Sunday, January 16, 2011

Permataku yang bersinar....

      Pernah tak rasa sedih dan sayu di hati apabila mendengar alunan merdu Surah Yaasin?Selain Arwah Ustaz Asri, ada seorang lagi insan yang telah berjaya menyentuh hatiku dengan bacaan merdu Surah Yaasin.Bukan semata-mata kerana suaranya tetapi entahlah..... bacaannya tidak pernah gagal memberi keinsafan betapa aku hanya seorang insan kerdil di dunia hak Allah ini.

    Aku amat kagum kepadanya dan juga kedua ibu bapanya kerana telah berjaya mendidik seorang insan yang umpama permata di perlembahan.Amat sukar untuk mencari seseorang yang berperibadi tinggi dan berbudi luhur seperti insan yang ku maksudkan.Kalaulah aku punya anak sesoleh ini, betapa besar kesyukuran dapat ku panjatkan.Namun aku bersyukur biar pun hanya layak menjadi ibu di bilik darjah.

    Insan istimewa ini bukan saja bersuara bak buluh perindu meruntun kalbu dengan ayat-ayat suci yang dibacanya, tetapi cemerlang dalam pelajaran dan juga sukan.Bukan mudah mencari seseorang yang seimbang kejayaan dunia dan akhirat.Aku tak malu mengaku betapa aku cemburu kepada kedua ibu bapanya kerana memiliki permata yang amat berharga.Mudah-mudahan, permata yang satu ini akan terus memberikan sinar buat bangsa, agama dan juga negara.


Solehuddin Salam, permata yang bersinar.

p.s: Hanya satu yang aku miliki : Tarikh lahir yang sama.


2 comments:

ila said...

sweet,tarikh lahir same

Unknown said...

Being Soleh's classmate, I envy him from all aspects. I wish I were like him. But I enjoy being me too :)

Post a Comment