Monday, February 28, 2011

...otak aku pulak kang yang berlubang!Grrrr!

   Siapa pernah pergi Pasir Gudang?Tau tak satu-satunya perkara yang selalu membuat warga Pasir Gudang menyumpah? Bilangan pendatang aka orang luar sama ada asing atau tak asing yang terlalu ramai?No! Tentang mat rempit?No jugak sebab di Pasir Gudang ni ada litar lumba.Berlumbalah sampai tercabut kepala ( kepala lutut) tak de siapa nak marah. Tentang harga barang yang melampau mahal?No jugak sebab di tempat lain pun mahal.

   Perkara yang menyakitkan warga Pasir Gudang adalah jalan berlubang!Aku tak tau di mana silapnya kerana berlambak jalan berlubang terutama di Taman Scientex dan kawasan sekitarnya.Sakit hati betul bila terpaksa memandu atas jalan yang serupa permukaan bulan.Tak kiralah siapa yang bertanggung jawab, TOLONGLAH hadapi masalah itu segera.Takkan Pasir Gudang yang gah dan terkenal seantero dunia ( kawan aku di Guam tahu di mana Pasir Gudang) tak mampu atasi masalah jalan ni.

   Entahlah... tak tahu apa aku nak tulis lagi kerana otak aku pun dah berlubang macam jalan di Pasir Gudang!

Menara Aqabah, mercu tanda Pasir Gudang yang gah.Jalan pun kena gah juga!


Litar lumba pun ada.... Jalan rata bila nak ada?


Terpaksa pakai helmet cam ni sebab jalan berlubang.
Kalau tak kang otak aku pulak berlubang!

Biarlah aku hanya jadi seorang pemerhati...

   Ramai yang bertanya kenapa aku tak pernah buat segmen ke atau bloglist ke kat blog aku ni.Aku jawap, layakke?Maklumlah aku rasa taraf aku masih lagi blogger anchovy yang masih perlu mempelajari pelbagai perkara.Aku akui, follower aku setakat entry ni aku tulis, boleh tahan juga ramainya ( 1186 orang) tapi.... aku masih tak yakin dapat menarik pengunjung ke blog aku jika aku buat apa-apa segmen atau contest.Kang takde sesiapa yang masuk kang, malu je aku.Betul?Jadi biarlah aku terus begini ye.

  InsyaAllah, suatu hari nanti, setelah diberikan keberanian, aku akan ajak sesiapa yang sudi untuk turut serta dalam segmen atau lain-lain yang aku anjurkan.Aku tak yakin buat masa ini.Begitu juga dengan vlog.Biarlah aku jadi pemerhati dan penyokong dari belakang dahulu.Masa akan tiba mungkin suatu hari nanti untuk aku turut memriahkan dunia senyap kita ini.Sementara itu, sudi-sudikanlah menjadi pembaca setiaku.Kunjungan anda amat aku hargai.
Terima kasih kerana sudi singgah...

Sunday, February 27, 2011

Pendekar Berkuda vs broken lense. ( eja huruf kecik je lah nama dia)

   Serious aku tak sangka rupa-rupanya dalam senyap peperangan telah pun meletus.Seperti biasa bila di namakan perang, tentulah melibatkan 2 pihak yang bertelagah.Ibarat dunia mistik yang tak nampak nyata, tau-tau keadaan makin membarah.Aku tidaklah memihak kepada mana-mana pihak namun aku rasa apa yang dimarahkan oleh Pendekar Berkuda tu ada benarnya.

   Entry En Ben pun ada bau isu yang sama walau pun mungkin En Ben tidak menyatakan nama mana-mana blogger.Sebelum ini isu bertudung tapi bersanggul tinggi.Hari ini ni isu pelacur blogger.Esok ibu ayam blogger pulak agaknya.Atau bapak ayam blogger kot.Tujuan si broken lense tu baik tapi caranya yang tak baik.Apada.... siap bagi nama blogger yang tentu ramai orang kenal sebagai contoh pelacur blogger.Hilang akal ke apa.Bukan itu cara nak menegur.

   Bagi aku tak salah mana-mana blogger yang ingin mencuba vlog.Lainlah macam aku yang tak berani nak tayang muka ni.Yuyu tu ( blogger yang dikata dek broken lense tu) baik budaknya.Hormat pada kakak-kakak yang lebih tua dari dia.Memanglah aku tak pernah jumpa in person ( sebab aku tak berani join gathering.Takut follower aku semua lari) tapi dari perkenalan di alam siber aku tau dia budak baik.Bukan salah dia kalau ramai orang nak singgah blog dia.Aku sendiri pun hari-hari nak masuk blog dia sebab aku rasa ada sesuatu pada Yuyu yang takde pada orang lain.

   Aku pun dah tengok vlog Yuyu juga En.Ben.Takde apa salah rasanya yang boleh merosakkan kesucian Yuyu sebagai blogger untuk dengan tanpa rasa bersalah si broken lense tu buat Yuyu contoh pelacur blogger.Aku pun singgah jap baca blog broken lense entry pasal tu walau pun aku nak termuntah macam Pendekar berkuda bila tengok gambar perempuan tak cukup kain yang si broken lense tu letak.Pada aku si broken lense tu saja nak cari traffic kot.Ialah bila ada isu cam ni mesti ramai masuk blog dia.ye tak?

   Apa pun, aku harap takde lagi isu yang memalukan blogger cam tu di dunia senyap kita ni.Nak menegur boleh tapi biarlah dengan cara yang berhemah bukan ikut sedap mulut je.Disebabkan oleh si broken lense tu aku tak dapat baca entry pendekar Berkuda yang ala-ala lelaki Melayu terakhir seperti biasa.Siapa yang rugi?Aku jugak!!!!

Nampak broken lense ni? Cantik ke tak?

Bandingkan dengan Pendekar Berkuda ni.
( Gambar kedua-duanya milik Cik Google)

Akibat berblogging.....semut dalam kaki aku!!!

    Hampir 4 jam aku dating dengan Cik Lenovo ungu aku ni.Daripada lepas zohor sampailah dah masuk asar.Tak sedar masa memecut laju.Aku belum solat asar!!!( malunya pada diri sendiri)Tapi sebelum tu aku kena pos entry yang ini.Aku diserang penyakit serious semasa blogging!!!

   Bila sedar je aku belum lagi solat asar, aku pun cuba bangun.Semasa blogging aku akan duduk di meja khas dengan kerusi khas dalam keadaan postur tubuh yang betul.Tapi habit aku semasa blogging, aku suka menyilang kaki.Tau-tau semasa nak bangun, kaki aku kejang!!! betul-betul punya kejang.Biasanya setakat semut-semut ( bukan semut yang merayap tu ye) atau setakat kebas je.Kali ni betul punya kejang hinggakan nak terkucil aku menahan sakit.Nak kata simpul biawak,( anak murid aku kat Terengganu dulu kata, setok karung./ kena sebut dengan sebutan yang betul.Aku gelak bagai nak rak bila dengar sebutan ni dulu), bukan simpul biawak!

   Dahlah tadi aku jadi tikus membaiki labu masa nak buat nav bar.Berderau jap darah aku tengok blog aku jadi macam kuih bantat.Nasib baik aku boleh restore balik.Balik pasal kejang tadi, ni pun masih kejang lagi ni.Nak cari losyen mustajab bagi hilang kejang.( nak bagi slim macam Nora Danish dah terlambat.) Malam ni aku blogging balik ( sambil menanda buku anak-anak murid aku) sebab aku belum sempat singgah umah mak, keli dan ramai lagi.

Pssst!!! Ada sesiapa panggil saya tadi?

Nasib baik aku dah kenyang, kalau tidak tikus, jadi lauk engkau hari ni.Tikus masak kicap.

CIS!!!!BERANI ENGKAU YE!!!

   Dua hari lepas, seperti biasa aku akan membalas setiap kunjungan ke blog aku ni.(kecuali yang mengguna email kerana ambik masa lama nak balas) Mana-mana yang biasa menjenguk ke blog aku ni, dah macam terhafal dalam kepala aku macam mana rupa blog mereka.Kalau ada pengunjung baru, aku tambah happy.Sekurang-kurangnya makin luas jaringan follower aku.

   Tiba-tiba aku ternampak pengunjung baru dengan nama xxx.Aku pun klik dengan niat untuk berkenal-kenalan dan nak ucap terima kasih kerana sudi singgah.Mula-mula aku nampak '17th'.Aku ingat blogger umur 17 tahun.Tapi bila siap loading, CIS!!!!KURANG AJAR PUNYA ORANG!!!BLOG XRATED RUPANYA!!BLOG L*C*H!!!!Dahlah orang Indonesia!!!Dia ingat blog aku ni blog orang b*g*l ke???? 

  Blog aku ni ramai pengunjung budak sekolah aka anak-anak murid aku jadi makhluk XXX tu aku langsung tak alu-alukan kedatangan dia.Buat merosak otak anak-anak murid aku yang suci dan follower aku yang aku tahu ramai lagi yang bak kain putih.Aku tak anti orang Indonesia kerana ramai juga kawan alam senyap aku ni orang Indonesia dan mereka baik-baik belaka.Tapi aku anti GILER dengan makhluk XXX Indonesia ni.Orang Indonesia pun tak suka porno!Benar ngak?? So PLEASE!!!!

   Ingatan untuk anak-anak murid aku dan juga sesiapa saja yang sudi meluangkan masa di blog aku ni, JANGAN SESEKALI ANDA KLIK NICKNAME DENGAN NAMA XXX kerana kelak anda akan menambah dosa yang tentunya Allah tak suka.Ingat tu ye!! Klik masuk blog suci yang lain contohnya Kak Pah KPoh, Mak, Atok, Tok Esah, Yuyu, Ellen, Matahari, Whitechapuccino, Cekodok, Abg Teror, Keli, Mr Curly, Panadol, Ghost writer, bloggerman dll yang tak mampu aku sebutkan satu-satu.


Meow!Meow!Meow!
Meow!Meow! MEOW!!!!

(Terjemahannya...)
Peringatan buat XXX
Jangan sesekali engkau cuba rosakkan kesucian blog ni!!!!

vlog yuyu Zulaikha - video sharing malaysia

Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal vlog dan 1tube.my ni.Hari ni baru berkesempatan.Bagi sesiapa yang tak tau apa itu vlog dan 1tube.my, cepat-cepatlah cari info ye.Alam senyap ( alam cyber tau bukan alam bunian!) yang selalu kita kunjungi ini sebenarnya sentiasa bergerak pantas.Jadi blogger-blogger muda yang tiada komitmen dengan exam besar contohnya, mestilah sentiasa ikuti perkembangan yang terkini.

Berbalik tentang vlog tadi, aku baru je menonton vlog adik Yuyu Zulaikha yang comel lote tu.Aku dah lama sebenarnya perasan sesuatu tentang Yuyu ni iaitu dia seorang yang very humble, dengar kata dan yang paling penting tak sombong dengan blogger-blogger lebih tua macam aku.Memanglah aku tak kenal secara in person, tapi pertemuan di alam senyap membuktikan bahawa aku tak silap.Tentang Cik Anon yang Yuyu katakan tu, mungkin dia cemburu.Maklumlah tak semua blogger muda yang special seperti Yuyu.Apa-apa pun aku harap Yuyu buat tak ambil kisah komen Cik Anon tu.Dah namanya Cik Anon kan?(Buka singkatan Zainon tau)

Meh tengok sendiri vlog Yuyu ni.Lepas tu cuba kenal-kenal dengan dia.Kemudian beritahu aku betul tak pendapat aku tentang gadis bernama Yuyu Zulaikha ni.

p.s : Aku nak buat gak vlog ni tapi almaklumlah.... suaraku tiada, rupa apatah lagi.Karang lari semua follower aku ( 1182 orang setakat ni ).
Aku mintak anak murid aku yang acting boleh tak? =)


Kita tutup mata Cik Anon ni ye Yuyu!



Inilah dia Cik Yuyu Zulaikha.Selamat berkenalan!

Saturday, February 26, 2011

Kongsi resipi masak lobster jom!


   Tiba-tiba teringin pulak nak makan lobster.Sesiapa yang tau resipi lazat, bolehlah tolong kongsikan kat sini ye.Order kat kedai bukan tak boleh, tapi teringin nak masak sendiri.Terima kasihlah ye bagi sesiapa yang sudi nak kongsi resipi tu.

Mintak sikit boleh?

Friday, February 25, 2011

TolongAku dah nak bersalin ni!!!

   " Meow!Meow!Meow!"
"Meow!Meow!Meow!
-------
Tak faham?
Tu sebenarnya petikan dialog kucing aku.
   Tak faham tak apa sebab aku faham.
Meh aku terjemahkan...
" Tolong!Saya nak bersalin ni!"
"Aduh!Sakit!"

   Haa.... Itulah terjemahannya.Tak faham jugak?Laaa.....  Kucing aku si Winda yang jelita tu nak bersalin!Kesian dia mengiau dari tadi.Aku gosok-gosok perut dia.Caya tak?Aku rasa anak dia bergerak-gerak tak sabar nak keluar!Aku sediakan kotak yang sesuai dan aku alaskan dengan kain.Mudah-mudahan selesa si Winda tu.Nak suruh aku jadi bidan, alamatnya aku tumbang sebab aku mabuk darah!(Kucing beranak ada darah tak ek?)

  Mata Winda berair berkaca-kaca.Menahan sakit tentunya tu.Resah gelisah je dia.Tak apa ye Winda.Mudah-mudahan selamat. .... dan aku pun terus menggosok-gosok kepalanya dengan penuh kasih sayang.Kesian anak aku....

 Inilah Winda masa dalam pantang bersalin tahun lepas.


 Mudah-mudahan dapat anak yang comel macam arwah Cucu anak Winda yang mati ni.


... atau pun dapat yang kacak dan gagah ( kalah En Ben ) macam Panji anak sulung Winda ni.

... aku pun tak ambil sains tulen!

   Hari ini anak murid aku bertanya,hinakah seorang pelajar KAA ( Kelas Aliran Agama ) dan KRK ( Kelas Rancangan Khas) iaitu 2 aliran elit permata pintar terpilih di tingkatan 1 hingga 3, tidak mengikuti kelas sains tulen semasa tingkatan 4? Jawapan aku, tentulah tidak.Tidak semua pelajar cemerlang meminati bidang sains maka tak jadi masalah jika mereka tidak mengikuti kelas sains tulen.Tetapi seseorang telah mengguris hati anak-anak muridku dengan penghinaan kerana tidak belajar di aliran sains tulen semasa di tingkatan 4.

   Aku tak pasti apakah yang dikatakan oleh 'seseorang' itu tetapi jika anak-anak muridku menangis mungkin ia berupa satu penghinaan.Mungkin hanya salah faham kerana tiada guru yang waras ( sesorang itu menurut sumber adalah guru) akan menghina anak-anak muridnya biar betapa lemah sekalipun mereka.jadi hari Isnin depan aku akan cuba dapatkan gambaran sebenar mengapa anak-anak muridku terluka hingga mengalirkan airmata.Bagiku, sains tulen atau tidak aliran yang diikuti bukan penanda aras akan kecemerlangan seseorang.Jadi tiada siapa yang berhak menghina pelajar yang tidak mengikuti aliran sains tulen.

   Sementara itu, aku harap anak-anak muridku dapat bersabar dan terima 'penghinaan' itu sebagi satu cabaran untuk menunjukkan betapa pelajar bukan aliran sains tulen juga mampu mencipta kecemerlangan.

Jangan sedih tau sebab aku pun tak ambil sains tulen.

Thursday, February 24, 2011

Aku penagih tegar!!!

   Cubaan untuk aku. 3 hari aku tak online.Baru je aku nak tengok survey bband yang mana yang terbaik.Tiba-tiba, 3 hari aku terpaksa berendam airmata.Broadband Celcom aku hilang!!!!Macam tau je dia aku plan nak tukar dengan yang lain.Puas aku cari serata rumah.Kebetulan lepas aku post entry last pasal aku plan nak tukar bband tu, aku mengemas satu rumah.

   Aku cari bawah katil, tak ada.Aku cari dalam beg tangan, tak ada.Aku cari dalam laci-laci kat rumah aku pun tak ada.Mana ni???Aku dah mula panik.Aku dah plan nak cari yang baru.Tak kisahlah Digi ke atau Maxis asalkan aku dapat jumpa kawan-kawan blogger aku.3 hari macam 3 tahun tau!Rindu!Selain takut saham aku jatuh. tst le ; BE dan juga follower.Aku pun terus mencari satu rumah.Kalaulah Winda, Caca, Cici atau Panji aku boleh aku paksa tolong cari, dah lama aku kerah kucing-kucing aku tu.

  Sejak akhir-akhir ini, aku perasan yang aku selalu terlupa.Contohnya aku di dapur dan nak ke depan kerana nak on TV.Tapi bila sampai di depan, aku lupa nak buat apa.Menakutkan betul!Penyakit apa menyerang aku niKalau ada blogger-blogger lain hadapi masalah yang sama, cepat-cepat beritau aku.Manalah tau ini akibat penagih blog tegar!Buatnya aku nak melintas jalan tapi tiba-tiba aku terlupa dan aku berhenti tengah-tengah jalan, jadi katak penyek aku!Dahlah Pasir Gudang ni kawasan lori jadi raja!

   Balik pada bband aku yang hilang tu, petang tadi aku kumpul kain baju nak cuci.Mana-mana yang tergantung pun aku capai jugak.Malas nak pakai sebab dah hilang bau Downy dek lama tegantung plan nak pakai tapi tak pakai-pakai.Tiba-tiba.... aku teraba sesuatu yang ..... laaa...bband aku rupanya dok menyorok dalam poket seluar aku.Bila pulak aku letak kat situ.Puas aku fikir-fikirkan tapi aku betul-betul tak ingat.....dan aku pun bertambah risau.Nyanyuk ke aku?

    Itulah pengalaman paling pahit aku sebagai penagih blog tegar! Tak dapat blogging sebab bband aku merajuk!!!Siap engkau!Hujung minggu ni tak rehat engkau aku kerjakan!!!!

Ooooo!!!Engkau mengata aku ye!Mentang-mentang aku penyek!

Monday, February 21, 2011

Tolong pilihkan aku yang mana satu...

   Entry malam ini aku siapkan sambil mata melingas ke dapur melihat masakan yang sedang mendidih dan sesekali aku bangun menyiapkan tugas mengemas rumah.Sambil tu aku jeling-jeling juga cerita Gemilang di TV3.Macam best tapi tak taulah sebab ni kali kedua aku menonton cerita ni.Dalam otak aku asyik terbayang buku-buku anak murid aku yang masih bertimbun minta disemak.Tapi kata orang, sekali blogging terus blogging biar patah sayap akan terus bertongkatkan paruh.

   Ok cukuplah intro aku tu.Aku sebenarnya nak tanya pendapat teman-teman blogger yang sudi membaca coretan aku ni.Soalannya adalah :Apakah cara terbaik untuk melayari interne? Maksud aku broadband Celcom ke, Maxis ke, Digi ke atau lain-lain yang aku sendiri tak pasti sebab dah banyak sangat promosi sampai pening kepala aku nak pilih.Kos sebulan kalau boleh lebih kurang RM100.Tolong ek almaklumlah aku ibarat perempuan buta yang berjalan main raba je.Tu pun nasib baik aku pandai juga blogging. =)  . Tak semua orang pandai tau!

   Oklah aku terpaksa menunggu jawapan atau cadangan kalian.Aku nak menanda buku anak-anak murid aku pula ni.Kang merajuk pulak dia orang tu.Sambil tu aku nak merayap ke rumah sesiapa yang sempat.

Bestnya kalau dapat rilek manjang macam kucing mywananis.blogspot.com ni kan?

Sunday, February 20, 2011

Ben Ashaari pun cuba menaikkan layang-layang di Festival layang-layang Sedunia Pasir Gudang.

   Dua hari tak dapat berjumpa dengan Cik Lenovo aku ni.Nasib baik dia tak merajuk.Dua hari juga aku tak dapat jumpa kawan-kawan blogger.Nasib baik masih ramai lagi yang sudi menjenguk ke blog aku yang tak seberapa ni.(...dan BE pun masih ada 2 lagi yang hidup.)

   Sebenarnya aku rindu sangat nak blogging dua hari ini tapi doktor kata," No!Forget about it until you're ok!".Jadi sebagai individu yang mendengar kata, terpaksalah aku kata,'Yes,doktor!" walaupun rindunya tak dapat aku kata.Jadi 2 harilah aku berehat tak berjumpa dengan Cik lenovo aku ni.

   Dalam  tempoh berehat, aku sempat juga singgah di Festival Layang-layang Sedunia semasa majlis perasmian semalam.Dapatlah aku berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan putera-putera baginda.Kebetulan hujan turut dengan lebat semasa majlis perasmian dan cubaan mencipta rekod menaikkan layang-layang teramai.Rekod yang cuba dicipta ni sebenarnya memerlukan 3000 pelajar dari 15 sekolah sekitar Pasir Gudang yang diselia oleh 300 orang guru.Walau pun hujan lebat, anak-anak dan adik-adik yang terlibat tak berganjak dari tempat masing-masing.Sebaik saja hujan reda, cubaan menaikkan 3000 layang-layang tajaan KFC itu pun dibuat.

  Selepas itu, pelbagai jenis dan saiz layang-layang pun dinaikkan. Antaranya layang-layang penyu, buaya, jerung, harimau, Upin Ipin, naga, ikan kap, ikan mas,hantu putih, samurai,sotong, kala jengking,anjing, petai, helang dan tulang tapi ada satu yang layang-layang yang ramai orang gelak bila ia dinaikkan iatu layang-layang berbentuk seluar dalam lelaki(Ada ke patut!) dan macam-macam lagi.Selain jatuhan lolipop yang sangat dinantikan kanak-kanak, naga mengeluarkan asap juga menjadi salah satu tarikan.Oklah!Jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

 Layang-layang sotong biru  salah satu antara pelbagai jenis layang-layang sotong yang ada


Layang-layang pelbagai saiz dan bentuk yang turut mewarnai langit.


Pelayang dari Britain asyik berborak dengan seorang pakcik.Kagum pelayang ni kerana bukan saja pakcik ni malah penjaga tandas pun fasih berbahasa Inggeris.


 Tengok sendiri ye!

Nampak tak tu layang-layang bentuk cicak.Tapi macam buaya pun ada kerana giginya tajam dan ada ekor seperti buaya.Jenis 'buacak' kot?Kacukan buaya dan cicak!

Akhir kata : Tahniah buat orang Pasir Gudang dan orang luar Pasir Gudang yang telah lama berkhidmat di Pasir Gudang!!!
Tahun depan kita buat layang-layang macam ni pulak!
-
-

-
-
-
-
-
Cuba bayangkan En.Ben Ashaari berpeluh-peluh cuba menaikkan ' layang-layang kita' ni sambil dibantu oleh krew seperti Kak Nor k-Poh, Pendekar Berkuda, Abg Teror, Yuyu, Lekat-lekit, Ellen,Kak Chik Ella, Iqbal hakimi, Sop, LM, burungman , Tok Esah, Atok, Mr Curly, Keli dan lain-lain.
Nak cuba tak?

= )
    

Thursday, February 17, 2011

Festival layang-layang Pasir Gudang Hari kedua

   Hari ini, 17 Feb 2011, adalah hari kedua Festival Layang-layang Pasir Gudang 2011 .Aku masih belum berkesempatan untuk ke Bukit Layang-layang kerana tugas-tugas yang perlu ku galas.Pun demikian, aku berpeluang melihat pelbagai layang-layang yang cukup mengkagumkan dari sekolah kerana jarak yang terlalu hampir.Antara layang-layang yang telah mula melayang hari ini adalah layang-layang jerung, cicak dan ikan pari.Kagum rasanya melihat langit cerah tanah tumpah darahku meriah dengan layang-layang pelbagai warna.Ditambah pula dengan tiupan angin yang aduhai.... seolah-olah melambai-lambai untuk sama memeriahkan festival tahun ini.

   Seperti tahun-tahun sudah, penyertaan peserta peringkat antarabangsa amat menggalakkan.Penyertaan pelayang antarabangsa adalah sebanyak 221 orang iaitu daripada 30 buah negara seperti Indonesia, Thailand, China, jepun dan Austria.Dengan tema ' Mewarnai langit' , aku percaya festival kali ini juga dapat merapatkan hubungan sesama pengunjung sama ada pengunjung tempatan atau luar negara.Tentu seronok bagi ibu bapa membawa anak-anak bermain layang-layang sambil beristirehat.

   Sejarah juga bakal dicipta apabila seramai 3000 orang pelajar dari 15 buah sekolah di Pasir Gudang akan menaikkan layang-layang dengan logo KFC serentak.Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 19 Februari ini di hadapan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor dan jajahan takluknya.Kepada anda yang berkesempatan, mehlah kita meramaikan Bukit Layang-layang dan melihat layang-layang pelbagai warna dan rupa.

Meh kita tengok layang-layang!

Ikan emas ek?

Jatuh pulak si kucing ni!

Nilah rupa layang-layang jerung tu!Tapi yang ni pesta layang-layang di indonesia.

Inilah muzium layang-layang.

Wednesday, February 16, 2011

Tempahan kraf felt dan riben.

Segan nak tayang tapi atas permintaan di email, maka inilah dia ...
-
-
-
-
-
-
-
Hasil kerja tangan felt dan riben aku cuti sekolah ni.


Tada!!!!


Kod : No 1
Klip  rambut /pin tudung
Panjang: 7 cm
Riben ungu polka dot dua lapis
Harga : RM4
(SOLD)

Kod : No.2
Klip rambut / pin tudung
panjang : 5.5 cm
Riben ungu polka dot dua lapis
Harga : RM3
(SOLD)

Kod : No.3
Klip rambut / pin tudung
Panjang : 6 cm
Riben ungu polka dot selapis
Harga :RM3
(SOLD)

Kod : No.4
klip rambut / pin tudung
Panjang : 4 cm
Riben ungu polka dot selapis
Harga : RM2
(SOLD)




 

Kod : No. 5
Beg duit Felt Angry Bird
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
(bahagian belakang)
( SOLD )


 
Kod : No.5
Beg Duit Angry bird bahagian depan
( SOLD ) 



Yang ni masih dalam proses



Contoh kartun untuk beg duit




Kod : No.6
Key chain Felt Cinta Bunga Kuning
Panjang : 7 cm
Lebar : 6 cm
Harga : RM5
( SOLD ) 



Kod : No.7
Key chain Felt Cinta Bunga Purple
Panjang : 7 cm
Lebar : 6 cm
Harga : RM5
 ( Available )




Kod : No.8
Beg duit Felt Pooh baju purple
Panjang : 13.5cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Pandangan belakang )
 ( SOLD )



Kod : No.8
Beg duit Felt Pooh baju purple
( Pandangan depan )



Kod : No.9
Klip rambut / pin tudung
Panjang : 7.5 cm
Harga : RM4
( SOLD)



Kod : No.10
Klip rambut / pin tudung
Panjang : 6 cm
Harga : RM3
( SOLD)


Kod: No.11
Klip rambut / pin tudung Chibi Maruko
Panjang : 6 cm
Harga : RM3
(SOLD )


Kod : No.12
Beg duit gown purple
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )
( SOLD )



Kod : No.12
( Bahagian depan )
( SOLD )

Lain-lain:
Buku felt kanak-kanak ( Mulai RM30 )
a) Buah-buahan
b) Haiwan 
c) Jawi / rumi
d) BM / BI

Kotak tisu ( Mulai RM20 )

Selipar rumah ( Mulai RM 10 )

Bingkai gambar ( Mulai RM10 )

dan lain-lain.

Untuk tempahan,
Nyatakan :
1. Kod
2.Jenis
3.Corak dikehendaki / warna
4.Bilangan
5.Tarikh dikehendaki


Penghantaran percuma sekitar Pasir Gudang dan Masai.
Lain-lain tempat tu, kena poslah.

email ke:
scarlett_j1@yahoo.com

Terima kasih atas sokongan anda

Design terkini


Kod :No.13
Klip rambut / pin tudung / brooch riben purple dengan button
Lebar : 3 cm
Harga : RM3
( SOLD )



Kod : No.14
Klip rambut / pin tudung / brooch felt orange daisy
Lebar : 4 cm
Harga : RM3
( SOLD)





Kod : No.15
Klip rambut / pin tudung / brooch felt orange rose with pearl
Lebar : 3 cm
Harga : RM3
( SOLD )




Kod : No.16
Klip rambut / pin tudung / brooch ribbon white / pink
Lebar : 4 cm
Harga : RM3
( SOLD )

Tambahan lagi.


Kod : No.17
Cekak rambut bunga felt , riben, butang dan manik
Lebar : 1.5  inci
Harga :RM7
( SOLD )




Kod : No.18
Cekak rambut bunga felt , riben, butang dan manik
90% felt
Lebar : 1 inci
Harga :RM8
( SOLD )


Antara tempahan yang telah disiapkan... 



Kod : No.19
Beg duit Angry Bird ( Hitam )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )
( SOLD )





Kod : No. 20
Beg duit The Smurfette ( Purple )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian Depan )
( SOLD )




Kod : No.21
Beg duit The Smurfette Putih
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )
( SOLD )




Kod : No.19
Beg duit Angry Bird Hitam
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian Depan )
( SOLD )





Kod : No.23
Cekak rambut bunga felt ,  butang dan manik
100% felt
Lebar : 1 inci
Harga :RM8
( SOLD )






No.24
Penggantung Kad Matrik
100 % felt dengan tali riben
Harga : RM7


 Kod : No.22
Beg duit Angry Bird Pink
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian Depan )
( SOLD )





Kod : No.21
Beg duit Smurfette ( Putih)
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian Depan )
( SOLD )



Kod : No. 20
Beg duit felt Smurfette (Purple )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian Belakang )
( SOLD )



Kod : No.17
Cekak rambut bunga felt , riben, butang dan manik
Lebar : 1.5  inci
Harga :RM7
( SOLD )




Kod : No. 22
Beg duit Angry Bird ( Pink)
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )
( SOLD )

TEMPAHAN TERKINI : 25 FEBRUARI 2012





Kod : No. 23
Beg duit Mickey Mouse ( Orange )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )




Kod : No. 24
Beg duit The Smurfette
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )





Kod : No. 23
Beg duit Mickey Mouse ( Orange )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
Bahagian depan





Kod : No. 25
Beg duit The Smurfette ( purple)
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian belakang )





Kod : No. 25
Beg duit The Smurfette ( purple )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian depan )




Kod : No. 24
Beg duit The Smurfette ( pink )
Panjang : 13.5 cm
Lebar : 8 cm
Harga : RM10
( Bahagian depan )


Kalau ada yang berkenan, silalah hubungi aku di chatbox, email atau ruangan komen ye.