Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, February 4, 2011

Mana abang apek aku?Hua.....

   Apa sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia?Roti canai?Nasi lemak?Lontong?Di pantai timur aku rasa yang popular adalah nasi dagang, nasi minyak atau nasi kerabu.Kalau tidak pun kuih muih seperti epok-epok ( karipap ), kuih gulung, seri muka, cucur badak dan macam-macam lagi.Pendek kata seperti ASTRO selalu iklankan, macam-macam ada.

   Tapi bagi aku, semua makanan tu aku kurang suka.Semua tu sesekali bolehlah tapi kalau dah selalu sangat alamat menternak lemaklah aku.Aku tak nak ternak lemak.Sarapan favourite aku yang wajib aku beli tiap pagi dijual oleh seorang abang apek yang sangat baik hati?Halal?Sarapan aku ni aku tak peduli halal atau haram kerana memang aku akui aku betul-betul dah ketagih.Tak dapat sehari rasa tak lengkap dunia.

   Maka adapun ( sesekali guna bahasa melayu lama) semalam dan hari ini aku rasa hidup aku tak sempurna kerana abang apek kesayanganku tak muncul-muncul.Puas aku tunggu di muka pintu.....Hua.... sedihnya!Aku dah kelaparan ni!Manalah kau abang apek? Merajuk ke?Aku tak pernah lupa bayar sarapan yang aku beli.Datanglah!Datanglah!Hua.....Macam budak kecil pula aku merindukan abang apek aku tu.Opps!Bukan rindukan abang apek tapi rindukan sarapan yang abang apek bawa tu.

  Hari ini pun setakat pukul 10 pagi ini, aku belum lagi bersarapan kerana aku masih lagi menunggu abang apek.Manalah bunyi pon!pon!pon! yang aku tunggu tu.Tiba-tiba, ... alamak!Patutlah abang apek aku tu tak datang!Semalam dan hari ni, tentulah abang apek aku tu balik kampung.Kan Tahun Baru Cina.Apalah......Oleh yang demikian ( guna bahasa buku lagi) aku terpaksa bergegas ke Stesen Minyak Petronas untuk mencari sarapan aku tu.Tu yang ada gambar di bawah tu.......Scroll down!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Terima kasih dordoor.com.hk beri pinjam gambar.

Gambar yang ini aku minta tolong millionairemindpower.com.my ambilkan.

( Tapi sejak akhir-akhir ini aku rasa nak tukar sarapanlah.Anda ada cadangan?)

  

3 comments:

bunga said...

amboi..mmg tahap ketgih betul ni cyg,..

Freaky said...

suke roti canai n nasi lemak. huhu

Scarlett O'Hara said...

@bunga:Skrg mengajar pagi jadi time balik sekolah skhabar jadi lunch.

Let's have a break!