Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, October 12, 2012

Tabahlah Deno

   Sebenarnya, dah lama aku tak menjenguk blog Deno.Bukan aku tak ingat padanya.Aku ingat sangat.Tapi, tiap kali aku ke blog dia, aku rasa sedih.Sedih sebab aku cuma dapat berkongsi kesakitannya sebagai pesakit SLE tapi aku tak mampu untuk berbuat apa-apa.Selain itu, aku rasa sedih yang amat sangat kerana setiap kali melawat Deno di blog dia, aku mesti teringatkan kawan baik aku yang telah meninggalkan aku buat selama-lamanya kerana SLE.Walau pun entah berapa tahun berlalu, aku masih tak lupa kerana pada malam sebelum pemergiannya, arwah menelefon aku dalam jam lebih kurang 12 malam.Arwah ajak aku berbual tentang macam-macam.

   Sebelum memutuskan talian telefon, arwah berkata, ' Sakitnya Allah saja yang tahu'. Masa tu arwah baru lepas buat pembedahan kerana SLE tapi aku tak pasti pembedahan apa.Aku di Johor dan dia di Perak jadi telefon je tempat kami berbual.Dan pada esoknya, kalau tak silap jam 6 pagi, arwah meninggalkan aku .... Dan aku hanya tahu dia telah tiada selepas beberapa lama .... Kesannya, hingga saat ini aku masih lagi tak boleh lupakan dia sahabatku Nor Hanita Suhaimi.Cuma doa buatnya agar ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.Buat adikku, Deno, tabahkanlah hati.Doa sentiasa bsah di bibirku buatmu...

-
-
-
-
-
-
Deno Living With Lupus

Adikku Deno sedang di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagaimana nak ku hilangkan rindu pada temanku yang telah tiada?

3 comments:

Tieah Madian said...

Moga tabah ye, SLE itu apa benda?

Norhaizan hakim said...

KZ juga pernah kehilangan seorang teman/jiran kerana SLE. Pesakit SLE memang memerlukan sokongan yg kuat dari orag tersayang.
Baca Fatihah dan sedekahkan kpd arwah teman SO,itu satu petua utk merawat kerinduan pada yag telah pergi mahupun yg masih hidup(amalan setiap pagi KZ..sedekahkan Fatihah kpd parents kat kampung).

deno said...

terima kasih krn doakan kesihatan deno... :)

Let's have a break!