Semalam langsung aku tak blogwalking.Cuma singgah pos satu entry yang bermadah pujangga tu.Kebetulan pulak sesuai untuk segmen En.Ben aku pun ubah suai sikit-sikit dan jadilah segmen Ben Ashaari.Tapi aku lupa betul untuk link kan macam biasa.Tak kisah kan En.Ben lagi pun untuk suka-suka je kan?
Walau pun semalam aku langsung tak bw, tapi ada juga kawan-kawan yang perasan.Terima kasih daun keladilah ye.Lain kali jemput tanya dan datang lagi dan lagi.Tak sangka ada juga kawan yang ingat aku yang tak punya harta dan rupa ni.Terharu pulak rasanya. ^_^
Untuk menjawab soalan mengapa semalam aku tak bw, dengan ringkasnya aku nyatakan aku betul-betul sibuk + penat melampau. Apa taknya....bangun jam 5 pagi.Lepas subuh terus ke sekolah.Punch in lebih kurang 6.35.Pukul 7 mula assembly diikuti dengan kelas hinggalah jam 1.05.Rehat sekejap kemudian 3.30 petang latihan sukan di padang hinggalah 5.30 petang.Balik rumah terus masak untuk dinner, mandi dan lepas maghrib aku dah zzzz...Macam sayur lembik.Pukul 11 malam aku bangun buat lesson plan dan check buku students.Lepas tu iron baju.Sambil-sambil tu aku menonton Magika di 952.Best citer tu.Hajat hati nak tengok hingga pukul 1 tapi apakan daya mata tak dapat ku buka...Akhirnya Magika yang tengok aku.Mimpi pun tak sempat sebab letih sangat.Kalau mimpi jumpa Amy Search hilang jugak letih aku.Amy Search pun sibuk juga agaknya.
Pagi tadi rutin yang sama berulang dan selepas aku pos entry ni aku terpaksa zzzzzz.Pukul 12 aku bangun buat lesson plan dan iron baju.Lepas tu tidur balik dan secara automatik pukul 5 mataku dah tak boleh ku paksa untuk lena.Begitulah seterusnya hingga cuti menjelma..........Begitulah kisah aku; jawapan panjang lebar mengapa aku tak blogwalking semalam.
Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih buat teman-teman yang sentiasa menyokong.
Kesian aku kan?
Sekejap lagi lenalah aku tidur....
Good night semua dan jumpa lagi esok!
Esok hari Jumaat bolehlah aku jadi burung hantu melawat ke rumah korang!
( Gambar aku ambil dari album Cik Google)
7 comments:
Selamat Malam Cikgu...
kak pah pun tak BW semlm..pegi ambik anak kat asrama kat Kedah..pastu balik..nak onine..tenet tak idup2...eeeeee..geram betul!!!
hehe takpe2.. take a good rest ok ;)
jom bw skrg..hehe..
=)
kalau letih memang kena rehat....
jom ambik tag kat blog saya..
Owh...paatut lah.. terima kasih sebab melawat blog Ammar.. jom join contest ni:
http://jomklikblog.blogspot.com/2011/01/rm-300-untuk-follower-bermula.html
kesihatan kena jaga.. jg diri yer cikgu :)
Post a Comment