Sedang aku menanda buku anak-anak manjaku ( anak murid le tu), aku menonton sebuah sinetron di SCTV.(Rumah aku ni macam-macam siaran dapat.Tutup je ASTRO TV Singapura dan Indonesia senang-senang je aku dapat ) Sinetron tu tak taulah pulak aku apa tajuknya tetapi cerita ala-ala Ustaz Amirul di TV3.
Antara dialog yang aku dengar adalah ; "Anak, isteri nggak penting buatku kerna mereka hanyalah harta dunia,"Jadi sekarang ni aku keliru sama ada dialog tu betul atau tidak.Betul ke anak dan isteri tu harta dunia?Kalau betul apa dalilnya dan kalau tidak apa pulak alasannya.Bagi aku yang cetek ilmu ini, kalau anak dan isteri adalah harta dunia, taraf mereka seolah-olah sama dengan kereta atau rumah kerana kereta atau rumah kan harta dunia. Jadi, tolonglah aku menghuraikan kekeliruan.
Kalau saya ni memanglah harta dunia kerana senang-senang orang buang.
Kata kucing emmakizora.blogspot.com
8 comments:
rasa mcm x betul je statement tu..
Assalamualaikum...nak ckp x penting tu salah la. kita perlukan juga isteri, anak-anak untuk jadi pelengkap hidup di dunia, tanpa perempuan dan anak-anak..x kan lengkap hidup seorang lelaki. Isteri, anak-anak, harta benda tu semua sebagai ujian kita di dunia..semua tu pinjaman dari Allah. Bile tiba masa nya..akan diambil kembali. Dan kita juga boleh hidup bhgia dengan isteri or suami kita di syurga nnt..dgn syrt, buat segala yg di suruh oleh Allah la. Wallahua'lam~
Sekadar perkongsian daripada sy yg kurang juga ilmu nya :)
Saya tidak lah sehebat Ustaz dan Ustazah...
Hanya menaip berdasarkan kehidupan yang berumur 20 tahun..
Mungkin apa yang diperkatakan ada betulnya..
Anak dan isteri adalah harta dunia..
Tetapi perlu diingatkan..
Rasulullah pernah bersabda bahawa apabila seseorang manusia itu meninggal,
Maka terputuslah segala pahala amalannya..
Melainkan 3 amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian..
Iaitu amalan soleh dan sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan doa ANAK YANG SOLEH KEPADA KEDUA IBU DAN BAPANYA..
Jadi,di sini.. PADA PENDAPAT SAYA YANG JAHIL ini.. Mungkin saja anak adalah harta dunia tetapi doa anak soleh yang soleh itu adalah harta yang akan kita bawa di akhirat nanti.. Wallahualam..
Salam..
Mmg ada dalil daripada hadis sahih.. tapi bukan itu yg dimaksudkan..
"Dunia ini adalah perhiasan (mata') dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah" (HR. Muslim)
Kalau jadi wanita solehah, bukan saja menjadi perhiasan di dunia (sesuatu yg berharga), bahkan lebih lagi di akhirat nnt ;)
ada juga macam ni?
akak setuju dgn pendapat MAR di atas..
owh tak taw plak pasal ni..
tanx for sharing mmbuatkn kte
terfikir pule ;)
Anak dan isteri itu amanah dunia akhirat utk si suami...
Post a Comment