku hangin tu! Ada ke Ahmad tu?Siapa dia tu?Muka pun sombong semacam je.Daripada Ahmad Dhani lebih baiklah pilih Amy Search jadi pengetua AF9.( Gambar Cik Google punya.Pinjam sekejap) Gambar Ahmad Dhani?Minta maaf.Dia pun tak kenal aku maknanya tak payahlah aku kenalkan dia. Ingat ye ASTRO!Kalau betul si Ahmad tu yang kau pilih, memang kau orang tak sayangkan Malaysia.Ramli Sarip lain kerana orang Singapura tak pernah membakar bendera kita.Ingat tu!
2 comments:
eii.x de orng len dh ke kt Malaysia ni ? x sukex3 boikot ! huu~
wlaupun sy xtgok sgt af ni ( sbb makin lame makin xbest! ) tp ramai lg yang ade kt mlaysia ni yang blh jd pgetua af. sibuk sgt nak pilih org kat sane. huhh
Post a Comment