Wednesday, January 19, 2011

Anda berani?(Festival layang-layang Antarabangsa pasir Gudang)

   Yahoooo!!!!Dia datang!Dengan lenggang-lengguknya!Dia datang!Dengan senyum manisnya!Bukan kekasih hati yang datang tetapi Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang.Setiap kali pesta ini diadakan, aku berasa teruja sangat kerana waktu inilah Bukit Layang-layang meriah dengan pelbagai ragam manusia dari serata dunia.Selain berpeluang melihat bermacam jenis atau saiz layang-layang, pesta ini membuka peluang bagi seisi keluarga beriadah bersama.Tahun ini pesta ini akan diadakan 16 Februari hingga 20 Februari 2011.Tempatnya masih sama iaitu di Bukit Layang-layang.
   
   Kepada teman-teman yang belum pernah berpeluang menyaksikan pesta berkenaan, jemputlah datang ke Pasir Gudang dan saksikan sendiri kemeriahannya.Dijamin puas hati.Tak percaya?Silalah....Sementara itu jemputlah tengok-tengok gambar yang aku pinjam daripada Cik Google.

Tengok tu!Wah!Besarnya!!!!

Macam-macam ada!!!!!!

Kecil atau besar semua bersama-sama.

Layang-layang ikan pari

Yang di tengah tu layang-layang sotong.Perhatikan saiznya.

Yang ini tak besar tapi istimewa kerana mengeluarkan 'asap'.
Ada juga layang-layang yang 'megeluarkan gula-gula'.Tak percaya?Datanglah sendiri.

Layang-layang sotong dan kepala kanak-kanak perempuan.

Nampak tak tu? Ada beruang, sotong dan ikan.

Yang ini pulak kucing semasa proses menaikkannya.Bukan guna tangan semata-mata tetapi guna jentera berat ( traktor kot)


Opps!Yang ini tak boleh terbang!Ini anak-anak aku yang bersedia untuk membuat persembahan.

Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang.
Anda berani?( Berani datang tau bukan berani tergantung jadi layang-layang)

p.s: Selain melihat layang-layang bolehlah cuci mata lihat ragam orang, cuci telinga sebab ada konsert dan cuci poket sebab duit habis buat shopping.
Sesiapa nak berniaga pun boleh.Contact je Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Boleh juga melawat ke Muzium Layang-layang.




6 comments:

shahrilhakime said...

ini pesta tahunan kan??? dah masok pun dalam kalendar pelancongan tahunan Johor kan????

Pemilik Cinta said...

Suka tgk layang yg mcm2 jenis.. tpi tangan ni mmg tgn bangku sbb dr dlu smpi skrg x pndi2 main lyg2.. hehe

grOundnUt said...

macam menarik je event ni...pergghh..kalau meniaga mesti masyukk!^^

masmurni said...

cantiklah layang2 tuh....

Madd said...

pasir gudang...
hehheheh
ade rezeki baru boleh p sane...

BUNGA said...

dah 5 tahun x jejakkan kaki ke PG. dulu saya selalu pergi tengok pesta layang2 ni.. :)

Post a Comment