Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, February 2, 2011

5 ekor bawal hitam = RM50 : Bawal tu tersengih tengok aku!Cis!

   Semalam aku happy kerana Haw tolong naikkan trafik aku. Tambah pulak aku berjaya mengubah rumahku dari nofollow ke dofollow.Bw pun senyum je.Tapi kebahagiaanku diragut oleh 5 ekor ikan bawal hitam.Tak tau bawal hitam?Meh aku perkenalkan.

Akulah bawal hitam datang dari dapur iffahidayati.blogspot.com

   Dah kenal?Sekarang aku sambung cerita.Semasa aku seronok bw dari satu rumah ke satu rumah, tiba-tiba ..pon!pon!Lalulah seorang abang kurus naik motorsikal dengan tong putih di raga motor.Nak beli ikan dik?Aku pun ok je kerana kebetulan di dapur bahan mentah untuk lauk tinggal telur je.(Kata orang banyak sangat makan telur boleh jadi buta.Tu yang aku takut nak makan telur banyak-banyak tu)


   Balik pada abang jual ikan tadi, aku pun belilah ikan bawal hitam sekilo dengan harga RM30.(Ikan segar lagi dan kata abang berbut kuning tu, ikan tu baru je naik / baru tangkap)Belek punya belek aku ada RM60 dalam purse;RM10+RM50.Aku pun hulurlah RM50 sebab takde duit kecik.Aku cakap; Ni RM50.Lepas dapat duit tukar balikkanlah baki RM20.Dengan yakinnya aku beri tanpa syak wasangka.Aku sangka semua orang macam aku, baik hati( orang katalah)


   Tunggu punya tunggu, batang hidung abang kurus tu langsung tak nampak.Bertuah punya abang kurus jual ikan!Hidup-hidup kau tipu aku!Aku tak halalkan dunia akhirat! ( Tapi tak baik, jadi aku halalkan ajelah.Mudah-mudahan dapat pahala berganda untukku) Nak marah pun salah aku sendiri kerana lurus bendul sangat.Tu yang aku tulis di profail aku:A very nice ( always too nice ) person.Akhirnya aku hilang RM20 ( sape nak kasi tu walaupun sikit je bagi orang lain) dan ikan bawal hitam yang ku beli masih lagi beku dalam peti sejuk kerana tiap kali aku keluarkan untuk dimasak, aku rasa ikan bawal tu tersengih mengejek aku.Akibatnya aku macam trauma dengan ikan bawal sekarang ni.Betul-betul mengganggu jiwaku.


Nasib baik ada tucin comel ni suruh aku sabar... kalau tak aku cari abang kurus bau ikan tu di Kg Pasir Gudang Baru...
(sebab dia kata dia dari sana)
Kucing ni kucing cik Google.


   

3 comments:

whitecappuccino said...

Ohh..amalkan la selalu org tu tak lama la jual ikan kot2 lingkup..bukan doa tapi kalau tak jujur selalunya tak lama....oh ikan bawal pun pandai senyum yer?

~NaJwA~ said...

kuang ajo btl abg 2...

bunga said...

haha..kecian..2 la laki xbertanggungjwb..nak jual kena la betul2..

Let's have a break!