Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, September 23, 2014

Hari 23 : Dr Scarlett O'Hara

   Cabaran masih lagi berterusan.Masih ramai yang berani menyahut cabaran?Oklah.Untuk hari ke 23 ni, cabarannya ialah pekerjaan yang aku ingin selain pekerjaan aku sekarang.Cerita tentang pekerjaan, teringat masa umur 8 tahun.Aku menangis beria-ia sebab jatuh dan luka di bahu.Bila emak tanya kenapa menangis, aku kata sebab aku tak boleh jadi penyanyi.Apa kaitan penyanyi dengan luka di bahu?Aku kata sebab penyanyikan kena pakai baju kemban.Macam mana aku nak pakai baju kemban kalau ada parut di bahu.(Nampak?Betapa kuatnya pengaruh seorang penyanyi zaman tu.Alhamdulillah aku takjadi penyanyi dan tak payah pakai baju kemban)

   OK.Ok.Untuk cabaran hari ni, aku maklumkan, aku teringin menjadi seorang psikiatris.Ini sebenarnya cita-cita aku tapi apa nak buat Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.Sekarang ni pun, aku macam psikiatris sebab selain melayan kerenah anak-anak murid yang macam-macam ragam, ada juga mereka yang minta nasihat aku untuk menghadapi suami dan stress.Kira macam psikiatris jugalah tu kan?Ada sesiapa nakkan khidmat nasihat aku dalam bercinta pun ok juga.Dah biasa praktis dengan anak-anak murid yang lagi advance bercinta daripada aku,Dr.Scarlett O'Hara.Hehehe.

p/s: Terima kasih banyak ye Dr Surina Zaman Huri dari HSI kerana banyak melayan kerenah aku.

#Cabaran30Hari
#KelabBenAshaari


Monday, September 22, 2014

Saya KKU.

    

   Hai!Nama saya Kasmir.Saya lahir pada 22 Januari 2014.Sekarang ni umur saya 8 bulan.Saya ni dah bujang tapi saya lebih suka tinggal di rumah dengan emak dan kakak saya.Bukan saya tak suka keluar, cuma saya tak boleh keluar sangat kerana emak takut saya cedera.Kenapa?Sebab saya ni KKU aka Kucing Kurang Upaya.Dengan kata lain, saya pengidap cerebral Palsy.Pelik?Taklah.Doktor kata, itulah penyakit saya.

   Sebenarnya, semasa lahir, saya sihat walafiat.Tetapi saya telah diserang demam panas sebanyak dua kali.Kali yang kedua suhu badan saya tersangat panas hinggakan tercedera otak saya.Habis sel-sel dalam otak kurang berhubung.Akibatnya, jadilah saya seorang eh seekor pesakit cerebral palsy.Bila berjalan, saya terhuyung-hayang.Bila emak panggil saya terteleng-teleng agak lama baru boleh nampak muka emak.Apa nak buat, penyakit ni telah menyebabkan balancing saya lari.

   Tapi, saya tak menyesal kerana emak bawa saya jumpa doktor semasa sakit.(Pembantu doktor tu ketawakan nama saya semasa emak mendaftar.Tak baik sungguh!) Walau pun saya tak sempurna, emak dan kakak-kakak saya sayang sangat pada saya.Buktinya, emak belikan saya Prodiet dan shampookan saya.Emak pun berikan saya ubat cacing dan pastikan badan saya tak de kutu.Oklah.Emak dah panggil saya tu.Jumpa lagi!Tata!

Hari 22:Destinasi percutian impian?Yang ada conch.

   Aku teringin sangat-sangat nak ke Eropah.Terutama Switzerland.Tak taulah bila boleh jejak kaki ke sana ye.Dahlah aku trauma dengan kapal terbang.Takkan nak naik tongkang gi Switzerland.Jadi, aku berangan je lah.

   Selain dari itu, destinasi percutian yang ada dalam otak aku kalau aku orang kaya adalah Turks & Caicos.Staple food dia conch.Punyalah besar.Kalau di tempat aku conch hampir pupus.Yang ada pun adalah besar jari banding dengan di Turks & Caicos yang besar betis.Fuh!Terliur!Tapi, gi Turks & Caicos lagi dahsyat.Selain naik kapal terbang, kena pulak naik bot laut.Aku ni dahlah penakut dengan laut.Kensel je lah.Tengok di TV je lah dengan Bridgette Sexiest Beach.

    Oleh kerana aku jenis hati kecik, aku holidaya dalam negara jelah.Itu pun yang jenis pulau, aku kena tolak tepi.Aku gi Melaka jelah walau pun dah berapa kali entah aku pergi.Kali ni aku nak ke Jonker Walk, nak naik River Cruise, nak ke Kg Morten, nak ke Kg Portugis dan lain-lain.Ada sesiapa yang ada homestay di sana?Bolehlah roger-roger aku.Mana tau, cuti Deepavali seminggu 17 hb Oktober ni aku nak pergi bercuti.Hmmm. Ini jelah cabaran untuk hari ke 22 ni.


Inilah conch aka gonggong.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

Cantiknya Tasik Biru dan merpati tak boleh terbang.

   Tak sangka!Rupa-rupanya wujud tasik yang amat cantik di Seri Alam!Selama berpuluh tahun tinggal di Pasir Gudang, baru sebulan dua ni aku tahu kewujudan tasik ni.Dengan airnya yang biru dan pemandangan yang indah, seolah-olah aku berada di alam fantasi.Aduhai!Indah sungguh ciptaan Allah yang maha esa.

   Tetapi, bukan mudah nak ke tasik Biru.Kalau setakat bawa kereta, pusing-pusing Seri Alam Bandar Ilmu ni, takkan jumpa punyalah.Ada tak de pun jumpa TESCO Seri Alam je tempat aku selalu beli bunga ros untuk taman aku.Jadi, langkah pertama kenalah tanya mereka yang tahu.Jadi, pada hari yang ditetapkan, aku pun dengan yakin, ajak bekas anak murid aku untuk tunjukkan jalan.Kebetulan, dia belajar di UiTM Pasir Gudang berhampiran tasik Biru.

   Rupa-rupanya, anak murid aku si genius tu pun tak pasti arah yang tepat.Jadi, terpaksalah kami bertanya pada pak guard di Sekolah Seni berdekatan.Kata pakcik tu, carilah palang dan signboard dilarang masuk.Ah!Sudah!Biar betul?Kawasan larangan ke?Fikir punya fikir kami ambil keputusan untuk pergi juga.Sekejap pun jadilah.Mula-mula, kami nampak ni......


   Memang betullah.Ini kawasan larangan!Ah!Aku nak tengok juga tasik Biru tu.Kami pun parking kereta di tepi jalan dan segera ke arah yang dimaksudkan.Main agak-agak je kerana langsung tiada tanda arah.Kawasan kuari rupanya.Biar betul ada tasik cantik di situ!


   Aku sangka terletak di tepi jalan je, jadi aku tak standby pakai pakaian yang sesuai.Dengan baju kurung dan beg tangan ala-ala nak ke sekolah, dengan high heel pulak tu, bunyi macam impossible je nak mendaki.Tapi, aku mendaki juga!Tak kira!Nak juga tengok tasik Biru.


   Penat tau aku mendaki!Nampak tak batu-batu tu!Silap-silap hari bulan, masuk Metro aku esok sebab jadi arwah jatuh mendaki.Hish!Nauzubillah....Tapi, azam mesti kuat.Aku nak jugak tengok tasik Biru.


   Fuyo!!!Dah mula nampak dah tasik Biru idaman hatiku.Masya Allah!Indahnya ciptaan Allah.Patutlah ramai sangat budak-budak cerita pasal tasik ni.Rupa-rupa ia umpama berlian yang terlindung.


   Oleh kerana kawasan ni kawasan larangan, dan risiko perlu ku tanggung sendiri, maka, aku tak boleh lama-lama.Posing mana yang patut, snap sana, snap sini dan yang paling penting dapat angle menarik.Cuaca masa tu taklah terlampau panas.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa... Mmmm....  Nyaman sungguh!


   Oklah.Aku kongsikan gambar tasik Biru yang memukau.Setuju tak?Angguk-angguk tanda setujulah tu ye tapi aku tak galakkkan datang kerana ia kawasan larangan.Jangan lupa tu!


   Yang nampak macam jalan tanah merah tu sebenarnya jalan untuk pekerja kuari.Bayangkan kalau tasik ni ditimbus.Sayangkan?Harap-harap, adalah usaha untuk memajukannya sebagai daya tarikan di Seri Alam.


   Posing dulu.Hati-hati, di belakang tu jurang.Walau pun tasik ni indah, tapi ia umpama perangkap maut dengan kedudukan kami nun di atas bukit.Bukan di tebing tasik.Cuba bayangkan kalau jatuh.


   Semasa gambar diambil, macam tak biru sangat tapi dalam gambar, birunya.......Cantik!!!!!


    Tasik ni memang cantik tapi janganlah disalah gunakan untuk memadu asmara menambah saham tak baik untuk ke neraka pulak.Memanglah 'tak buat apa-apa' tapi duduk berdua-duaan tanpa nikah tu 'buat apa-apalah' tu.Hiii!!!Aku sekeh juga kang budak tak cukup umur berdua ni.Oklah.Sila abaikan gambar dan perenggan terakhir ni ye.Sila nikmati pemandangan cantik tasik Biru tu je.

p/s:Sila belek di celah-celah daun di gambar terakhir tu.Nampak tak 'merpati dua ekor' tak boleh terbang dok bertenggek atas batu tu?Tapi batu dalam gambar tak nampak.'Merpati mabuk cinta' tu kalau jatuh ke bawah dengan ketinggian lebih 10 meter tu, agak mustahil untuk terus bernafas.


Sunday, September 21, 2014

Cara sediakan ayam kampung.

   Ada orang geli nak makan ayam kampung.Tapi, kalau kena caranya, ayam kampung sedap tau.Ada yang kata tak tau macam mana nak bersihkan.Jadi, aku nak kongsi pengalaman sediakan ayam kampung.Yang penting ingin nak cuba dan tak malas + sedia terima cabaran.Aka-ala Fear Factor gitu.Jom belajar.



Pertama, kena tangkap ayam.


Kedua, kena sembelih ayam.



Ketiga, tunggu ayam hingga betul-betul mati.
Lepas tu, tebuk bahagian perut untuk keluarkan organ dalaman seperti hati, jantung, pedal dan usus.Jangan lupa buang temboloknya tau.



Keempat, didihkan air dan celur ayam supaya senang tanggal bulu-bulunya.
Kalau dekat dengan tempat proses ayam, tumpang buang bulu pun boleh.Balik, dah togel dah.Tapi tak de thrill lah.



Kelima, lepas celur beberapa minit, cabut bulu ayam tu sampai bersih.



Keenam, bakar sekejap atas api untuk hilangkan bulu-bulu yang halus tu.



Ketujuh, potong ikut suka.Sebelum dimasak, kalau nak empuk, rebuslah dulu.



Ha.... Ini organ dalaman iaitu usus ( ada berani?) dan hati.

Selamat mencuba.

Hari 21 : Tempat yang aku ingin pergi.

#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari hari ni, membawa aku ke Tanah Suci.Ye.Aku tak pernah ke Tanah Suci dan aku ingin sangat ke Tanah Suci.Bilalah aku ada peluang ye?Semua dah tahu Tanah Suci tu apa kan, jadi tak perlulah aku huraikan ye.Terima kasih. Layan ASTRO OASIS sekejap tengok Tanah Kubur.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

Saturday, September 20, 2014

Hari 20 : Quote kegemaran.... You delay, you ....

   #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari dah masuk hari ke 20.Untuk hari ni, aku bersedia untuk berkongsi 3 quote kegemaran aku.Biasanya quote-quote ni, aku lontarkan kepada anak-anak murid aku yang manja-manja tu sebagai motivasi.Cewah!!!!Bersedia?

  Pertama :
You Delay, You Die.
(Supaya budak-budak buat homework aku beri kut time)

Kedua:
You absorb the knowledge, put it in your mind,
lock it, 
don't let it out,
until you die.
(Supaya budak-budak sentiasa ingat apa yang aku ajar)

Ketiga:
I know that you know,
but you don't know that you know,
eventhough you know
because
you think that
you don't know!
(Supaya budak-budak tau yang dia orang tu sebenarnya tahu apa yang aku nak ajar.
Jangan nak menganga je tunggu aku ingatkan)

Setakat ni berhasil.

Apa quote kegemaran anda?

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari


Resipi ulat goreng.Sedapnya ulat goreng.

    

   Nampak tak ulat atas tapak tangan tu?Aku suka sangat makan ulat tu.Terutama kalau digoreng.Rangup!Lebih sedap dari ulat mulung yang gemuk gebu tu agaknya.Yang bagusnya, ulat ni tak bergerak.tak makan ulat nangka yang tak reti duduk diam tu.Tak percaya?Meh aku ajar macam mana nak sediakan dan masak ulat ni.

   Caranya, mula-mula kena masak nasi.tak boleh guna rice cooker.Kena guna dapur kayu atau dapur gas.Mask nasi hingga masak tapi pastikan mesti ada kerak.Kalau tak de kerak, ulat ni tak muncul.Kemudian, senduk nasi masukkan dalam bekas untuk dimakan semasa tengah hari atau malam.Seterusnya, kokot kerak  nasi tu dan jemur di bawah terik matahari sampai betul-betul kering.Kalau tak kering, ulat tu tak garing dan keras.Patah gigi nak mengunyah.

   Next step, selepas dijemur beberapa hari hingga betul-betul kering, barulah boleh digoreng.Guna minyak banyak dan panaskan minyak betul-betul macam kita goreng keropok tu.Angkat segera tau jangan sampai hangus.Selamat mencuba.



Ha.... Inilah 'ulat' yang aku maksudkan.
Kerak nasi goreng.
Jangan marah ha....

Friday, September 19, 2014

Hari 19 : Kek Lapis Kukus Serikaya

   Untuk #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari  hari ni, aku akan kongsikan resipi kegemaran aku.Walau pun dah lama tak buat, kerana masalah 'gula dalam badan' @ elak kencing manis ( umur dah masuk 4 siri macam nilah), aku masih tetap ingat resipinya.Sesiapa nak try boleh je.Garenti sedap.Tapi resipi ni bukan aku punya tau.Aku belajar dari blogger masakan Hasue kalau tak silap.Kalau silap, beritahu aku ye.Selamat mencuba.

Kek Lapis Kukus Serikaya

300 gm tepung gandum
300 gm mentega ( jangan lupa cari yang halal )
200 gm gula
180 gm Serikaya 
6 biji telur ( guna 5 pun boleh kalau telur tu besar )
2 sudu teh esen vanilla ( jangan ganti dengan aiskrim vanilla pulak tau)

Cara-caranya;
( Ewah... macam blog Mat Gebu pulak ek)

1.Pukul mentega dengan gula hingga ringan / kembang.(Jangan timbang pulak.Agak-agaklah tengok kaler dia dah putih tu, kira oklah )
Sebelum tu jerang air dalam pengukus dan lenserkan loyang bulat 8 inci diameter )

2.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.Kacau dengan mixer sampai rata.

3.Masukkan Serikaya dan esen vanila.Kacau lagi hingga rata.

4.Lepas tu masukkan gandum.Masukkan sikit-sikit dan mixer tu biarkan perlahan.Kalau laju karang, abis berterabur tepung tu macam aku tengok sorang selebriti cantik masak di TV.

5.Bila dah sebati dan rata, bagikan kepada 2 bahagian.Satu kuning satu lagi merah, contohnya.Atau ikut sukalah.

6.Kukus selapis-selapis macam buat kuih lapis tu.
Bab ni aku belum mahir.Tu yang kuih aku tak secantik kuih asal tuan punya resipi.
( Tuan punya resipi kalau terbaca resipi ni,beritahu aku ye.Aku nak bagi credit tapi aku lupa)

Akhir sekali, apa lagi, makanlah!



Hasil dah siap pandangan dari atas.Gebu tak?

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

Thursday, September 18, 2014

Makan benda pelik.

   Aku peminat organ dalaman terutama hati dan paru.Kalau tak kerana doktor nasihatkan jangan makan kerana kolesterol aku tinggi, hari-hari aku nak makan.jadi, bila ke pasar tani Pasir Gudang, aku ternampak 'benda' ni, aku pun belilah.Bila dah masak, try makan, ok juga rasanya tapi ada sikit bau yang membuatkan aku kurang suka.Agaknya masak pedas-pedas sedap kot?



Siapa tau, limpa ke nama 'benda' ni?

Hari 18: Siri TV kegemaran

   #Cabaran30Hari #KelabBloggerHari ni mengorek rahsia aku tentang siri TV kegemaran.Setakat hari ni, siri TV kegemaran aku banyak berkaitan teenovela.Biasalah orang perempuan.Terutama sekali dari Filipina.Aku tengah cuba nak habiskan menonton Beautiful Affair yang banyak lagi siri yang aku rakam ni.Menonton bila aku ada masa sebab kalau ikut waktu siaran, mesti tak sempat aku nak menonton.Orang lain gila K Pop.Aku gila Philipines.Bukan sebab hero atau heroin yang kacak dan seksi ye tapi sebab cerita Philipines ni 'ada jiwa'.Cerita Melayu ok juga tapi yang aku layan sekarang cuma Selamat Pengantin Madu je.Menyampah tahap 1000000% dengan si Eina Azman dalam cerita ni.Dah lah rambut blonde.Dah macam beauty without brain pulak.

   Selain dari tu, aku juga suka rakam Indahnya Iman yang penuh pengisian keislaman.Dapat juga berzikir sambil-sambil kemas rumah atau buat kerja sekolah.Saluran OASIS ada cerita Tanah Kubur.Walau pun cerita lebih kurang sama, aku tetap suka.Cuma, kalau nak menonton Tanah Kubur, kenalah ada orang di sebelah aku.Sebabnya, aku menonton waktu malam.TV dahlah dalam bilik.Bilik belakang pulak tu.Aku kan penakut orangnya.Hehehe! 

   Last but not least, aku penonton tegar Kusinero Cinta.Bukan sebab Aaron Aziz ye.Tapi sebab Jericho Rosales dan Talha Harith.Sekali tonton 3 siri terus sebab waktu tayangan malam pukul 10 tu tak berapa sesuai dengan time free aku.Aku layan juga Kalau Ada Jodoh Ustaz Kazim tu.Banyak pengajaran boleh aku kutip.Aku pun suka dengar suara Ustaz Kazim yang merdu.Oklah.Itu aje kot. Terlebih siri tv kegemaran ek?Ah!Tak kisahlah.Janji bahagia.#Cabaran30Hari untuk #KelabBloggerBenAshaari hari ni. Adios!


My favourite actor from the Philippines.
Siapa nak tau, sila tanya Cik Google sebab aku pinjam gambar dari dia.

Untuk ketahui cabaran-cabaran 1 hingga 17, sila klik Di SINI YE.

Wednesday, September 17, 2014

Rupa ni burung aku + munga.

    Baru-baru ni, kan ada aku cerita pasal aku DISERANG BURUNG GAGAK,kan?Daripada 10 ekor, tinggal dua ekor.Aku letak dalam taman.Tapi seekor diculik burung gagak.Tinggallah seekor tunggal.Aku letak di sarang burung tempua bawah pokok mempelam depan rumah.Harap-harap gagak mengong tu tak curi burung aku yang last ni ye.Meh aku buat lakonan semula macam mana kedudukan burung aku dalam sarang burung tu.Burung yang diculik warna pink purple tau bukan biru tapi saiznya sama cinonet je lebih kurang besar ibu jari aku.


Sarang burung ni aku bawak dari Kg teluk Empang, Pengerang.
Kampung ayah aku.
Dah faham?

   Ok.Kalau dah faham, meh aku bawak melancong ke taman kecik tepi rumah aku.Tak de pakej homestay ye.Cuci-cuci mata je.


Rumah asal pelakon di atas.


Ini namanya inovasi.Nak cari hamster atau tikus mainan letak dalam tu.


Cik munga baru kembang pagi tadi.


Cantik tak ? *Wink!Wink!*


Siapa tau nama munga ni?

Esok, aku tunjuk bunga aku 'yang berpeluk' pulak ye.


Hari 17 : 5 perkara yang aku rindukan.

   Cakap tentang 5 perkara yang aku rindukan, terus aku teringat zaman kanak-kanak.Ye, perkara pertama yang aku rindukan adalah zaman kanak-kanak.Dalam umur tadika sampailah 12 tahun.Waktu tu memang seronok.Di sekolah rendah, pagi-pagi hari lagi aku dah sampai di kelas.Menyapu, lap cermin tingkap, buang sampah dan yang paling seronok adalah menghias meja cikgu.Dalam kelas cuma ada 9 orang je.Maklumlah, sekolah kampung.Jadi, kami tak buat giliran bertugas.Ikut siapa sempat jelah.Tapi waktu tu, kelas sentiasa bersih walau pun tak de jadual khas.Yang seronok, kami pungut bunga kemboja putih dan merah di belakang kelas dan letak dalam bekas untuk hias meja cikgu.Wangi je bau kelas.Zaman inilah antara yang aku rindu sangat-sangat.

   Yang kedua, masih juga zaman aku kecik.Ayah suka cerita pasal Pak Pandir, Pak Kaduk dan lain-lain cerita rakyat.Kami adik beradik duduk keliling ayah dan ayah akan bercerita bila ayah ada masa.Walau pun zaman tu cuma guna lampu pam, atau lampu gasolin kata orang sekarang, aku rasa seronok sangat bila tiba waktu malam.Biar pun tak de tv, kami seronok mendengar cerita rakyat dari ayah,Ayah macam penglipur lara.Masa umur kecil tu, kami suka juga panjat atas belakang ayah selesai ayah bercerita.Budak sekarang, suruh tulis cerita rakyat melayu, ditulisnya cerita Boboboi!Hampeh!

   Yang ketiga, aku rindu sangat saat-saat makan pagi-pagi bawah RMT atau Rancangan Makanan Tambahan.Zaman tu susah.Nak makan ayam bukan senang.Jadi bila menu sup ayam dan roti putih, aku rasa seronok sangat sebab dapat makan sup ayam.Walau pun sup tu cuma sup kaki dan leher ayam.Budak sekarang, jangankan makan sup ayam, sup kepala gajah kalau ada pun dia orang senang-senang je nak makan.Maklum, emak ayah senang.Duit tak habis makan.

   Yang keempat, aku juga rindu saat waktu rehat sekolah rendah.Walau pun classmate aku dalam 9 orang, bila tiba waktu rehat, selain makan di kantin ( warung kecik je) kami sama-sama bawa bekal.Tapi, macam pot luck tau.Ada yang bawak nasi je, ada yang bawak sayur je dan macam-macam lagi.Ada kawan-kawan aku yang anak nelayan jadi mereka selalu bawak ikan segar masak asam pedas.Tak pun ketam atau udang.Peh!Aku biasanya bawak telur masak kicap je.Time rehat tu kita orang tukar-tukar lauk.Seronok giler!!!!Budak sekarang time rehat, makan nugget je.Tak seronok!Oh ya!Time ni ramai yang berebut nak beri aku buah.Biasanya jambu batu, manggis atau buah sentul.Tak taulah kenapa.Salah seorang yang aku ingat sangat, namanya Jerfandi.Tak tau di mana entah dia sekarang.

   Yang kelima, aku rindu sangat dengan cikgu Bahasa Inggeris aku di tingkatan 1 hingga 3.Masa tu aku jenis introvert.Tak pernah nak bukak mulut tanya apa-apa soalan.Kalaulah aku jumpa cikgu aku tu, macam-macam aku nak tanya.Dan yang paling penting, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana dengan jasa dialah aku berjaya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik hingga menjadi cikgu omputih.Aku nak ucapkan terima kasih kerana dialah yang banyak beri motivasi pada aku yang budak kampung pun boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.Thank you so much and miss you a lot Mr Michael Williamson.

   Selain 5 perkara yang aku rindu tu, aku rindu sangat dengan kucing aku yang telah pergi buat selama-lamanya: Oyen,Winda, Cika, Cici, Caca, Kitty,Milo, Jackie danKitty Junior.Zaman dulu tak de gambar, jadi aku rakam gambar dia orang dalam otak jelah.

Inilah Mr.Michael Williamson yang aku katakan.
Untuk baca lebih lanjut,KLIK DI SINI YE.

Kalau sudi nak baca cabaran-cabaran hari pertama hingga ke 16, KLIK DI SINI YE.

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari


Tuesday, September 16, 2014

Hari 16 : Apa, bagaimana aku 10 tahun lagi.

 Hari ni agak lewat sedikit aku menyahut #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari.Cabaran hari ini, bagaimana aku 10 tahun lagi.Mmm..... Bila fikir-fikirkan, aku pun tak boleh nak agak macam mana aku 10 tahun lagi.Bunyi macam lama tapi, 10 tahun tu sekejap je.Apa yang pasti 10 tahun lagi, aku dah masuk 5 series.Hahaha!Kalau orang ada anak, dah dapat cucu agaknya.Entah-entah aku dah bergelar Lola @ nenek.Kawan-kawan sekolah aku pun walau umur baru awal 4 series, ramai yang dah bergelar nenek.Hehehe!

    Ok!Aku serius.10 tahun lagi aku masih seorang teacher.Aku malas nak pegang jawatan.Aku nak jadi guru biasa je sampai pencen kerana tujuan aku terjun ke bidang pendidikan adalah untuk mendidik anak bangsa.Aku tak suka kerja pentadbiran atau pengurusan.Aku low profile.(#wink!) Lagi pun, guru biasa dan guru pentadbir kalau gred gaji sama, sam je gajinya.Aku lebih seronok nak melayan anak-anak murid.

   10 tahun lagi, kalau bolehlah, at least ada satu atau dua novel aku yang dah dipublish.Kalau boleh biarlah best seller.(Berangan dulu) Mana tau boleh jadi telenovela dan meletup-letup gitu.Dapat juga aku menambah pendapatan.Bolehlah aku melancong ikut suka hati aku.Tapi, ada ke yang sudi nak terima novel aku ni? *Bertanya dengan serius.

   10 tahun akan datang, aku harap aku masih lagi blogging, bergelar blogger.Kalau boleh biarlah blog aku ni lebih berkualiti seiring usia aku yang semakin 'emas'.Taknaklah selamanya jadi blogget anchovy.Time tu kalau boleh, aku dah ada protege untuk aku bimbing jadi blogger berjaya.Aku dah ada e-book pasal blogging dan sebagainya untuk aku kongsikan pengetahuan.Aku dah lama berniat nak buat e-book tentang English berkaitan tugas aku.Tapi tak tau mana nak mula.

   Akhir kata 10 tahun akan datang, aku harap dan berdoa aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari semua segi terutama bekal ilmu ke akhirat.Maklumlah, makin bertambah usia kita, makin hampir kita denganNya.Takkan nak enjoy je memanjang.Kan?Kalau boleh, masa tu aku boleh tumpukan juga kepada hobi-hobi aku yang lain terutama yang berkaitan crafting dan kongsi ilmu dengan sesiapa saja yang sudi.Insyaallah.....Oklah.Itu je #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari hari ni.Kalau nak baca cabaran-cabaran lain,sillah berkunjung ke link disertakan.Xie xie.


10 tahun akan datang, aku masih tetap nak berkepit dengan Cik Meow.
Pinjam Lil Bub Facebook.
(Tak penat ke jelir lidah je?)  


#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari


Kisah zaman Jepun ayah.Huhuhu!

   Pagi-pagi aku tengok ayah dah cuba dail no tel pejabat Harian Metro.Aku tanya ada apa.Ayah kata ayah nak kongsi pengalaman hidup zaman Jepun.Ayah kata pengisian di tv semua kosong.Semua pandai cakap je Selamat Hari Malaysia tapi tak de jiwa.Ibarat kata macam kita terserempak dengan sesiapa dan kita tanya, Nak ke mana tu?Pada hal kita tak kisah pun jawapannya apa.Ha...Tak de jiwalah tu maknanya.

   Tapi banyak kali ayah dail no tel Harian Metro, tak de siapa pun yang angkat.Mungkin semua cuti sempena Hari Malaysia kot. (Ek?) Jadi aku pun suruhlah ayah cerita tentang zaman Jepun.Ayah kata semasa Jepun mula nak menyerang Tanah Melayu, orang kampung ayah di Kg Teluk Empang, Pengerang kena pindah ke tempat lain.Alasannya sebab bahaya, orang putih nak berperang dengan Jepun.Jadi orang kampung ayah pun pindahlah sehelai sepinggang.Tinggal semua harta benda, ayam, itik, lembu, kambing.

    Kampung ayah dekat dengan laut jadi orang putih sangka Jepun mula menyerang dari situ.Maklumlah selain dekat dengan laut, kawasan tu juga dekat dengan Singapura.Jadi logiknya, kampung ayahlah yang diserang dulu.Tapi sebaliknya, Jepun langsung tak serang kampung ayah kerana Jepun tahu British ( orang putih) mesti dah bersedia.Jepun mulakan serangan di Kota Bharu, Kelantan di pantai Sabak kalau tak silap.Orang kampung ayah sukalah sebab kampung tak hancur kena serang.Jadi, dengan rasa gembira pulanglah ke rumah masing-masing.

   Malangnya, bila tiba di rumah, walau pun tak jadi padang jarak padang tekukur, harta benda semua habis licin.Jangankan lembu,kambing di kandang, pinggan mangkuk, kain baju dalam rumah pun lesap!Ayah kata bukan Jepun atau British punya kerja tetapi orang-orang Melayu sendiri yang jadi penyamunnya.Dengan kata lain, orang Melayu yang tinggal di kawasan berhamoran yang tak terlibat dengan pemindahan serta-merta British.Tak guna betul!

   Dek kerana desakan hidup, maklumlah dah tinggal sehelai sepinggan, orang kampung ayah terpaksa meminta sedekah dari kampung-kampung lain.Yang ada cuma ubi kayu di tepi-tepi hutan.Yang lain semua kena sebat!Cis!Geram aku dengar perangai orang Melayu sendiri.Bila kena komen, marah!Ok.Aku sambung cerita ayah.Untuk dapatkan beras, orang kampung ayah terpaksa menunggu India datng dari bandar untuk sistem barter.Orang kampung beri ubi kayu, India tu beri beras dan garam.Gula?Langsung tak de.Mahal macam emas.Nak ganti dengan stevia si pemanis tiruan, mana nak cari?Hehehe!

    Untuk kelangsungan hidup, ayah ikut orang kampung ke laut.Dapat seekor ikan besar berat 90 kati.Lebih kurang..... 600 gram x 90 =54 kilogram kot.Sorry, math aku lemah.Ayah jual dengan harga $25.Duit sekarang lebih kurang RM200 kata ayah.Duit tu dibahagi dua dan dapatlah ayah $12.50.Dengan duit tulah ayah beli gula, tepung dan lain-lain barang dapur.Dan kata ayah itulah kali pertama ayah merasa kopi ada gula semasa zaman Jepun.

   Semasa pemerintahan Jepun jugalah orang kampung susah nak menoreh kerana pokok-pokok getah habis dirosakkan oleh Jepun.Pokok-pokok tu ditakik-takik dengan harapan ekonomi British akan lumpuh.Tak guna betul!British dengan Jepun bercekau, kita yang mati katak di tengah-tengah!Hidup makin susah.Makan apa adanya.Kulit ubi, biji getah, semua jadi makanan.Nasi dicampur dengan ubi kerana beras susah nak dapat.Asyik makan ubi kayu je, ramai yang kena beri-beri.Bukan biri-biri yang mengembek tu ye.Ni penyakit beri-beri yang kalau kita picit kulit kita, ia ambil masa nak normal balik.

    Tapi orang zaman dulu tabah.Tak mudah putus asa atau mengalah.Buktinya walau pun dikenakan perintah berkurung, tak boleh keluar rumah selepas pukul 7 malam, atau ditembak, ayah sempat khatam belajar mengaji dan silat.Kita zaman sekarang, nampak van putih pun dah lari menyorok lintang-pukang!padahal van cina jual ikan je pun.!Masa tu ayah sempat bersekolah hingga darjah berapa entah.Lupa kata ayah.tapi tinggal sekali je lagi kena ambil exam untuk layakkan ayah jadi jurulatih atau cikgu sekolah.

   Malangnya ayah terpaksa berhenti sekolah.Sebabnya basikal yang ayah biasa gunakan untuk ke sekolah rosak dan yai (grandpa kata orang sekarang.Cheh!) tak mampu nak baiki.Tak de duit nak beli spare part.Jalan kaki selain jauh, bahaya sebab Jepun ramai.Silap sikit, potong kapara!!!Kata ayah.Sampai sekarang ayah terkilan tak sambung sekolah.Kalau tak dah jadi MB agaknya sebab ayah minat politik.Tapi ayah redha sebab orang tua tak mampu.Budak sekarang pergi sekolah siap berhantar dengan kereta sampai depan pintu pagar.Kalau boleh berdukung masuk kelas dah tu dudukkan di kerusi.

    Bila Jepun kalah, komunis pulak mengacau.Hidup masih tetap susah.Tapi ayah dan orang kampung tetap survive.Adalah sikit-sikit macam cerita Sarjan Hassan, kata ayah.Jangankan nak tengok KUSINERO CINTA ( My favourite... Oh Jericho!!!) nak dengar berita pun susah.Radio haram walau pun tak de ba alif ba ya!Zaman sekarang bila kena potong ASTRO dan tak dapat tengok Running Man pun ada setengah tu dah panjang muncung sampai boleh gantung penyangkut baju!

   Alhamdulillah kata ayah, lepas British datang semula dan bijak-bijak pandai Melayu mula berani bersuara, nasib Tanah Melayu diperjuangkan hingga merdeka pada tahun 1957.Tapi semasa zaman konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963, sekali lagi ayah terpaksa tinggalkan rumah.Kali ini ayah bersama emak dan kakak aku yang sulung berusia 9 bulan.(Al Fatihah buat Arwah Kak Lina yang aku tak pernah jumpa kerana meninggal semasa kecik).Mujur tempoh konfrontasi tak lama.

   Segala rahmat bagi Allah kerana dengan limpah kurniaNya selepas pembentukan MALAYSIA pada 16 September 1965 ( betulkan kalau aku silap tahun ye), hidup makin mudah, makin mewah, dan yang penting aman dan damai.Jadi ayah marah benar kepada mereka yang sukakan demonstrasi jalanan, dan lain-lain yang 'kita tahu siapa dan apa'.Dah elok-elok hidup aman sejahtera, hina sana hina sini.Bagi pelempang baru tau!

   Oklah.Pengakhir bicara, SELAMAT HARI MALAYSIA kepada tanah air ku tercinta.Slamat Hari Lahir juga kepada teman-temanku tersayang yang menyambut hari lahir pada hari ini iaitu Puan Roszana Selamat, Puan Rosadah Md Sam, Encik Normalis Jamari, Puan Hamida Abd Halim dan semua yang menyambut hari lahir hari ini.SELAMAT HARI MALAYSIA DAN SELAMAT HARI LAHIR.


"Malaysia to me is..." by Lee Yee Run
Doodle khas merdeka untuk Google Malaysia hari ni.


Malaysia dah maju.Budak-budak sekolah Jepun pulak datang melawat
 untuk belajar tentang Malaysia.

Monday, September 15, 2014

Jangan berkasar dengan budak tu!

   Catatan ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.Baru saja berlaku 2,3 minggu lalu.Kisah tentang seorang anak murid aku yang dilabel sebagai ego, keras kepala, kurang ajar dan yang sewaktu dengannya oleh ramai guru.Bila masuk ke kelas tersebut, mesti nama anak murid aku ni yang naik.Semasa Ujian 2 baru-baru ini, nama anak murid aku ni naik sekali lagi.

   Menurut guru KGSK yang mengawas semasa peperiksaan, anak murid aku ni didapati meniru.Bila ditegur dia melawan dan langsung tak takut bertanyakan jawapan pada kawan di depan.Selepas ditegur 2,3 kali, masih lagi tak berubah, cikgu tu pun mengambil kertas peperiksaan tersebut tanpa anak murid aku tu habis menjawab.Kalau diikutkan, jika ada kes meniru atau menipu semasa peperiksaan, secara automatik markah yang diberi cuma '0'.

   Sebelum kes meniru dalam peperiksaan, murid yang sama pernah berdebat dengan aku tentang sistem pemerintahan negara.Memang betul, agak kasar dan kurang ajar kalau didengar.Tetapi, kalau tak disiasat, tak adillah kalau aku pun turut melabel anak murid aku tu sebagai keras kepala, degil dan kurang ajar.Jadi aku ambil keputusan untuk berbincang secara personal denggannya.Alhamdulillah,anak murid aku tu dapat menerima teguran yang diberi dan dia turut mengaku kesilapannya.

    Anak murid aku tu berjanji untuk mengubah sikap dan meminta maaf daripada guru-guru lain.Aku tau anak murid aku ni boleh tahan cerdiknya.jadi aku berikan set soalan yang sama untuk dijawab walau pun markah yang dicatat tetap '0'.Aku ingin buktikan bahwa dia sebenarnya bijak.Kalau tidak, dia tak bijak berdebat!Bila aku semak, ternyata telahan aku benar.Anak murid aku tu berjaya mendapat 78 markah bersamaan B.Itu adalah bukti bahwa anak murid aku tu masih punya harapan jika dibantu tetapi dengan satu syarat: JANGAN BERKASAR DENGAN BUDAK TU!


Salah seorang daripada mereka, adalah dia.

Pagi atau petang?

   Untuk pengetahuan mereka yang bertanya, mulai bulan April lalu, aku telah pun bertukar mengajar di sesi petang.Masih lagi di sekolah yang sama tetapi aku mengajar tingkatan 1 dan 2.Bukan tingkatan 4 dan 5 seperti biasa.Kalau bukan atas arahan pun, aku tak kisah mengajar di sesi petang.Bagi aku, tiada beza mengajar di sesi pagi atau petang.Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya.

   Jika di sesi pagi, tentulah aku sibuk dengan kelas SPM.Bulan Julai kalau boleh dah nak kena habis sukatan pelajaran.Kemudian kena buat latih tubi dan sebagainya.Untuk pelajar kelas atas, lebih kepada pengukuhan dan pengayaan.Tetapi untuk pelajar kelas harapan ( atau dulu digelar 'galus' iaitu antara gagal dengan lulus) pendekatannya tentu berbeza.Selain dari itu, tentu sedang sibuk mengkaji soalan-soalan tahun lepas supaya dapat dirangka langkah untuk membantu anak-anak SPM.Letih memang letih tetapi demi anak bangsa,aku redha.Yang penting mereka berjaya.

   Manakala di sesi petang pula, memanglah tiada peperiksaan besar.Tetapi kami para guru kena juga fikirkan pelbagai cara untuk membantu pelajar.Tambah-tambah lagi anak-anak belum cukup umur yang baru mengenal dunia.Macam-macam kerenah!Layan si A si B merajuk.Layan si B, si C pulak merajuk.Kebetulan untuk tingkatan 2, sistem set digunakan untuk subjek B.Inggeris.Kalau ikut senarai nama, set yang aku ajar takdelah ramai sangat.tapi bila kelas, mak aih,ramai sungguh!Rupa-rupanya ada yang tak nak ke set lain dengan cikgu lain.Nak dimarah, budak-budak tu nak belajar.Tak dimarah, makin ramai pulak yang masuk set aku.Aku pulak asyik lupa je nak tanya pentadbir.

   Di sesi pagi, budak-budak dah besar.Kena layan macam kawan.Tapi kena ada limit jugalah.Ibarat tarik rambut dalam tepung.Rambut tak putus, tepung tak berserak.Macam-macam cerita rahsia anak-anak share dengan aku.Di sesi petang pulak, aku kena bertindak sebagai seorang ibu.Kadang-kadang ada pelajar yang kena tinggal bas.Duit tak bawak.Kalau setakat seorang dua, boleh aku bawak balik sama.Tapi kalau dah 4,5 orang, aku sedekahkan jelah duit tambang bas.Tak sampai hati tengok dia orang balik jalan kaki.

   Di sesi petang ini juga, aku tengok , budak-budak lebih jujur.Ada pelajar yang aku lihat dah bulan September tapi t-shirt kokurikulum pun tak de lagi.Cuma pakai t-shirt putih plain.Tu pun dah tak berapa nak putih.Bila tanya kata tak mampu nak beli.Aku pun belikan sehelai.Tak sampai RM20 pun.Seronok tengok budak tu senyum sambil terus sarung t-shirt yang aku beli.Mudah-mudahan, jadi saham untuk aku di akhirat.Kesimpulannya, pagi atau petang, bagi aku ok je.







Tak kira apa pun bangsa mereka, semuanya anak-anak aku.

p/s: Pada ibu bapa yang minta aku mengajar di sesi pagi khas untuk melatih anak-anak mereka yang nak ambil SPM, aku minta maaf.Berilah aku peluang berehat tanpa fikirkan SPM untuk tahun ini ye.Maaf sangat-sangat.


   

Sporotrichosis,manusia dan kucing.

   Pertama kali aku dengar tentang Sporotrichosis bila Belang, kucing ayah sakit.Sebelum tu tak pernahlah pulak dengar atau terbaca walaupun selalu jenguk-jenguk di internet.Penyakit Sprotrichosis ni terjadi disebabkan oleh fungas (kulat?) Untuk keterangan lanjut, aku google dan kongsikan maklumat dari Wikipedia di bawah.

Feline sporotrichosis 4.jpg 

Sporotrichosis (also known as "Rose gardener's disease"[1]) is a disease caused by the infection of the fungus Sporothrix schenckii.[2] This fungal disease usually affects the skin, although other rare forms can affect the lungsjointsbones, and even thebrain. Because roses can spread the disease, it is one of a few diseases referred to as rose-thorn or rose-gardeners' disease.[3]
Because S. schenckii is naturally found in soil, haysphagnum moss, and plants, it usually affects farmers, gardeners, and agricultural workers.[2] It enters through small cuts and abrasions in the skin to cause the infection. In case of sporotrichosis affecting the lungs, the fungal spores enter through the respiratory pathways. Sporotrichosis can also be acquired from handling cats with the disease; it is an occupational hazard for veterinarians.
Sporotrichosis progresses slowly - the first symptoms may appear 1 to 12 weeks (average 3 weeks) after the initial exposure to thefungus. Serious complications can also develop in patients who have a compromised immune system.

Forms and symptoms[edit]

  • Cutaneous or skin sporotrichosis
This is the most common form of this disease. Symptoms of this form include nodular lesions or bumps in the skin, at the point of entry and also along lymph nodes and vessels. The lesion starts off small and painless, and ranges in color from pink to purple. Left untreated, the lesion becomes larger and look similar to a boil and more lesions will appear, until a chronic ulcer develops.
Usually, cutaneous sporotrichosis lesions occur in the finger, hand, and arm.
  • Pulmonary sporotrichosis
This rare form of the disease occur when S. schenckii spores are inhaled. Symptoms of pulmonary sporotrichosis include productive coughing, nodules and cavitations of the lungs, fibrosis, and swollen hilar lymph nodes. Patients with this form of sporotrichosis are susceptible to developing tuberculosis and pneumonia
  • Disseminated sporotrichosis
When the infection spreads from the primary site to secondary sites in the body, the disease develops into a rare and critical form called disseminated sporotrichosis. The infection can spread to joints and bones (called osteoarticular sporotrichosis) as well as the central nervous system and the brain (called sporotrichosis meningitis).
The symptoms of disseminated sporotrichosis include weight loss, anorexia, and appearance of bony lesions.

Sporotrichosis in animals[edit]

Ulcerative skin disease in a cat with Sporotrichosis; a cat with this disease must be handled with caution as this form can be contagious to other animals and to humans
Sporotrichosis can be diagnosed in domestic and wild mammals. In veterinary medicine it is most frequently seen in cats and horses. Cats have a particularly severe form of cutaneous sporotrichosis and also can serve as a source of zoonotic infection to persons who handle them and are exposed to exudate from skin lesions.

Diagnosis[edit]

Sporotrichosis is a chronic disease with slow progression and often subtle symptoms. It is difficult to diagnose, as many other diseases share similar symptoms and therefore must be ruled out.
Patients with sporotrichosis will have antibody against the fungus S. schenckii, however, due to variability in sensitivity and specificity, it may not be a reliable diagnosis for this disease. The confirming diagnosis remains culturing the fungus from the skin, sputumsynovial fluid, andcerebrospinal fluid.
Cats with sporotrichosis are unique in that the exudate from their lesions may contain numerous organisms. This makes cytological evaluation of exudate a valuable diagnostic tool in this species. Exudate is pyogranulomatous and phagocytic cells may be packed with yeast forms. These are variable in size, but many are cigar-shaped.

Prevention[edit]

The majority of sporotrichosis cases occur when the fungus is introduced through a cut or puncture in the skin while handling vegetation containing the fungal spores. Prevention of this disease includes wearing long sleeves and gloves while working with soil, hay bales, rose bushes, pine seedlings, and sphagnum moss.

Treatment[edit]

Treatment of sporotrichosis depends on the severity and location of the disease. The following are treatment options for this condition:[4]
Although its mechanism is unknown, application of potassium iodide in droplet form can cure cutaneous sporotrichosis. This usually requires 3 to 6 months of treatment.
These are antifungal drugs. Itraconazole is currently the drug of choice and is significantly more effective than fluconazole. Fluconazole should be reserved for patients who cannot tolerate itraconazole.
This antifungal medication is delivered intravenously. Many patients, however, cannot tolerate Amphotericin B due to its potential side effects of fever, nausea, and vomiting.
Lipid formulations of amphotericin B are usually recommended instead of amphotericin B deoxycholate because of a better adverse-effect profile. Amphotericin B can be used for severe infection during pregnancy. For children with disseminated or severe disease, amphotericin B deoxycholate can be used initially, followed by itraconazole.[5]
In case of sporotrichosis meningitis, the patient may be given a combination of Amphotericin B and 5-fluorocytosine/Flucytosine.
Several studies have shown that posaconazole has in vitro activity similar to that of amphotericin B and itraconazole; therefore, it shows promise as an alternative therapy. However, voriconazole susceptibility varies. Because the correlation between in vitro data and clinical response has not been demonstrated, there is insufficient evidence to recommend either posaconazole or voriconazole for treatment of sporotrichosis at this time.[5]
In cases of bone infection and cavitatory nodules in the lungs, surgery may be necessary.

Complications[edit]

Cutaneous lesions can become superinfected with bacteria, resulting in cellulitis.

Additional images[edit]


   Perkembangan terkini, aku baru je jenguk si Belang.Nampak tanda-tanda Belang takkan sembuh.Kata vet, kalau tak sembuh, Belang mesti 'dimatikan'.Alahai.... Tak sanggup aku!Huhuhu!
   

Let's have a break!