Minta maaf banyak-banyak ye kerana aku cerita tentang cikgu lagi.Habis tu aku bukan doktor.Macam mana nak cerita pasal doktor pulak kan?Oklah...Kali ini aku nak cerita tentang emak saudara aku yang juga seorang guru.
Semalam ( kat Johor ni kelmarin kita panggil semalam @ yesterday), lebih kurang pukul 8.30 malam, aku pergilah ke rumah emak saudara aku yang cikgu tu.Dia seorang penyelia petang.Dengan kata lain macam guru besar untuk sesi petanglah.Sesi petang sekolah rendah tamat pada jam 6 kalau tak silap.(Menengah jam 6.40 ptg) Jadi aku sangka tentulah mak cik aku tu dah ada di rumah.Rupa-rupanya dia masih di sekolah!
Bila aku jumpa dia dan tanyakan mengapa lewat sangat sampai di rumah dia kata ; tunggu budak-budak balik semua baru dia balik.Masya Allah!Patutlah lambat betul dia sampai.Aku ingatkan jalan jem ke apa.Menurut makcikku yang tersangatlah rajinnya ini, dia pastikan setiap pelajar tahun 1 naik bas yang betul.Keluar ikut pintu yang betul.Dek kerana ramainya murid tahun 1, pintu pun terpaksa asing ikut zon.Jadi biasalah, minggu awal persekolahan ada saja pelajar yang sesat, yang hilang emak ayah, yang hilang pak cik van dan sebagainya.
Emak saudara aku tu punyalah rajin dan bertanggung jawab, telefon ibu bapa pelajar dan pastikan anak-anak mereka dah sampai.Kalau satu kelas oklah lagi.Tapi bayangkan pelajar tahun 1 je jumlahnya 300 orang lebih.Takde pun elaun tambahan atau elaun overtime kerja lebih masa untuk emak saudara aku yang cikgu tu.Tapi yang sedihnya, ada juga yang marah-marah kata dah beritahu cikgu nama pakcik van.Contohnya nama pakcik van adalah Man.Bila emak saudaraku @ makcikku cari, berlambak yang nama Man; Osman, Lokman,Satiman dan macam-macam Man lagi.(Yang tak de Mann, cerita Hindustan).Jadi tak dapeklah den nak nolong.
Jadi, ibu bapa yang membaca catatan aku ni, silalah beri kerjasama.Buatlah apa yang patut kerana takde cikgu yang waras akan meletakkan anak-anak didiknya dalam keadaan bahaya.
Tambahan cerita di atas, emak saudara aku pulak jadi makcik van tolong hantar anak-anak murid yang sesat dan kena tinggal 'pakcik Man'.Kalau emak saudara aku tu tak bertanggung jawab, sila-silap jadi Nurin Jazlin anak orang.Jadi berterima kasihlah emak-emak bapak-bapak ibu-ibu.(Bukan minta duit tambang pun)
Bayangkan nak layan budak cinonet macam ni sampai beratus-ratus orang!
Mau naik darah tinggi makcik aku tu!
p.s: Ini juga satu bukti kukuh menunjukkan bahawa jadi cikgu itu bukan senang.Siapa yang masih lagi kata senang, memang patut kena tarik hidung!
5 comments:
kalau tanggungjawab tu di pikul dgn betul memang tak senang.. tp still ada cikgu yg sekadar lepas batuk di tangga.. apapun memang respect la dgn mak sedara cikgu tu.. Tak semua cikgu sanggup buat menda2 camtu..
wah..baiknya mak sedara..memang kalau diberi bintang..bagi cikgu 6 bintang..bukan semua cikgu nak jaga anak murid seramai tu sampai confirmkan selamat sampai dekat rumah..salute to your auntie!!
cite yang menarik ;)
sorang cinonet tu pun bulih buek atok pitam, ini kan 300...waaa
my sis pun cikgu jgk..
dia kata keja cikgu ni mmg sgt mencabar..
Post a Comment